Categories
- akademi fantasia 1
- akademi fantasia 2
- akademi fantasia 3
- akademi fantasia 4
- akademi fantasia 5
- akademi fantasia 6
- akademi fantasia 7
- american idol 7
- anugerah bintang popular
- anugerah era
- anugerah industri muzik
- anugerah juara lagu
- anugerah planet muzik
- astro awani
- astro oasis
- astro prima
- blogmob
- festival filem malaysia
- malaysia
- peribadi
- sehati berdansa
- seks
- sultanmuzaffar
- Uncategorized
Tags
advertorial akademi fantasia 7 anak wayang anugerah artis ashraff sinclair astro astro awani astro prima astro ria automobil beyonce blog bunga cinta lestari dato' siti nurhaliza david archuleta drama eksklusif facebook fesyen filem foto jet peribadi kakiseni kontroversi malaysia airlines muzik peribadi politik realiti realiti tv sazzy falaz scuba diving seni siti nurhaliza tari tarian teater teknologi wawancara-
Recent Comments
- Kematangan Istana Budaya Setelah Berusia 10 Tahun | sultanmuzaffar di internet on Nota Penulis : Ronggeng Rokiah
- ciknina on Rock : Mengembalikan Zaman 80an
- nurulizz on Menuju Puncak Nadi Akademi Fantasia 7
- cloudninemm on Ulangtahun ke Tujuh Blog sultanmuzaffar
- sultanmuzaffar on Puteri Gunung Ledang The Musical Season 3 : Menongkah Gelombang Mencipta Sejarah
scuba diving
Siapa Yang Bersalah ? Penyampai Berita Atau Pelapor Berita ?
Jumaat lepas saya ada terbaca kolum Dengarlah dalam akhbar Berita Harian yang bertajuk “Aizat ajuk gaya nyanyian Nubhan?” Pada mulanya saya percaya dengan apa yang telah dilaporkan. Walaupun ianya satu gossip cuma bezanya nama mereka yang terlibat terpapar dengan jelas, saya cepat percaya. Kata orang kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang kan. Atau pun dalam keadaan sekarang kalau tiada air, masakan tanah boleh menggelongsor kan. Atau kalau tiada hulur, masakan projek boleh lulus kan.
Namun setelah mendapat tahu cerita dari mereka yang berada di tempat kejadian selain menonton sendiri klip video yang telah dirakamkan pada malam kejadian, persepsi saya berubah. Ada bukti, maka saya berhak untuk mengubah persepsi saya.
Berdasarkan laporan gossip yang telah ditulis oleh Normah Becok, cerita buruk telah pun tersebar walaupun secara tidak tanpa niat. Kesilapannya cuma satu iaitu tidak mendapatkan komen dari pihak yang lain dan hanya berdasarkan komen dari pihak yang satu lagi sahaja.
Itu sebabnya REFORMASI wartawan hiburan perlu dilakukan. Saya yang bermula sebagai blogger juga perlu didedahkan dengan ilmu kewartawanan kerana saya tidak pernah terdidik dengan asas-asas kewartawanan. Saya menjadi wartawan dengan lesen blogger. Mungkin juga kerana telah terlalu lama, kita terlupa. Sebagai manusia biasa, lupa adalah perkara biasa bukan. Tidak salah menjadi pelupa.
Saya sebagai blogger juga pernah terlupa. Apabila diangankan dengan populariti, manusia cepat terlupa. Apabila sudah menggapai bintang di langit, kita terlupa rumput di tanah. Pernah beberapa kali saya terlupa tujuan asal menulis blog dan didesak oleh angan-angan kosong dari pembaca, saya tersilap langkah. Mujur juga ada orang di sekeliling yang cepat menarik saya ke tanah.
Berbalik kepada topik asal saya ialah laporan yang ditulis oleh Normah Becok seperti yang tertera di bawah.
Aizat ajuk gaya nyanyian Nubhan?
Oleh Normah BecokSEBAIK saja Cik Normah mengangkat telefon yang berdering di tengah kesunyian malam, Cik Normah terdengar nada suara sebak dan teresak-esak daripada pemanggil di hujung talian. Si pemanggil ini hanya dikenali sebagai `Miss Bling Bling’.
Walaupun sebenarnya Cik Normah waktu itu sedang ingin melelapkan mata,namun kerana `Miss Bling Bling’ ini hendak menyampaikan sebuah cerita sensasi, jadi Cik Normah gagahkan diri melayan panggilan itu.
