Tag Archives for wawancara

sultanmuzaffar, Selamat Ulangtahun Yang Kelima

sultanmuzaffar, Selamat Ulangtahun Yang Kelima

Hari ini ada pertunjukan bunga api untuk semua. Saya tidak perlu keluar duit satu sen pun untuk pertujukan bunga api tersebut. Semuanya ditaja oleh anda. Terutamanya yang mengundi untuk Akademi Fantasia. Lima tahun bukan satu tempoh yang singkat. Macam-macam jenis perubahan yang berlaku. Ada yang suka, ada yang duka, ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang bangga, ada yang kesal, ada yang berasa terancam, ada yang menjadikan sumber inspirasi, ada segalanya. Hari ini sungguh berbeza. Semoga kita akan bertemu lagi sekali untuk menyambut ulangtahun yang kesepuluh, lima tahun dari sekarang. InsyaAllah.

1. What was your first blog and what made you decide to start it?

Blog sultanmuzaffar merupakan blog pertama saya yang mana telah dimulakan pada 26 Februari 2002. Hari ini blog ini telah berumur 5 tahun. Kalau blog ini boleh diibaratkan seperti anak, tahun depan blog ini sudah boleh masuk tadika. Maknanya blog ini masih lagi belum cukup matang untuk berhadapan dengan dunia yang lebih mencabar. Kali pertama saya menulis blog tujuannya hanya satu iaitu tempat untuk saya menulis tentang deria saya, baik dari segi rasa, lihat, sentuh, dengar dan bau. Segala pengalaman itu perlu saya simpan dan luahkan di dalam blog.

2. Your blog just celebrate it’s 4th anniversary. Has anything in your life changed since you started the blog?
Hari ini merupakan ulangtahun yang kelima sebenarnya. Tempoh lima tahun bukan suatu yang singkat. Macam-macam bentuk perubahan telah berlaku. Yang paling diingati tentunya fenomena yang berlaku pada program realiti pencarian bakat paling popular di Malaysia iaitu Akademi Fantasia. Sejak itu saban tahun ada saja pembaca baru yang menantikan ulasan-ulasan terkini berkenaan program tersebut. Kesan paling besar tentunya pada Akademi Fantasia musim 3 apabila saya telah diminta untuk memastikan kandungan bahan untuk Astro Broadband AFXtra sentiasa dikemaskinikan dan pada Akademi Fantasia musim 4 saya diserap masuk untuk mengawalselia kandungan bahan di laman web rasmi AF4. Pada tahun ini penglibatan saya lebih besar apabila turut terlibat dalam membuat beberapa keputusan penting yang melibatkan new-media (internet, broadband, mobile, interactive) dan produksi. Contohnya siapakah bakal Pengkritik Tetap untuk AF5. Best kan ?

3. What is the most rewarding parts of blogging?
Saya dibenarkan untuk bercerita kepada pembaca saya tentang apa yang saya rasa. Selain daripada itu apabila blog ini semakin dikenali, ia dapat menarik ramai pembaca-pembaca baru. Bila semakin dikenali dan mendapat hits yang banyak, maka ia secara tidak langsung berjaya menarik pengiklan untuk mengiklankan produk mereka. Adalah beberapa. Yang terkini ialah ERA.fm. Siapa kata blog tidak boleh mendatangkan faedah berbentuk wang ringgit kepada blogger.

4. Most frustrating?
Bila semakin dikenali, tentunya ada yang suka dan ada yang tidak suka. Adakalanya saya perlu berhati-hati apabila menulis. Kesilapan yang kecil kadangkala memberikan kesan yang besar lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan periuk nasi. Banyak musuh pun best juga sebenarnya. Kerana itu membuktikan yang kewujudan saya telah memberikan inspirasi kepada mereka untuk cuba melenyapkan saya. Saya rupa-rupanya merupakan sumber inspirasi kepada mereka. Best kan ?

