Tag Archives for filem

Estet, Filem Terbaru Mamat Khalid

Saya sudah pun selesai membaca buku untuk filem Estet yang saya dapat Khamis lalu sewaktu majlis pelancaran muzik video Estet dan Buku Untuk Filem di Istana Budaya.

Saya jarang membaca buku bukan fiksyen secara tekun dan cuba habiskan dalam masa satu hingga dua hari. Buku terakhir seingat saya Daim Yang Diam. Buku Untuk Filem Estet buku terkini saya habiskan dalam tempoh itu.

Antara sebabnya ialah saya ingin tahu apa isi filem tersebut. Selain membaca wawancara Ajami bersama Mamat dan Indra Che Muda, saya juga berpeluang meneliti draf pertama skrip filem tersebut.

Saya rasa filem itu agak pendek kerana versi filemnya tentu lebih lama dengan adegan pergaduhan tidak begitu diterangkan dalam skrip tersebut.

Membacanya sahaja saya sudah dapat membayangkan apa yang akan dapat saya saksikan dalam filem itu kelak. Saya juga cuba untuk mendalami pemasalahan watak yang ada dalam filem itu. Mahu juga saya selami apa yang dirasai Geetha, Farid, Sashi, Subra, Ghandi, Pooniah dan lain-lain.

Saya sempat melayangkan sms kepada Ajami bertanyakan beberapa perkara untuk lebih memahami cerita tersebut kerana Ajami telah menonton filem itu.

Saya juga teringin menontonnya setelah membaca buku tersebut. (Orang Melayu kata-katanya cukup berkias…)

Filem Estet akan ditayangkan pada Tahun Baru Cina tahun 2010. Agak lama untuk menunggu, belum tentu sempat atau tidak lagi. (Sekadar menambahkan tekanan pada Penerbit Eksekutif dan Sutra(tidak ber)dara)

Usai majlis itu, saya pulang ke rumah dengan tersenyum lebar sambil tangan menghayun beg plastik yang terisi satu set kamera digital Nikon dan kelengkapannya.

Terima kasih Mamat Khalid dan Norazifa Mohamed (Kak Jib). Jutaan terima kasih sekiranya dapat menonton versi filem. :)

Sent via BlackBerry from Maxis

Papadom 8 Oktober 2009 Ini Di Seluruh Malaysia


Saya sebenarnya puas hati setelah pertama kali menonton filem ini sewaktu tayangan perdana filem ini di Festival Filem Malaysia ke 22 baru-baru ini. Saya harus membuat pilihan pada hari tersebut, antara Papadom atau pun Pisau Cukur. Oleh kerana Papadom bertanding di festival itu maka saya pilih filem tersebut.

Saya juga mahu melihat apakah filem itu benar-benar hebat untuk menjadi saingan filem arahan Yasmin Ahmad, Talentime. Setelah keluar dari pawagam, saya berpuas hati. Saya beritahu pada Afdlin sendiri yang filem itu merupakan saingan paling dekat untuk Talentime. Antara dua filem itu, siapa pun menang tidak kisah pada saya kerana kedua-dua filem itu ada kekuatan masing-masing.

Persaingan di Festival Filem Malaysia ke 22 telah pun berakhir dan Papadom muncul sebagai Filem Terbaik, Afdlin Shauki menang Pelakon Lelaki Terbaik, Liyana Jasmay menang Pelakon Wanita Terbaik dan Pacai menang Skor Muzik Asal Terbaik.

Saya suka dengan hasil arahan Afdlin kali ini. Nampak kematangannya berbanding filem-filemnya yang terdahulu seperti Buli, Buli Balik dan Baik Punya Cilok. Afdlin sangat unik kerana boleh buat penonton ketawa dan menangis dalam sekelip mata.

Saya saran anda untuk menonton filem Papadom yang akan mula ditayangkan mulai 8 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia.