Kata si wanita ini, dia sudah menyaksikan sebuah kejadian yang sepatutnya tidak berlaku untuk acara seperti itu.
Dalam nada penuh emosi, Miss Bling Bling berkata bintang program realiti yang kini semakin kurus, Aizat sudah memalukan seorang lagi bintang realiti iaitu Nubhan sewaktu sesi soundcheck untuk kategori Balada yang akan dipertandingkan malam ini.
Katanya, Aizat diminta untuk menggantikan Nubhan memandangkan penyanyi dari Kuala Pilah itu tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan kerja di tempat lain dan perkara itu sudah pun mendapat persetujuan penganjur.
Sebelum itu, pihak pengurusan Nubhan sudah pun menyediakan penyanyi stand in, yang juga ahli kelab peminat Nubhan. Namun disebabkan pihak produksi mahukan pengganti yang boleh menyanyi, maka mereka meminta Aizat untuk menyampaikan lagu Ada Untukmu itu.
Masalahnya, sewaktu menyanyikan lagu itu, Aizat kedengaran mengubah suaranya menjadi suara `angsa’, suara yang sering dikaitkan dengan Nubhan sewaktu dia masih dalam AF.
Ketika ditanya mengapa dia berbuat begitu, cerita `Miss Bling Bling’, Aizat membalas pertanyaan itu dengan ketawa.
“Sedih aku Cik Normah, bila Aizat buat begitu. Seolah-olah dia memang sengaja hendak memperli Nubhan,” luah `Miss Bling Bling’ sambil menangis.
Terdiam Cik Normah, tak tahu nak cakap apa bila mendengarkan Miss Bling Bling terus menangis tersedu-sedu mengenangkan artis kesayangannya itu dimalukan di khalayak ramai. Nantilah, kalau Cik Normah berkesempatan jumpa dengan Aizat, Cik Normah akan tanya mengenai perkara ini kepada dia ya, `Miss Bling Bling’.
Rakaman video yang dilakukan oleh salah seorang blogger yang berada di tempat kejadian telah membuktikan yang Aizat tidak bersalah. Namun siapakah pula yang bersalah ? Tidak perlu menunding jari untuk mencari siapa yang salah. Cukup sekadar peringatan untuk semua, jangan cepat mempercayai apa yang tertulis di dada akhbar mahu pun di skrin komputer anda menerusi laman blog.
Apa pula reaksi penyampai maklumat kepada Normah Becok setelah mendapat tahu lagu Aizat berjaya ke Anugerah Juara Lagu sedangkan lagu Nubhan tidak berjaya. Takut pula kalau amarahnya semakin marak dan dendamnya semakin membara. Bawa bersabar ya !
Saya difahamkan untuk mendapatkan reaksi balas akhbar tersebut akan mendapatkan komen dari Aizat sendiri. Mungkin akan keluar dalam minggu hadapan.
Keluar dari topik tersebut, saya mahu berkongsi dengan pembaca apa yang telah saya lakukan semalam. Saya bersama beberapa rakan telah menjalani satu latihan penyesuaian diri. Kami menyelam di sebuah kolam renang berhampiran Kuala Lumpur.
Sekali sekala hilangkan gian menyelam. Seronok pula menyelam di dalam kolam renang. Tenang tanpa arus yang selalu menyesatkan penyelam. Saya akan kembali ke sana lagi minggu hadapan. Yahoo !!
Masih Berfikir Lagi
Dua hari saya cuti. Mulai hari ini dan esok. Tidak banyak yang boleh dilakukan. Selain sedang berfikir dalam-dalam dan bersantai di rumah menonton televisyen, itu sahaja yang mampu dilakukan.
Saya masih lagi memikirkan sama ada mahu ke Pulau Sipadan sekali lagi hujung tahun ini. Ikut perancangann teman-teman diving, mereka mahu bertolak pada 10 Disember depan. Saya masih menunggu ilham datang untuk menjengah Sipadan sekali lagi.

Memang terasa rindu dengan pulau tersebut. Jika Jun lepas saya dive dengan diver-diver yang tidak saya kenali, perjalanan Disember ini akan disertai dengan teman-teman yang memang satu kepala.Harga tiket penerbangan ke Tawau menaiki Air Asia hanya RM570 sahaja termasuk Checked-In Baggage dan XPress Boarding.
Dalam memikirkan sama ada mahu ke Sipadan sekali lagi atau tidak, saya masih tidak pasti sama ada perjalanan ke Manado berjaya. Juga untuk diving, dikhabarkan ianya dirancang pada bulan Oktober, selepas musim cuti raya tahun ini.