5. ’sultanmuzaffar.blogspot.com’ has been named 25th most influential blogs in Malaysia. What impressed me is that your blog is in the 3rd place for entertainment category (behind afdlin shauki and yasmin ahmad) which is quite an achievement. What is your first reaction when you know about it? It is always be your dreams to be listed among those famous bloggers or simply unexpected?
Saya tidak pernah menganggap blog ini sebagai blog yang berpengaruh. Pengaruh itu terlalu besar jika tidak berjaya menggalas tanggungjawab yang diberikan. Reaksi pertama saya bila mengetahui tentang perkara tersebut ialah saya beri pendapat saya tentang apa itu blog berpengaruh. Secara jujur siapa yang tidak mahu tersenarai di kalangan yang berpengaruh. Semua orang mahu. Saya pun mahu. Berada dalam kelompok tersebut merupakan satu penghargaan, cuma cara penilaiannya biarlah yang lebih berkredibiliti bukan sekadar senarai kosong atau hanya sekadar berdasarkan bilangan hits.

6. What do you think about Malaysian acceptance towards the existance of blogging since most of them still doubting the bloggers’ credibility?
Sejak akhir-akhir ini pengaruh blog sudah mula kelihatan di Malaysia. Boleh saya katakan, jika sekali Screenshots bersin, boleh bergegar Putrajaya. Mereka tidak perlu berasa sangsi dengan blogger. Mereka sewajarnya menggunakan blog sebagai bahan untuk “check and balance” dalam membuat keputusan. Blogger hanya mencipta alternatif kepada pembaca untuk membuat atau menilai keputusan. Anggap sahaja penulisan blog ini sebagai salah satu nasihat macam yang sentiasa kita terima sejak kecil dari ibu-bapa kita.

7. You have been blogging for a quite long time. In your point of view, what are the biggest trends going on in blogging right now?
Dengan adanya teknologi RSS, secara tidak langsung kandungan blog yang telah dikemaskinikan akan dapat di”highlight”kan kepada pembaca. Jadi maklumat blog akan tersebar dengan cepat. Lebih mudah sebenarnya bila menggunakan RSS Reader. Bukan itu saja, kandungan blog juga boleh dibaca di telefon bimbit. Kandungan blog berbentuk audio (podcast) juga kini semakin popular di Barat cuma masih belum begitu popular di Malaysia. Kalau dinilai berdasarkan trend semasa, nampaknya Malaysia tidaklah begitu jauh ketinggalan.

8. Nowadays, bloggers also known as ‘cyber journalist’ as they also provide lots of information for viewers. As for yourself, what effects are blogging having on traditional journalism? Would it ever replace or dilute the value of traditional journalism?
Saya tidak berharap untuk mencorakkan satu agenda buat wartawan media perdana, tetapi cukup sekadar mereka membaca dan mengambil mana-mana cadangan yang baik untuk memperbaiki mana yang kurang. Saya mahu juga antara cadangan-cadangan saya diterima dan diguna pakai oleh mereka untuk kepentingan seni hiburan tanah air. Ambil mana yang positif dan sama-sama perbaiki mana yang negatif. Mana tahu satu hari kelak, mereka menerima cadangan-cadangan tersebut dan ingin bekerjasama dengan saya untuk program-program yang seterusnya. Itu lebih baik. Sewajarnya media arus perdana dan media blog menjadi pelengkap antara satu sama lain agar maklumat yang diperoleh pembaca lebih seimbang dan berkualiti. Antara media blog dan media arus perdana tidak seharusnya berada dalam kekecohan hanya untuk membuktikan mereka lebih baik. Mereka harus saling lengkap-melengkapi. Itu sudah cukup baik kerana ia mewujudkan pandangan yang seimbang.

9. Your blog is focusing on entertainment world, which involves lots of controversy, gossips and rumours. During these 4 years, do you think you’re overstepping any privacy boundaries in any of your articles?
Saya boleh anggap blog tentang dunia hiburan sebagai blog realiti. Blogger kena berhati-hati agar tidak tersalah langkah. Maklumat yang ingin ditulis perlu mendapatkan pandangan beberapa pihak dan sumber yang boleh dipercayai. Saya rasa bila bercakap tentang kontroversi, gossip dan khabar angin kita bercerita tentang blog Akademi Fantasia. Memang apa yang ditulis hanyalah berdasarkan apa yang ditonton di televisyen. Itu boleh saya katakan berlaku sewaktu musim 1-3. Berbeza pada musim keempat bila saya sudah berada di antara tenaga produksi yang mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir. Apa yang berlaku di sebalik tabir itulah yang tidak sewajarnya diuar-uarkan kerana itu bukannya apa yang ditonton oleh penonton. Sekiranya ada artikel-artikel saya yang telah melanggar sempadan peribadi, saya mengharapkan agar ada di kalangan pembaca yang menegur.