Facebook Banyak Curi Masa Saya

Secara jujurnya memang saya akui Facebook banyak mencuri masa saya menulis blog. Di Facebook saya lebih terbuka dan senang berkomunikasi dengan pembaca mahu pun teman-teman saya. Saya baru saja pulang dari Kota Kinabalu kerana menghadiri sesi ujibakat Akademi Fantasia 7 di sana. Sama seperti tahun sebelumnya, sesi ujibakat tahun ini agak nyata perbezaannya.

Setiap peserta ujibakat perlu melalui 4 peringkat ujibakat. Di peringkat pertama sekadar menyanyi di hadapan dua orang juri tanpa iringan muzik. Dalam peringkat ini mereka dinilai sama ada mempunyai suara atau pun sekadar main-main. Jika berjaya mereka akan ke peringkat kedua yang mana lebih sukar kerana perlu berhadapan dengan juri profesional yang terdiri daripada penyanyi atau pun komposer. Peringkat ini peserta diuji sama ada vokalnya baik atau pun tidak. Ada keunikan atau pun sama seperti penyanyi-penyanyi yang pernah dilahirkan dulu. Jika berjaya mereka akan ke peringkat ketiga yang akan dinilai oleh komposer, wakil penerbit dan pelakon. Di sinilah perwatakan peserta diuji. Segala rahsia cuba dikorek untuk melihat sejauh mana peserta mahu menyertai pertandingan realiti itu. Kebolehan menari juga diuji dalam peringkat ini. Selain lagu pilihan, peserta juga akan diminta untuk menyanyikan beberapa lagu lain untuk menilai versatiliti peserta. Jika berjaya, barulah peserta bergerak ke Bilik Kebal Peringkat Empat. Di sinilah peserta ujibakat mencurahkan segala keinginan, harapan dan isi hati mereka dalam Akademi Fantasia.

Di peringkat tersebut jugalah beberapa rahsia peserta dicungkil untuk digunakan sebagai kejutan sekiranya mereka terpilih sebagai pelajar Akademi Fantasia kelak. Jika anda masih ingat kepada Mas dalam Akademi Fantsia 2, di peringkat inilah dia memberitahu yang dia sudah mempunyai anak. Selain Mas, ada beberapa pelajar lagi telah mendedahkan rahsia mereka di sini yang tidak wajar untuk saya tulis di sini.

Jadi apa bezanya Akademi Fantasia musim ini dengan musim terdahulu. Penyertaan peserta dari Singapura boleh dianggap sebagai perbezaan musim ini. Strategi memperluaskan jenama Akademi Fantasia ke Singapura boleh dianggap sebagai meluaskan pasaran muzik tempatan. Jika berjaya, jenama Akademi Fantasia boleh menjadi satu trademark untuk muzik Asia atau pun ASEAN. Jenama itu masih kekal di Malaysia selama 7 musim dan potensi untuk ia diteruskan di masa-masa akan datang pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat program realiti itu.

Sebenci-bencinya peminat/pembenci dengan Akademi Fantasia, seboleh-bolehnya jugalah mereka akan menjadi penonton untuk program itu. Biar pun menonton untuk mengutuk dan mengeji, mereka pasti menonton.


Lagu Pembukaan

Baru-baru ini saya ada menonton sebuah filem bertajuk Slumdog Millionaire yang kini sedang hangat diperkatakan di Hollywood mahu pun di seluruh dunia. Filem itu menerima sepuluh pencalonan di Anugerah Akademi ke 81. Sebelum ini ia memenangi Filem Terbaik di Anugerah Golden Globes dan Ensemble Lakonan Terbaik di Anugerah Screen Actors Guild. Semalam, pengarahnya Danny Boyle diiktiraf di Anugerah Directors Guild.

Filem itu pada mulanya dibeli hak penayangan oleh Warner Independent Picture dengan harga USD5 juta tetapi syarikat itu tidak yakin dengan filem itu dari aspek komersial. Lebih malang apabila Warner Independent Picture ditutup pada bulan Mei 2008 dan mencadangkan Slumdog Millionaire dipasarkan dalam bentuk DVD. Mujurlah Fox Searchlight Picture sanggup berkongsi dengan WIP dan seterusnya filem itu dapat ditayangkan kepada umum.

