Tag Archives for seni

Maskara Shorties, Sabtu, 1 November di Rumah PENA !

Kecenderungan golongan muda yang rakus berkarya begitu meluas ketika ini. Selain merebaknya populariti band indie, golongan muda kreatif terus mempamerkan kreativiti mereka di layar perak. Menerusi filem pendek, minda golongan muda cuba diterokai dan dizahirkan di skrin putih.

Projek terbaru Sindiket Sol-jah iaitu MASKARA Shorties akan menemui peminat filem pendek pada 1 November ini. Tayangan tersebut akan diadakan di Rumah PENA pada pukul 8.30 malam.

Sebanyak 20 penyertaan filem pendek telah diterima oleh penganjur dan antara nama besar yang sudi turun padang ialah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia 21, Mamat Khalid.

Karya yang bakal ditayangkan ialah :
1. Sebuah Karangan Bertajuk Kuala Lumpur, arahan Geng Sifoo
2. SMS, arahan Ajami Hashim
3. 8 Jam, arahan CW Mohd Faiz dan Mohd Nazri Zainuddin
4. My Alien Girlfriend, arahan Nazri M.Anuar
5. Melayu 106, arahan Mamat Khalid
6. Grip Phone, arahan Tok Rimau
7. Surat Seorang Ibu, arahan Saiful Nang

dan ada banyak lagi sinopsis karya di Maskara Shorties !

TUKAR GANTI : New Malaysian Paintings

Esok, saya akan bertolak ke Singapura untuk satu pameran yang bertajuk Tukar Ganti : New Malaysian Paintings.

Pameran tersebut akan diadakan di HT Contemporary Space, Tanjong Pagar.

Saiful Razman, artis dari Malaysia akan turut mempamerkan karya beliau. Turut membuat kejutan ialah Maman, penyanyi kumpulan Teacher’s Pet bakal membuat persembahan.

karya : Saiful Razman
Untuk pengetahuan anda, pameran tersebut sedang berlangsung sekarang mulai 17 September lepas hingga 7 Oktober ini.

Ia dibuka setiap hari, kecuali hari Isnin & cuti umum. Pameran dibuka pada hari Selasa hingga Jumaat, mulai pukul 6 petang hingga 10 malam dan pada hari Sabtu dan Ahad mulai 12 tengahari hingga 10 malam.

Pada 25 September ini akan berlangsung majlis pembukaan rasminya.

Laman web rasmi pameran tersebut boleh dilayari di http://www.vwfa.net/tukarganti/

Nota : Semalam Bersama Saiful Razman