10. In your previous post, you said that you almost been sued by a giant telecommunication company in 2003. What have you learn for that incident?
Saya perlu lebih berhati-hati apabila menulis. Waktu tersebut saya terlalu ghairah menulis dan cuba mendapatkan sokongan. Mujur saya tidak terlalai. Kadang-kadang terlalai juga. Adakalanya perlu menarik balik untuk menjaga hati banyak pihak. Populariti sebenarnya satu beban yang merumitkan. Adakalanya saya bosan.

11. Early this year, two Malaysian bloggers are sued for allegedly defaming The New Straits Times Press in their blogs. Because of this controversy, a legal fund will be set up to provide financial assistance for bloggers who face legal action. What is your opinion towards this issue?
Blogger tidak bergaji dan mereka mewakili diri sendiri. Jadi apabila diwujudkan satu dana yang sah untuk membantu mereka ia adalah satu cadangan yang baik. Siapa yang akan menyokong mereka jika bukan satu badan bebas yang telah dibentuk untuk memberikan sokongan kepada mereka. Syarikat gergasi seperti New Straits Times Press tentunya mempunyai sokongan yang lebih besar dan dana yang lebih besar jika perlu berhadapan dengan kes-kes seperti ini. Maka blogger juga perlu ada dengan sokongan rakan-rakan blogger. Maka wujudnya Bloggers United.

12. Let’s talk about the future. What do you see for ’sultanmuzaffar.blogspot.com’?
Saya mengharapkan blog ini akan sentiasa hidup biar pun musim Akademi Fantasia telah tamat. Mungkin juga satu hari nanti Akademi Fantasia ditamatkan atau pun mungkin tidak dibenarkan disiarkan. Apakah blog ini juga akan mati. Tentunya saya tidak mahu melihat ia berlaku. Sayangnya saya dapat melihat trend pembaca yang hanya muncul bila musim Akademi Fantasia. Apakah itu tabiat pembacaan rakyat Malaysia yang hanya merupakan pembaca bermusim? Jika itulah realitinya, saya perlu sentiasa mempengaruhi pembaca untuk terus melekat di blog ini walau untuk apa topik sekalipun.

13. Blogging has moved from experimental to mainstream. What social or technical features would you like to see enter the world of blogging?
Saya mahu melihat blogger lebih berjaya di masa akan datang untuk membentuk rangkaian sosial yang lebih besar dan berpengaruh. Blogger sekarang lebih berani untuk bertanggungjawab dan tidak perlu berselindung di sebalik nama samaran.

14. Any last word or advice for those who interested to have their own blogs?
Teruskan niat untuk mendapatkan blog sendiri. Ia usaha yang baik. Yang penting kemaskini blog anda dan jangan biarkannya menjadi rumah tinggal.

Hati-Hati Memblog

Hati-Hati Memblog

Image Hosted by ImageShack.us

Bloggers United : No Fear (Versi Halal)

Saya pernah hampir disaman oleh sebuah gergasi telekomunikasi satelit yang popular di Malaysia angkara satu artikel dalam blog ini pada tahun 2003. Tapi hari ini suasana itu sungguh berbeza. Saya menjadi salah seorang anggota yang menggerakkan gergasi tersebut. Artikel tersebut benar-benar mengajar saya agar lebih berhati-hati apabila memblog. Sesiapa sahaja yang bersama saya pada tahun tersebut tentunya masih mengingati gelombang penyokong yang tidak putus-putus memberikan sokongan. Bila difikirkan semula, memang melucukan. Itulah antara kenangan yang masih saya simpan dalam mengharungi hari-hari menyiapkan blog untuk tatapan anda semua.Kalau apa yang kita perkatakan itu benar, mengapa perlu takut. Saya pilih jalan penyelesaian yang kini menguntungkan kedua-dua belah pihak. Saya juga pernah diwawancara berkenaan dengan topik yang sama oleh Mstar pada satu masa dulu. Separuh dari artikelnya hanya boleh diperolehi di sini.

Hari ini, satu dunia melihat ke arah kita. Malaysia Boleh ! Dua blogger ulung yang paling popular di Malaysia iaitu Jeff Ooi & Rocky telah disaman ! Dunia media baru (new media) Malaysia seharusnya berkabung menerima berita buruk ini. Ia merupakan satu batu tanda kepada kemajuan teknologi yang cuba dikongkong agar maklumat-maklumat telus sampai kepada pengguna internet dan masyarakat.