Filem itu pertama kali ditayangkan di Festival Filem Telluride pada 30 Ogos tahun lalu dan menerima respon positif daripada penonton sekaligus menjadi buah mulut masyarakat perfileman di Hollywood. Selepas ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September, filem itu menjadi semakin popular sekaligus menang Anugerah Pilihan Penonton.

Sehingga kini, filem itu telah mengutip lebih USD57 juta dalam kutipan tiket di Amerika Syarikat dan lebih USD86 juta di seluruh dunia. Filem itu kini sedang ditayangkan di India. Filem itu juga telah ditayangkan di United Kingdom, lebih-lebih lagi pengarahnya berasal dari sana. Selepas memenangi empat Anugerah Golden Globes, jualan tiket melonjak naik.

Kesan kemenangan dan polemik luar biasa yang diperolehi filem ini sangat hebat. Ada yang menyukainya tidak kurang yang tidak menyukainya. Mereka tidak sekadar bercakap mengenai jalan cerita mahu pun arahannya tetapi turut menyentuh isu-isu sensitiviti yang berlaku di India. Pelakon kanak-kanak yang berlakon dalam filem itu ada di antaranya yang berasal dari kawasan daif di India yang menjadi latar jalan cerita filem itu. Nasib kanak-kanak itu turut diberikan perhatian oleh penonton filem itu lebih-lebih lagi apa yang akan berlaku kepada mereka setelah berlakon dalam filem tersebut.

Seperti yang pernah berlaku dalam filem The Kite Runner, pelakon kanak-kanak filem itu dibawa berhijrah ke negara lain selain diberikan dana pendidikan untuk meneruskan pengajian mereka sehingga berusia 18 tahun. Perkara yang sama berlaku kepada pelakon kanak-kanak filem Slumdog, cuma mereka diberikan dana pendidikan sehingga 18 tahun. Walaupun filem itu mendapat tempias populariti di karpet merah, mereka tidak didedahkan dengan glamor tersebut semata-mata agar mereka memberikan tumpuan kepada pelajaran mereka.

Filem itu adalah pilihan yang terbaik untuk kita menghargai hidup. Filem itu sempurna dari aspek penceritaan, arahan, muzik, lakonan dan sinematografi. Sangat hebat. Sekiranya anda masih belum menonton Slumdog Millionaire, anda patut menontonnya kerana saya telah menonton filem itu sebanyak 6 kali tanpa rasa jemu.

Lagu Penutup

Perihal Muallaf dan Gala TV

Ada dua cerita yang terpapar dalam akhbar Mingguan Malaysia semalam. Satu berkenaan Muallaf dan satu lagi berkenaan Gala TV. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen, cuma menyarankan kepada pembaca blog ini untuk membacanya. Harus diakui saya telah pun menonton filem Muallaf yang besar kemungkinan tidak ditayangkan di Malaysia dan merupakan antara tenaga belakang tabir yang terlibat secara langsung dengan program Gala TV. Komen yang berlebihan mungkin akan menyinggung banyak pihak.

ARKIB : 07/12/2008

Muallaf menyinggung orang Islam?

Oleh KAMIL MASLIH dan ARIF NIZAM ABDULLAH
(Yang menonton Muallaf di Singapura baru-baru ini)

“MEMANG patut tak lepas di Malaysia,” komen spontan sebaik kami selesai menonton filem Muallaf di The Picturehouse, The Cathay Singapura semasa hari pertama tayangannya pada 29 November lalu.

Muallaf, filem kelima arahan Yasmin Ahmad belum ditayangkan di negara ini tetapi sudah dapat ditonton di negara itu.

Sehingga hari ini, filem arahan pengarah kontroversi itu terus tersadai di Lembaga Penapisan Filem (LPF) atau dalam bahasa halus tidak diluluskan tayangannya di Malaysia.

Ini kerana Yasmin dikatakan enggan mematuhi arahan badan penapis itu supaya memotong beberapa adegan penting yang boleh mencetuskan sensitiviti agama di negara ini.

Peliknya, sambutan di Singapura begitu memberangsangkan apabila tayangan hari pertama penuh sesak sehinggakan penonton perlu membuat tempahan awal bagi mengelak kehabisan tiket.

