Tag Archives for teknologi

sultanmuzaffar Berubah Wajah

Setelah lama tidak berubah wajah, saya ambil keputusan untuk mengubah wajah blog saya. Buat masa ini kerja jahat spam dan penggodam masih belum dapat diselesaikan. Google masih mengkategorikan blog ini sebagai “attack blog”. Masih gigih menyelesaikan masalah itu.

Sebagai escapism, saya tukar wajah blog ini dengan template yang lebih segar. Beberapa ciri blog terdahulu, saya kembalikan. Antaranya pautan-pautan ke laman-laman web yang penting yang selalu saya layari.

Antara ciri baru yang ada ialah anda perlu menekan Full Story untuk membaca entri keseluruhan. Ruangan komen pula dikuasakan oleh Disqus yang mana pengguna Facebook dan Twitter boleh menghantar komen anda menggunakan ID laman web sosial tersebut. Lebih mudah memandangkan sekarang lebih ramai pengguna kedua-dua aplikasi itu. Secara tidak langsung pengguna komen anonymous dapat dikurangkan.

Pautan ke Facebook yang saya letakkan di blog ini merupakan fan page sultanmuzaffar, ia adalah untuk pengunjung blog yang tidak saya kenali. Akaun rasmi Facebook saya adalah untuk keluarga, kawan rapat, kawan, kawan sekolah, kawan universiti yang saya kenali.

Saya juga meletakkan pautan Twitter saya yang mana sering saya gunakan untuk mengemaskini pergerakan atau pun pandangan saya. Boleh juga mengikut Twitter saya itu, jika mahu.

Selain itu, menggunakan konsep “sharing is caring”, anda kini boleh berkongsi artikel yang anda suka untuk dikongsi bersama rakan-rakan anda di Facebook, Digg, Del.icio.us, StumbleUpon, Technorati, Twitter atau pun RSS. Semuanya untuk anda.

Oleh kerana telefon bimbit Nokia sudah saya anggap ketinggalan zaman, saya kini sedang berusaha mengubah visual Nokia dengan telefon bijak Blackberry. Visualnya sudah ada, cuma perlu diedit sahaja.

OK. Ada kerja yang perlu dibereskan iaitu berperang dengan spam dan penggodam !

Kenyataan Rasmi Gangguan Perkhidmatan Celcom

(BAHASA MALAYSIA)
KENYATAAN AKHBAR

Kenyataan rasmi berkenaan gangguan perkhidmatan Celcom di seluruh negara pulih secara berperingkat-peringkat mulai jam 9.00 malam, 24 September 2009.
____________________________________________________________________
Merujuk kepada perkara di atas, Celcom (Malaysia) Berhad ingin memaklumkan bahawa para pelanggan Celcom di seluruh negara telah mengalami gangguan perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan di dalam rangkaian Celcom.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti sms, emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas.

Gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu 5 kali ganda semasa musim perayaan. Beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan mengakibatkannya kehilangan signal.

Kejadian ini disebabkan kedua-dua node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan dan terganggu secara serentak.

Perkhidmatan telah mula pulih secara berperingkat-peringkat mulai jam 9.00 malam 24 September 2009, dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut.

Untuk tujuan penerbitan, sila nyatakan kenyataan rasmi oleh Jurucakap Rasmi Celcom, YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom (Malaysia) Berhad.

(ENGLISH)
MEDIA STATEMENT

Official statement in regards to service interruption for Celcom, service have been gradually restored nationwide by 9.00pm, 24 September 2009
____________________________________________________________________

With reference to the above, Celcom (Malaysia) Berhad would like to acknowledge that its’ customers nationwide had been experiencing some service interruptions in receiving and making calls within our network.

However, other services such as sms, email, GPRS, mobile broadband, roaming, IDD and calls to other networks and fixed line were not affected.

The failure was mainly due to heavy call volume which increased by 5 folds during the festive period. As a result, some of our major network nodes experienced a sudden overloading, causing a loss of signal between the nodes.

It is really unfortunate that these nodes, located at two different locations namely Kepong and Perda, Seberang Prai were both affected at the same time.

As of 9.00pm 24 September 2009, service is being gradually restored nationwide and Celcom customers can now enjoy uninterrupted service once again. We sincerely apologize for any inconvenience that this has caused to all our customers.

For publication purposes, please attribute quote to Celcom’s Official Spokesperson, YBhg. Dato’ Sri Shazalli Ramly, Chief Executive Officer of Celcom (Malaysia) Berhad.

Samsung DVD Player : DVD-1080PK Memudahkan Saya

Baru-baru ini saya telah menerima satu lagi penajaan dari Samsung. Setelah menerima telefon bimbit Samsung SGH-i550W beberapa bulan lalu, saya diberikan peluang untuk mencuba sebuah pemain DVD. Pening juga kepala memikirkan di mana harus diletakkan pemain baru itu. Itu satu, belum lagi pening memikirkan sambungan wayar yang perlu dilakukan.