Apakah ini jalan dan liku yang harus saya tempuh untuk melaksanakan tugas di New Media Planning di hari-hari yang mendatang ? Harapan saya agar dipermudahkan laluan tersebut walaupun cabaran tetap akan menerjah. Satu-satu saya tepis, InsyaAllah !

Kenyataan Rasmi dari Bloggers United [kemaskini 7.09 malam]

This is the official statement of Bloggers United. This statement is jointly drafted by Susan Loone and Sheih of Kickdefella. All those who believe in justice and right to free speech, please sign on and put this up in your blogs. Spread it around; let it grow far and wide. The fight is on! See also Susan Loone.

BLOGGERS UNITED CONDEMN ACTION AGAINST ROCKY & JEFF & DEMAND LEVEL PLAYING FIELD in ALL ACTION AGAINST BLOGGERS

We, Malaysian bloggers, we, who believe in justice and right to free speech, we, who endorse the Bloggers United movement, unanimously condemn the action taken by media conglomerate NST against bloggers Rocky Bru and Jeff Ooi. The action by the newspaper against the duo is an action against all bloggers who believe in their right to free speech, freedom of expression and justice.

The recent event may seem like a grave development in the path of bloggers, but it can never and must never impede or stop us from defending our right to speak, to express, to write and to tell the truth, to be the watchdog, eyes and ears of the people, or simply to share our view, and give fair comment on any subject which involves and affects us as humans, as rightful citizens of this country.

The recent event may very well give the government owned media the opportunity to dictate the so-called ‘truth” but such actions only prove that bloggers must unite, continue to uphold the right to free speech and freedom of expression, fight for justice, even if it is not our own, be more alert, committed to the cause of free speech, relentless and persistence in the face of such persecution like the one which had befallen on the two of us.

What YOU do to any of US, is what YOU do to ALL.

As responsible bloggers, we demand and claim our space on the blogosphere for free and fair comment, where important national issues and prominent personalities are discussed.

Although it may seem as if the NSTP defamation suits will have a chilling effect on freedom of bloggers, as litigation can be expensive and may jeorpadise a blogger’s economic position, we will not be cowed or silenced by those who have no regard for free speech.

If you find our post offensive, you may refute us with correct facts and figures and fair comment, in the spirit of free speech.

The first two cases will have grave impact not only on the internet, but country as a whole as the country celebrates VMY2007. The healthy, mature and democratic growth for free speech and expression in our midst is at stake. The reputation of the nation as it strives to promote our multimedia supercorridor and love for IT will be a national joke for all the world to feast on.

We demand for a level playing field in all action meted out to bloggers and in particular in the defamation proceedings particularly in terms of financial resources and capabilities, and secondly, that the legal rights of bloggers et al are properly protected in keeping with the imperatives of an information society and knowledge economy which Malaysia aspires to become.

For further information, please contact blogger susan loone at susanloone@gmail.com and sheih at kickdefella@yahoo.com

Nota : Mana Ramalan Anuguerah Juara Lagu 21 ? Saya terlupa. Sibuk sangat. Oleh kerana temanya Rentak Kita Rentak Dunia, maka saya pilih lagu Warkah Buat Laila menang tahun ini.

Malaysian Futures 01 : Fantasia Crossover

Malaysian Futures 01 : Fantasia Crossover

Image Hosted by ImageShack.usAnda boleh mendapatkan majalah Off The Edge keluaran bulan September segera di pasaran. Sesekali beli Off The Edge, apa salahnya. Paling tidak, singgah di gerai mamak dan minta pinjam barang seminit. Kalau selama hari ini kita hanya mendengar The Edge, akhbar mingguan yang terbit seminggu sekali berkenaan kewangan dan pelaburan. The Edge Daily pula merupakan laman web sokongan kepada akhbar tersebut yang memberikan maklumat-maklumat perniagaan dan pelaburan.

Off The Edge pula merupakan majalah bulanan berkenaan seni dan budaya untuk usahawan. Apabila diberikan peluang untuk bertandang ke majalah ini, blog ini secara tidak langsung terdedah kepada satu lagi golongan khalayak. Selama ini ia lebih terdedah kepada khalayak Akademi Fantasia atau hiburan secara amnya, kini terbuka kepada golongan usahawan pula untuk melihat lebih dalam apa yang dipaparkan di sini.