Barangkali bagi penonton di sana, tarikan utama Muallaf adalah kerana hampir keseluruhan dialog dalam filem itu menggunakan bahasa Inggeris.

Sepanjang menonton filem ini, kami mencari kewajaran di mana letaknya kekhilafan Muallaf hingga dihukum sedemikian.

Jawapannya ditemui cukup mudah. Menerusi Muallaf, Yasmin semakin berani menongkah arus untuk mengangkat isu agama sebagai lambang perjuangannya dalam bidang seni.

Persoalan itu timbul berikutan sejauh mana sensitiviti agama diusik Yasmin yang memang terkenal dengan filem-filemnya yang melangkau budaya masyarakat Melayu seperti Sepet dan Gubra.

Bukan tidak pernah persoalan mengenai toleransi serta keterbukaan antara agama ditonjolkan di layar perak seperti Ridley Scott dalam filem berjudul Kingdom of Heaven. Nilai kemanusiaan merupakan keutamaan pengarah British itu berbanding perjuangan agama kerana kesudahannya, manusia sendiri yang akan mencorakkan perjalanan agama yang didukung mereka.

Dengan mengambil situasi peperangan yang mana berlaku konflik antara agama, Scott meletakkan harapan kepada kedamaian bersandarkan rasa toleransi manusia.

Menarik mengenai Muallaf pula, Yasmin tidak mengambil latar peperangan ataupun konflik yang sedia menjadi kelaziman untuk sesebuah filem yang ingin menegakkan perjuangan.

Pengarah kelahiran Muar, Johor itu memilih sebuah bandar raya Ipoh yang tenang dan kaya dengan keindahan landskap bangunan kolonial.

Dia juga memaparkan sikap masyarakat yang langsung tiada berbalah semata-mata mencintai kedamaian.

Dalam Muallaf, Yasmin menempatkan masyarakat berbilang agama dapat hidup dengan saling toleransi. Suntikan realiti yang diberikan pastinya memberi kesan namun persoalan samar yang diwujudkan terlalu halus sehingga mengguris hati dan sensiviti masyarakat khususnya Islam yang menjadi majoriti di negara ini.

Hampir semua watak utama di dalam filem Muallaf dilihat mahu mencari serta menegakkan kebenaran menerusi agama masing-masing.

Watak Rohana yang dibawa Sharifah Amani dan watak Rohani yang dibawa adiknya, Sharifah Alesha, masing-masing ingin mencari kebenaran daripada agama Islam yang menjadi junjungan mereka.

Mereka berpegang teguh terhadap agama Islam namun mereka juga mengeluh kerana jiwa mereka kosong dalam pengisiannya. Mereka berdua bagaimanapun dapat bersahabat baik dengan watak-watak lain dalam cerita ini yang berbeza agama terutamanya Brian dan Brother Anthony (paderi).

Perbincangan agama yang dirungkai mungkin terlalu ironi sehingga Rohani yang masih bersekolah dapat berhujah dengan menghafal ayah-ayat dari kitab Injil.

Yasmin memang menyusun baik kisahnya namun kewajaran daripada adegan serta dialog yang dipaparkan pasti menimbulkan kekeliruan bagi mereka yang cetek mengenai agama.

Hala tuju dari filem Muallaf ini pasti bertunjangkan kepada watak Brian yang dilihat sebagai insan yang paling kosong dalam jiwanya. Dia yang pernah mengalami trauma sewaktu kecil adalah titik tumpu kepada perjalanan filem ini.

Kecenderungannya adalah pada agama Islam namun dia datang daripada keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian Katolik.

Keindahan Islam yang dilihat Brian, begitupun tidak datang terlalu menjurus kepada bentuk agama Islam itu sendiri, namun lebih kepada nilai kemanusiaan daripada Rohana dan Rohani.