Saya masih berfikir-fikir.Apa agaknya kejutan yang mahu saya lakukan di Sipadan dan mungkin juga di Manado kelak. Jika di Pulau Redang, saya mengenakan seluar jeans 501. Di sana kelak, saya mahu mencuba tanpa baju !

Dalam pada sedang memikir-mikir, saya telah merancang untuk bercuti lagi pada bulan April tahun depan. Masih belum memikirkan lokasinya. Mungkin Bali dan kalau saya gila, saya akan ke Pulau Sipadan lagi.Saya ke klinik pagi tadi. Damn ! Kena satu suntikan. Doktor minta saya minum banyak air.
Kredit Foto : Shonny Loh
Cuti Cuti Malaysia : Sipadan Kapalai Dive Resort Bhg. 3
Senja di Kapalai
Kesuraman Senja di Kapalai
Hening Malam di Kapalai
Ketenangan di Kapalai
Debar Di Kapalai
Saya baru kembali dari Pulau Sipadan. Bercuti. Saya bercuti di dalam negara sahaja. Saya sahut seruan kerajaan. BerCuti-Cuti Malaysia. Harga minyak melonjak tinggi, mana saya ada duit untuk melancong ke luar negara.Ia merupakan hari terakhir saya di Pulau Sipadan-Kapalai. Saya tidak dibenarkan diving di hari terakhir kerana saya perlu naik kapal terbang AirAsia untuk pulang ke Kuala Lumpur. Saya tidak mampu naik MAS kerana mahal. Lagipun harga minyak semakin melonjak tinggi, saya mana ada duit untuk naik MAS.
Saya menggalakkan anda melancong di dalam negara. Lebih-lebih lagi ke Pulau Sipadan. Sebuah syurga dunia untuk penyelam. Kalau anda bukan penyelam, anda masih boleh snorkeling. Kalau anda berhajat untuk diving, anda boleh mendapatkan lesen dengan belajar dahulu dengan F-Tersix Dive.
Dari Pandangan Kaca Mata sultanmuzaffar
Sipadan Kapalai Dive Resort
Sipadan Kapalai Dive Resort
SKDR Dive Centre
SKDR Dive Centre
Kembali dari Early Morning Dive
Mabul Wing
Kapalai Wing
Entri Berkaitan :
Pulau Sipadan Hari Pertama
Pulau Sipadan Hari Kedua : Gambar Dasar Laut
Ada Dunia Lebih Tenang 2
Ada Dunia Lebih Tenang 1
Escapism
Dasar Laut Pulau Sipadan-Kapalai
Entri untuk Hari Ketiga di Sipadan akan dikemaskinikan secepat mungkin.
Hari ini merupakan hari pertama saya bersama beberapa diver dalam kumpulan kami ke Pulau Sipadan. Saya adalah orang yang paling teruja, tetapi dalam diam. Ia merupakan kali pertama saya membenamkan diri saya ke dalam laut di Pulau Sipadan. Perjalanan dengan bot dari Kapalai mengambil masa lebih kurang 15 minit. Kami singgah di jeti untuk pendaftaran dan setelah selesai segala prosedur yang perlu dipatuh, kami bergerak ke Barracuda Point.
Nama : Barracuda Point
Masa Mula – 9.56 am
Masa Tamat – 10.41 am
Kedalaman – 27.3 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 30 darjah Celcius
Rating – 5 bintang
Pulau Sipadan memang dikenali dengan hidupan yang lebih besar berbanding Kapalai. Saya teruja. Mungkinkah ini menjadi kali pertama saya akan melihat jerung di hadapan mata ? Jerung di hadapan mata ? Ya ! Jerung !
Dalam kumpulan tersebut terdapat seorang perakam video mengikut kami. Chille dari LKWID.com yang ditugaskan untuk merakamkan kenangan kami di dasar laut. Hari itu Ralston merupakan Dive Master dan Buddy saya.
Dengan kedalaman mencecah 27.3 meter, kami dapat melihat lebih 20 ekor jerung white-tips dan lebih 10 ekor penyu. Sudah namanya pun Barracuda Point, pastinya barracuda akan dapat dilihat dengan mudah. Segerombolan barracuda melintas di hadapan kami pada awal minit ke 5 selaman kami. Terlalu cepat mimpi menjadi kenyataan. Jika sebelum ini saya hanya dapat melihat gambar segerombolan barracuda di komputer, kini mereka di hadapan mata saya.