Artikel tulisan Danny Lim bertajuk Malaysian Futures 01 : Fantasia Crossover. Takut benar saya dengan tajuknya. Saya tidak scan keseluruhan artikel kerana apa gunanya ada majalah terjual kalau kandungannya diimbas dan dipaparkan di sini. Mereka juga berniaga. Kandungan wawancara lebih menjurus kepada kesedaran menjadi seorang rakyat Malaysia, pengalaman terhadap perubahan yang berlaku di dalam negara, masa depan diri sendiri dan juga pengaruh politik nasional terhadap kehidupan saya.

Turut dipaparkan dalam senarai Malaysian Futures 02 ialah Faisal Tehrani, Malaysian Futures 03 : Menj & Rajanr, Malaysian Futures 04 : Tiara Shafiq, Malaysian Futures 05 : Johnleemk dan Malaysian Futures 06 : Khai Loon & Rifa. Tersenarai dalam kelompok tersebut sudah cukup merasakan blog ini diterima dan dihargai. Nyata dunia blog lebih luas dan bukan hanya di Malaysia Top Blog, Geng Jurnal dan Petaling Street. Dunia blog Malaysia lebih luas dari itu. Ternyata ada beribu blog lain yang sudah jauh melangkah mendahului saya. Jangan disempitkan fikiran kita di bawah tempurung angka tersebut. Mungkin kita hanya menyedari kewujudan blog hiburan atau blog picisan dan sering melupakan blog yang berbicara soal yang lebih global kerana hiburan adalah dunia keliling kita. Ia sudah cukup untuk melegakan saya walaupun pelbagai cabaran saling menjengah tatkala mempunyai blog bernama sultanmuzaffar. Namun, ia sedikit pun tidak menggoyahkan pendirian dan pegangan saya.

Image Hosted by ImageShack.us

Klik untuk imej yang lebih besar

Kalau hari ini permulaannya, saya mahu menjadikan hari ini sebagai hari yang terbaik dan langkah awal ke masa depan yang lebih gemilang. Langkah ini ibarat langkah ke medan perang. Sekali menongkah arus berada di bahagian hadapan, saya tidak akan berundur walau setapak sekalipun ! Awas !!!Nota : Berlaku kesilapan terjemahan di bahagian pengenalan. Saya hanya membantu menguruskan publisiti dan promosi Akademi Fantasia 4 dan bukannya Pengurus Publisiti dan Promosi Akademi Fantasia 4. Dunia pengurus dan kakitangan bawahan nyata berbeza. Baik dibuat disclaimer awal-awal, ada pula yang melatah menuduh saya gila pangkat nanti !

Siri Wawancara bersama Sutun II - 1

Siri Wawancara bersama Sutun II - 1
Bermula pada hari ini, saya akan menyiarkan Siri Wawancara saya bersama pengarah dan pelakon drama Sutun 2. Antara yang sempat saya temuramah ialah Saudara Ezad (Pengarah Drama Sutun & Sutun 2), Ku Yusri, Ungku Ismail Aziz, Wan Sharma, K’ma Abdullah dan Isma Yusoof.

Drama Sutun 2 akan menemui anda pada hari Sabtu ini, 11 Mac jam 2 petang di RTM1, Saluran Infotainmen Anda. Nama SureHeboh sudah dalam proses menukar penjenamaan, Infotainmen bila lagi ?

Drama Sutun telah dicalonkan dalam 7 kategori penting di dalam Anugerah Seri Angkasa tahun ini. Sutun 2 merupakan sambungan kepada filem Sutun. Antara kategori yang dicalonkan adalah Telefilem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Lakon Layar TV Terbaik dan Suntingan Terbaik.

Untuk sinopsis Sutun 2, sila layari : http://edfx.t35.com/sutun2/

Sebagai pembuka bicara, saya memperkenalkan Isma Yusoof yang memegang watak Fitri. Ikuti wawancara ringkas saya bersama beliau.

S : Ceritakan sedikit tentang latarbelakang diri anda ? Ceritakan sedikit tentang watak Fitri ? Siapa reference anda untuk watak ini ?