Tidak dapat dinafikan, Yasmin telah memberikan hasil karya seninya yang terbaik menerusi Muallaf. Susunan plot filemnya itu seperti biasa adalah terlalu tenang berbanding sensitiviti ataupun kisah tersirat yang cuba dibawanya. Muallaf tidak boleh dikatakan sebagai filem dramatik, kerana unsur- unsur drama telah disunting dengan pantas.

Malah adegan Sharifah Amani yang terpaksa dibotakkan rambutnya hingga menjadi bahan sensasi pihak media boleh dikatakan tidak lebih daripada subplot semata-mata dan langsung tidak memberi kesan yang besar terhadap Muallaf.

Kebijaksanaan Yasmin adalah kepada ketelitian terhadap perkara-perkara yang orang sentiasa terlepas pandang dan kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya dalam Muallaf. Malah setiap watak walaupun berperanan kecil tetap memberi kesan kepada perjalanan cerita Muallaf.

Dialog-dialog yang diberikan adalah tajam dan mampu memberi kesan di atas mesejnya yang tersurat dan tersirat. Mengambil daripada realiti dengan melontarkan pandangan mengenainya, Muallaf hanya memberikan persoalan bersama jawapan yang masih belum selesai.

Dari segi kemanusiaan, Muallaf adalah sebuah filem yang cukup indah kerana penuh nilai kasih sayang dan rasa saling memahami. Keinsafan adalah pada setiap manusia mengenai perkara ini, namun dukungan liberal yang terlampau halus dan mendalam inilah yang mengakibatkan garis terang yang memisahkan setiap agama bagai terkabur.

Sebagai seorang muslim, Yasmin gagal memberi keindahan sebenar mengenai wajah agama Islam yang menuntut jalan yang lurus. Imej Muallaf yang dilontarkannya adalah terlalu mengecewakan. Ini kerana terlalu banyak perkara yang diambil ringan maksudnya berbanding kesannya terhadap agama Islam.

Sewajarnya difahami, subjek agama yang diangkat dalam Muallaf tidak sepatutnya diletakkan dalam medium seni yang tidak pernah begitu jelas justifikasinya.

Semua pengarah melakukan kesilapan dan kesilapan Yasmin cuba menunjukkan semua agama menyuruh melakukan kebaikan dan dia mahu menyamaratakan semua agama untuk kelangsungan hidup. Realitinya, Islam tidak pernah sama dengan mana-mana agama!

ARKIB : 07/12/2008

Tidak puas hati dengan penyampai Gala TV

SAYA ingin mengucapkan Syabas kepada Astro Awani sempena setahun bersiaran. Pujian patut diberikan kepada para penyampai yang berkaliber dan berpengalaman.

Walau bagaimanapun saya ingin melahirkan perasaan tidak puas hati dengan ketiga-tiga pengacara slot Gala TV kerana kelemahan yang ketara dalam penyampaian mereka.

Yang amat membosankan saya adalah ketidakfasihan pengacara dalam menyampaikan berita kerana terlalu kerap tersasul.

Bertambah menyakitkan lagi dengan gaya badan dan kepala seperti dihayun dengan tangan berkepak seperti ayam yang nak bergaduh.

Slot temuramah bersama tetamu undangan juga amat ‘menyeksakan’.

Saya sebagai peminat setia Astro Awani berharap pendapat saya ini diterima sebagai kritikan membina demi kejayaan Astro Awani seterusnya.

l zolkiflibidin.

Komen DZMSOnline

We are so agree with Zolkiflibidin. We love Awani and watch most of the programmes. But somehow we think the management of Awani is torturing us all by putting these 3 worst tv hosts ever in mankind history as Gala TV Host. Not only they don’t have the charisma, the face & all, they also don’t have that tone. Many ears have been bleeding watching Gala TV ever since this program was brought on air. Well.. we actually think, the lady host is not so bad. But the other 2 guys, oh my goodness. What are they thinking ? We love the content of this programme & we seriously dying to watch Gala TV day to day basis, but please lah find better hosts. I wonder if they were trained by Suhaimi Sulaiman ? Or did Suhaimi Sulaiman was the person responsible in recruiting them as TV Host? Thats terrible lah..

By the way, we love Awani. We urge everyone to watch this channel 501. We love it because it is so CNN Malaysia Version. We love watching news !!