Sebelum ini saya telah memiliki sebuah sistem teater rumah dari jenama yang lain, maka saya perlu memikirkan sambungan wayar yang perlu dibuat tanpa perlu membuang sistem teater rumah yang lama. Lagi pun seluruh sistem bunyi berpunca dari jenama lama itu. Hendak tak hendak, saya perlu mengekalkannya.

Sambungan ke dekoder Astro juga perlu dijaga agar kesilapan pada sambungan tidak menyebabkan salah satu dari peralatan itu tidak berfungsi dengan baik. Mujur saya baca panduan yang diberikan dengan teliti dan setiap sambungan menjadi kenyataan.

Kini, setiap DVD yang saya beli saya gunakan dengan pemain DVD Samsung. Sistem bunyi dari sistem teater rumah banyak memberikan kelebihan kepada pemain DVD baru saya itu. Perbezaan ketara apabila pemain DVD itu boleh menghasilkan mode slow motion.

Selain itu, pemain DVD itu ada Progressive Scan yang membolehkan imej yang terhasil di televisyen lebih berkualiti dan jelas. Dengan televisyen yang saya ada sekarang, hasilnya tetap baik. Tetapi ia mungkin berbeza jika televisyennya dari jenama Samsung. Lebih-lebih lagi kalau televisyen yang ada sambungan kabel HDMI. Televisyen saya sekarang tidak punya sambungan kabel HDMI. Mungkin Samsung boleh taja televisyen yang baru. :)

Oleh kerana minat saya terhadap fotografi begitu menebal, maka satu lagi keunikan pemain DVD ini ialah terdapatnya USB port yang membolehkan saya menyambungnya dengan storan luar saya. Imej-imej yang saya rakamkan dengan kamera DSLR saya boleh ditonton di televisyen saya. Ia memudahkan saya untuk melihat versi yang lebih besar berbanding melihatnya di skrin komputer.

Bukan itu saja, segala drama bersiri dan filem yang saya muat turun di internet juga boleh saya tonton menggunakan pemain DVD itu. Pemain DVD itu boleh membaca format MPEG4. Selain itu, muzik dalam format MP3 dan WMA juga boleh dibaca oleh pemain DVD itu. Ia banyak memudahkan saya.

Pemain DVD itu juga boleh menghasilkan fail audio dalam format MP3 dari CD audio yang dimainkan oleh pemain DVD itu. Pemindahannya dibuat menerusi USB port yang ada. Senang sekali !

Fungsi HDMI atau High Definition Multimedia Interface membolehkan kualiti audio dan visual yang dihasilkan oleh DVD menjadi lebih berkualiti pada televisyen yang mempunyai kualiti HDMI. Itu pun jika ada televisyen HDMI. Tidak perlu berlapik-lapik, senang cakap seperti televisyen LCD jenama Samsung. :)

Bila dilayari laman web Samsung, nampak seperti mereka sudah mengeluarkan pemain Blu-ray. Perrghhh ! :)

http://www.samsung.com.my

Blog YB

Saya menerima satu utusan email dari Akmal berkenaan sebuah laman web baru yang dinamakan BlogYB. BlogYB adalah sebuah laman web yang menghimpunkan hampir semua laman web para Yang Berhormat (YB).Beliau juga sedang dalam proses mengemaskinikan semua laman web yang ada termasuk Ahli Parlimen dan ADUN. Untuk kemudahan pembaca, pembaca boleh membaca blog-blog ini mengikut pilihan yang dipilih.

Buat masa ini, terdapat pilihan mengikut parti dan negeri. Saya tidak pilih kasih. Semuanya ada. PAS, DAP, UMNO, PKR, MIC, MCA dan semuanya. Di masa akan datang, lebih pilihan akan dimasukkan ke dalam sistem ini.

BlogYB merupakan projek bukan komersial yang bertujuan untuk memudahkan pembaca mendapatkan nukilan terkini dari blog-blog pemimpin mereka.

Projek ini masih muda dan masih dalam tempoh percubaan. Ianya amat bagus sekiranya BlogYB dapat digunakan sebagai rujukan samada untuk mengetahui perkembangan politik semasa, aktiviti YB dan menjentik idea menerusi penulisan blog mereka.

Pengunjung bebas untuk memberikan komen sekiranya blog tersebut dibuka untuk sebarang komen. Jika anda mempunyai sebarang cadangan dan berkongsi pandangan untuk menambaik BlogYB, sila berbuat demikian.

Pautan : http://blogyb.net/

Ulasan Teknologi : Telefon Bimbit Samsung SGH-i550W

Samsung SGH-i550W GPS diperkemaskan dengan :

• Capaian HSDPA, UMTS, EDGE, GSM 900/1800/1900 MHz +2100 MHz
• Kamera 3.2 megapixel dengan autofokus dan flash
• 2.6? QVGA 262K color TFT display
• Sistem GPS
• FM Radio
• Bluetooth 2.0(A2DP)
• USB 2.0 High Speed
• 3.5 mm headphone jack
• Sistem Operasi Symbian 9.2 dengan antaramuka S60 3.1
• Pelayar HTML
• Menyokong RSS
• 1200 mAh bateri
• Memori dalaman 150 MB
• Penambahan ke 4GB dengan microSD
• Dimensi : 115×53×13.8 mm

Samsung SGH-i550W merupakan telefon bimbit pintar buatan Samsung yang pertama memiliki fungsi penunjuk-arah GPS. Ia turut diperkuatkan dengan fungsi multimedia dan capaian Internet yang pantas.