J : Ini merupakan telemovie lakonan saya yang pertama, kerana selama ini saya banyak berlakon di atas pentas dan juga beberapa filem pendek. Selain berlakon saya merupakan seorang ‘Creative Director’ di salah sebuah design company di KL. Berlakon merupakan perkara yang saya seronok lakukan dan akan terus lakukan tak kira di atas pentas, telemovie, filem ataupun di depan kamu sekarang ni. (Isma tergelak kecil) Fitri merupakan satu watak yang sangat menarik, bunyi nya agak klise tapi itulah apa yang saya rasa. Fitri merupakan seorang pelajar yang alim dan tidak suka bergaul dengan masyarakat sekeliling. Semua yang dilakukannya mestilah berlandaskan agama. Secara ikhlasnya ingin saya katakan bahawa membawa watak Fitri ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana saya as a person tidak begitu. Namun saya tahu memang wujud orang-orang seperti ini, contohnya semasa saya di universiti dulu. Jadi saya recall balik dan dari situ saya banyak belajar tentang watak Fitri ini.

S : Bagaimana pengalaman kali pertama berlakon dalam drama Sutun 2 ini? Bagaimana anda berhadapan dengan Ezad selaku pengarah drama ini ?Apakah pengalaman paling berharga dalam Sutun 2 ?

J : Saya sangat nak berterima kasih kepada Nizam Zakaria, kerana dia yang memperkenalkan saya kepada Ezad (pengarah Sutun2). Pengalaman berlakon di dalam production ini adalah sesuatu yang saya akan ingat sampai bila-bila. Buat pertama kali dalam hidup saya saya mengenali nama setiap orang yang terlibat dalam production ini. Dari pelakon utama hinggalah kepada abang yang menghidangkan makanan. We were like a big family. Lots of brothers but only one sister (Wan yang membawa watak Zeta). I must say that Ezad is a very good director. Saya seronok bekerja di bawah arahan nya. Dia tahu apa yang dia nak, dan setiap apa yang kami lakukan dia akan beri tahu ‘why’ and consequences’ nya. He knows how to capture benda-benda yang penting dalam telemovie nih. Dan the best thing about him is, he loves to talk about anything. Dan kadang-kadang saya tak rasa pula Ezad ini director saya, rasa seperti seorang kawan yang suka berangan bersama-sama saya untuk buat satu satu cerita yang menarik dan kasi all Malaysian tengok dan enjoy. Saya suka semua pelakon-pelakon di dalam production ini, pendek kata kalau kamu menonton drama ini nanti, dan kamu rasa drama ini sangat fun dan kelakar, I actually experienced more than that..hehehe (Isma gelak lagi)

S : Siapakah yang menemui anda untuk watak ini ? Apa yang membuatkan anda menerima watak ini ? Tentu ada sesuatu tarikan yang membuatkan anda menerima watak ini ?

J : Seperti apa yang saya cakap tadi, Nizam Zakaria was the one yang told me everything about this telemovie. He said I will look good as Nuar (the villain) tapi bila I pergi reading, Ezad said I‘d be more interesting as Fitri, kalau nak tahu kenapa, kenalah tengok Sutun 2. Saya tertarik kepada concept cerita ni, isu yang cuba di utarakan dan juga setiap watak dalam cerita ini sangat strong and of course the script was well written. Secara ikhlasnya saya sebenarnya tidak kisah kalau Ezad nak cast saya untuk mana-mana watak sekali pun, sebab bagi saya semua watak mempunyai kelebihan masing-masing. But obviously saya akan hesitate untuk bawa watak Zeta, sebab I had to do a lot of researches plak nanti..hahhaha (kali nih Isma gelak lebih besar )

S : Apa persepsi anda terhadap watak Adek, Lukman, Zeta dan 3 sekawan yang membenci Adek (Nuar, Leman & Tajul). Apa yang anda mahu masyarakat pelajari dari watak-watak tersebut ?

J : Adek merupakan watak utama dalam cerita ini, cerita ini lebih mengisahkan pasal dia. He had to handle different peoples. So satu watak yang sangat berat, Tapi Ku Yusri berjaya membawa watak ini dengan baik sekali. I’m proud of him. Lukman pula satu watak yang hanya a good looking guy jer boleh bawak. Hehhehehe. And the other 3 villians are the characters we wish they died at the end of the story. Saya suka apabila saya selesai menonton sesuatu saya akan pilih which character yang paling sama dengan saya. so saya harap penonton-penonton pun akan buat benda yang sama, dan kalau watak tuh baik, teruskan lah. Tapi kalau watak tuh watak yang jahat silalah kurangkan kejahatan tuh ok .