Ikan yang pelbagai bentuk dan pelbagai warna adalah sesuatu yang biasa di Barracuda Point. Ada macam-macam nama yang tentunya tidak dapat saya ingati. Mungkin di percutian yang akan datang saya akan mengingati nama mereka.
Saya menyukai Sipadan berbanding Kapalai kerana jenis hidupan liar yang ada di perut laut tersebut. Selaman itu menjadi antara yang saya ingati kerana keindahannya terlalu sukar untuk digambarkan. Saya mula membiasakan persekitaran di dasar laut. Saya juga mula membiasakan diri untuk melakukan safety stop. Giant stride yang saya lakukan dilakukan dengan ayak berkeyakinan walaupun agak takut-takut.
Laut di Sipadan memang agak dalam sehingga kaki tidak mencecah ke dasar laut. Yang mampu saya lakukan hanya terapung di dalam air, sama seperti Dr. Sheikh Muszaphar terapung tanpa graviti di angkasa. Jika ditanya pada saya, adakah saya puas ? Pastinya jawapan saya YA !
Selesai di Baraccuda Point, kami berhenti makan tengahari di Jeti Pulau Sipadan berdekatan sebuah pos tentera. Kami berehat selama 1 jam 10 minit ataupun dikenali dengan surface interval. Ada sebab kenapa perlu berhenti seketika untuk membuang nitrogen yang masuk ke dalam badan sewaktu diving.
Destinasi yang seterusnya ialah South Point.
Nama : South Point
Masa Mula – 11.53 am
Masa Tamat – 12.38 am
Kedalaman – 28.5 meter
Masa Berada Di Dasar – 45 minit
Jarak Penglihatan – 10 meter
Suhu – 29 darjah Celcius
Rating – 5 bintang
Ada sesuatu yang berlaku pada dive computer saya. Oh! Ya ! Jangan ingat saya tinggalkan notebook, tetapi saya tidak membawa komputer. Komputer yang saya maksudkan ialah dive computer SUUNTO D4 saya. Jam tersebut merekodkan setiap dive saya selain menjadi pengawal peribadi saya sewaktu selaman. Ia memberikan arahan sekiranya saya melanggar peraturan diving. Jika ada.
Dive computer saya memberikan warning signal dan menyarankan saya agar berhenti. Arahan STOP muncul di minit ke 16 pada kedalaman 24.4 meter dan hilang dim init ke 40 pada kedalam 6.2 meter. Saya sebenarnya masih tidak faham apa yang sebenarnya yang berlaku. Apakah saya telah turun ke dasar laut terlalu cepat atau pun mungkin telah naik ke permukaan terlalu cepat ?
Destinasi South Point sangat hebat. White-tip sharks hanya kurang 2 meter dari saya. Saya sekadar melihat dan cepat-cepat bergerak menjauhkan diri. Bimbang menerpa di dalam hati. Lumrah untuk seorang diver baru seperti saya. Saya sempat juga menyentuh seekor penyu dari berpuluh-puluh yang sempat saya temui. Penyu tidak membahayakan untuk disentuh lebih-lebih lagi jika ia sedang berehat di dasar.
Kali ini saya lebih yakin dan tahu menggunakan BCD saya. Saya lebih tenang untuk mengawal imbangan di dalam laut. Saya sudah tahu apakah fungsinya memasukkan angin dan mengeluarkan angin apabila perlu agar imbangan di dalam air dapat dilakukan.
Di South Point saya dapat merasai apakah makna termocline. Memang terasa hangat air di antara kesejukan air yang ada di dasar laut. Kali ini saya sudah berani untuk memusing-musingkan badan di dalam air, jika mahu melihat apa yang ada di belakang. Sekali-sekala tunjuk skil. Hahaha.
Angkara bunyi amaran dari dive computer, saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan aktiviti selaman yang ketiga pukul 3 petang. Saya menghabiskan masa berehat di Resort dan bersantai “sun-bathing”.
Saya hanya mendapat tahu yang aktiviti selaman ketiga petang itu dibuat di Mabul. Nampaknya peluang saya untuk ke Mabul tidak menjadi kenyataan. Saya hanya berpeluang untuk ke Sipadan dan Kapalai sahaja selesai 4 hari berada di resort tersebut.
Entri Berkaitan :
Pulau Sipadan Hari Pertama
Ada Dunia Lebih Tenang 2
Ada Dunia Lebih Tenang 1
Escapism
