Rekabentuknya yang berbentuk petak, telefon bimbit Samsung SGH-i550W ini diasaskan system operasi Symbian OS versi 9.2. Dengan fungsi penunjuk-arah GPS yang turut dibekalkan dengan audio membolehkan pemandu kereta atau pejalan kaki untuk mencari arah.Pelayar internet dan capaian ke perkhidmatan Web 2.0 dipermudahkan dengan telefon bimbit jenama ini kerana ia berasaskan HSDPA 3.6 Mbps. Lebih mudah untuk melayari internet kerana muatan memorinya yang agak tinggi iaitu 128 MB RAM.

Melungsuri kandungan internet menjadi lebih mudah dengan ciri trackball navigation dan skrin yang agak besar iaitu 2.6”. Selain daripada itu SGH-i550W turut mempunyai kamera dengan 3.2 megapixel serta fungsi penyunting video.Turut mempunyai memori dalaman sebanyak 150MB dan radio FM.

Harga terkininya ialah RM1499 sebuah.Ciri utama yang menyebabkan saya suka dengan telefon bimbit SGH-i550W ini ialah fungsi penunjuk arah GPS, selain daripada kemudahan yang diberikan melalui empat butang fungsi “direct access”. Butang tersebut membawa anda ke Menu, GPS, Web dan Media Player. Keempat-empatnya saya gunakan dengan maksima kerana itulah fungsi paling utama untuk saya. Walaupun fungsi butang direct access ini tidak boleh diubah, ianya tidak menjadi masalah besar kepada saya.

Samsung SGH-i550W ialah telefon bimbit pintar yang beroperasi dengan Symbian OS S60, oleh itu sistem navigasi dan rekaletak keseluruhannya ada persamaan dengan telefon bimbit Nokia. Oleh kerana saya merupakan pengguna telefon bimbit Nokia sejak dulu, maka apabila menggunakan telefon bimbit ini saya tidak berasa janggal. Salah satu sebab saya belum berminat untuk menukar jenama adalah kerana sudah selesa dengan rekaletak dan sistem navigasi Nokia.

Lebih menarik sebagai seorang pengguna Internet yang tegar terdapat integrasi Google di skrin telefon bimbit tersebut. Jika ingin melayari Internet atau pun mencapai maklumat menjadi lebih mudah dan pantas. Kotak carian Google berada di bahagian bawah skrin.

Sebenarnya saya agak kurang suka menggunakan navigasi menggunakan trackball. Saya lebih senang menggunakan kekunci berbandingnya. Jika di computer bimbit mempunyai ciri trackball pun tidak akan saya gunakan kerana lebih selesa menggunakan mouse atau kekunci.

Satu lagi ciri yang memudahkan saya ialah WiFi. Saya akan melayari Internet dengan telefon bimbit ini secara PERCUMA kerana di pejabat saya ada WiFi. Setiap kali waktu santai di lobi pejabat saya masih boleh melayari Internet kerana capaian WiFi masih boleh diperolehi.

Berbicara soal fungsi kamera yang terdapat pada telefon bimbit ini, dengan keupayaan imej 3 megapixel merupakan standard untuk mana-mana telefon bimbit serta menghasilkan imej yang cukup baik. Masalahnya apabila ingin merakamkan gambar kerana saya perlu menunggu agak lama untuk gambar dirakamkan kerana fungsi autofocus yang terdapat pada telefon bimbit ini. Untuk saya yang perlu merakamkan gambar dengan masa yang pantas tentunya sesuatu yang melecehkan. Bayangkan Siti Nurhaliza tidak akan menunggu lama untuk posing ke kamera saya kerana waktunya juga singkat. Saya mahukan fungsi klik dan rakam. Tidak mahu menunggu lama.

Sementara itu untuk mendengar muzik tegar seperti saya, masalah kedua yang saya temui apabila muziknya tidak begitu kuat dengan pembesar suara telefon bimbit ini. Saya perlu menggunakan headphone untuk mendengar muzik dengan lebih jelas.

Ciri paling utama tentunya GPS. Mudah sekali. Pilih saja lokasi Mula dan Destinasi saya boleh mendengar arahan penunjuk-arah. Ciri ini merupakan yang paling penting untuk wanita yang amat lemah navigasi. Seperti saya, amat kurang menggunakan GPS untuk penunjuk-arah tetapi hanya untuk main-main. Memang seronok cari mana Taman Bukit Teratai, Istana Budaya, KLCC, Hotel Impiana, Bursa Malaysia dan lain-lain.

Saya mahu menambah aplikasi-aplikasi percuma yang boleh didapati di Internet. Kata orang aplikasi WorldMate v5, SMS Export v1.01 dan Google Maps ialah yang terbaik untuk telefon bimbit ini.

Saya telah menggunakan Samsung SGH-i550W dan berpuas hati menggunakannya.