S : Apakah pengajaran yang ingin anda sampaikan kepada penonton melalui watak Fitri ?

J : Saya tak mahu bercakap terlalu banyak pasal watak Fitri ini kerana watak dia nih full of suprises. Tapi apa yang saya boleh kata di sini, just be yourself jangan takut dengan masyarakat sekeliling, You are what you love, not what loves u ;)

S : Sudah bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat dalam mengecap populariti kesan drama Sutun 2 ini ?

J : Hahhaha, saya kena berhadapan dengan nenek saya kat kampung dulu, lepas tuh baru saya boleh fikir macam mana nak berhadapan dengan masyarakat ;)

MStar Online : Hati-Hati Memblog

MStar Online : Hati-Hati Memblog
Artikel bertajuk Hati-Hati Memblog tulisan Salhan K. Ahmad telah pun dinaikkan di laman MStar Online. Saya amat berpuas hati dengan hasilnya. Cuma saya kurang berpuas hati dengan gambar yang nampak kurang hensem (ketawa). Pendek kata pembaca yang membaca akan tahu yang saya memang kelihatan 32 tahun walaupun sebenarnya secara langsung saya tidak kelihatan 32 tahun. (ketawa lebih panjang). Melihatkan wajah bengis pada artikel tersebut dan tajuk artikel yang seperti memberi amaran, tentunya amat menakutkan pembaca ! Perasan tak wajah di sebelah kanan lebih bengis dari wajah sebelah kiri ? Wajah di sebelah kanan seperti sedang serius memerangi gejala rasuah lagaknya. Keseriusan wajah bengis sebelah kanan tersebut sepatutnya mempunyai artikel yang bertajuk “PM akan pantau prestasi semua menteri Kabinet.” Manakala wajah PM mempunyai artikel bertajuk “Hati-Hati Memblog”. (senyum panjang)Peluang tersebut merupakan sebuah pengalaman yang menarik dan membuka satu lagi jalan untuk pembaca baru mengenali siapa sultanmuzaffar. Kepada pembaca baru, selamat datang ke dunia sultanmuzaffar !


NSTP Media Convergence
Ini sebuah lagi projek yang melibatkan akhbar yang turut melibatkan saya. Sebentar tadi merupakan perbincangan pertama saya bersama beberapa orang penting yang akan turut terlibat untuk menjayakan projek ini. Saya melihat projek ini sebagai satu usahasama antara media alternatif (blogger) dan media perdana (wartawan) dalam mewujudkan ruang maklumbalas yang lebih telus.

Antara blogger yang terlibat dalam projek ini ialah BrandMalaysia.com, Minishorts, Kimberly Chun, Paul Tan, Shaolin Tiger, Pokku, Peter Tan dan Pak Idrus. Masing-masing diberikan topik yang biasa mereka tulis di dalam blog masing-masing. Antaranya ialah hal berkaitan sosio-ekonomi, gaya hidup remaja urban, wanita (babes), automotif, pengembaraan, pelancongan, pandangan dari seorang pesara, hal-ehwal orang kurang upaya dan bermacam-macam jenis isu lagi akan ditulis. Saya akan menulis tentang dunia hiburan yang lebih menjurus kepada soal Mawi iaitu idola Mack ! (ketawa)

Itulah kali pertama saya bertemu nama-nama selain Mack Zulkifli. Seperti biasa seorang introvert ini akan mengambil sikap berhati-hati untuk mula membiasakan diri berada di ruang mereka. Saya memerhatikan dan membaca setiap gerak-geri dan cuba mencari topik yang sesuai untuk tidak berasa terlalu asing. Jika anda bertanya kepada saya tentang projek ini tentunya saya merasa sungguh teruja untuk melihat hasilnya ! Kaedah perlaksanaannya akan saya ceritakan lebih lanjut apabila segala keputusan telah dibuat di peringkat yang lebih tinggi. Apa yang pasti, ia memang menarik !!

Permulaan pada satu pertemuan merupakan satu langkah kepada satu lagi jambatan persahabatan. I’m not so sure whether that Mat Salleh faham apa yang saya tulis.