What else we want to say ? Ok lets just comment Awani’s Host for once.

Who we like :

Suhaimi Sulaiman especially when he do interview regarding politic. I don’t think anybody could take his place.

Dangsuria because she have the most pleasant voice & personality. Dangsuria is legend ok !

Ashwad because he is the best news reader at the moment & he is so fresh & young people like us are proud to see him reading news gracefully. He will stay forever like Suhaimi Sulaiman.

Rizal Zulkapli because his SSSSS pronunciation is so out of the world & thats unique. Plus he looks moody & fierce so sesuai la baca business news.. Business Awani.

Kamarul Bahrin because we love listening to his Malay & English interview on Sudut Pandang. He looks intelligent too !

Linawati because she looks so sophisticated & we love sophisticated woman. And she host WW very well too !
Ellia Raini because she have a unique sharp voice to ensure we watch her read ! Weird voice but still acceptable. And we love her brown hair now ! So in !

The Tudung girl who always read Awani Global. I dunno her name. Lets make her famous la !

Dino Omar only when he do the Temujanji Show, The live audience interview thinggy. We hate listening to him reading news because somehow his tone is off-macho. Gayish maybe. We hate it. Dino can’t read serious-long news text..
Zulhilmi because he do that woman program WW with Dangsuria & Linawati. Zul still look shy but we believe there is potential in him so we want to give him chance. lol

Who we don’t like :
Syazwan Zakaria because his tone is so trying too hard and we tried our best to accept him but its not working. No charisma. A no no no. We think previous host, Afidah Selamat did better & more convincing. This Syazwan have no feel at all.

Azman Yusof because he moves his head like he makan leher ayam everyday. And his voice is so sengau. He should try other job but not hosting. Please please.
We are okay with the rest of Awani’s Host not mentioned above.

Well, thats all. So sorry if you don’t like this post. As a big fan, this is what we feel. Awani is so informative. We no longer need to watch Buletin Utama & all anymore…

Nominasi Festival Filem Indonesia 2008

Festival Filem Indonesia 2008 bakal berlangsung pada 12 Disember ini di Bandung. Berikut merupakan senarai lengkap nominasi FFI 2008 yang diumumkan oleh Ketua Dewan Juri Niniek L. Karim di Pusat Perfilman H.Usmar Ismail (PPHUI).

Nampaknya jenama filem yang begitu popular di Malaysia iaitu Ayat Ayat Cinta tidak terpilih untuk kategori Filem Terbaik mahu pun beberapa kategori utama yang lain.

Buat para pembaca, dalam kurungan saya sertakan nama yang biasa digunakan di Malaysia.

Film (Filem Terbaik)
• 3 Doa 3 Cinta
• Claudia/Jasmine
• Fiksi
• May
• Under the Tree

Skenario Cerita Asli (Skrip / Cerita Asal Terbaik)
• Awi Suryadi (Claudia/Jasmine)
• Dirmawan Hatta (May)
• Joko Anwar/Mouly Surya (Fiksi)
• Nurman Hakim (3 Doa 3 Cinta)
• Upi (Radit & Jani)
Penyutradaraan (Pengarah Terbaik)
• Garin Nugorho (Under the Tree)
• Mouly Surya (Fiksi)
• Rachmania Arunita (Lost in Love)
• Upi (Radit & Jani)
• Viva Westi (May)
Pemeran Utama Pria (Pelakon Lelaki Terbaik)
• Aming (Doa yang Mengancam)
• Donny Alamsyah (Fiksi)
• Nicholas Saputra (3 Doa 3 Cinta)
• Vino G. Bastian (Radit & Jani)
• Yama Carlos (May)
Pemeran Utama Wanita (Pelakon Wanita Terbaik)
• Ayu Laksmi (Under the Tree)
• Fahrani (Radit & Jani)
• Jenny Chang (May)
• Ladya Cheryl (Fiksi)
• Pevita Pearce (Lost in Love)
Pemeran Pendukung Pria (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik)
• Dwi Sasono (Otomatis Romantis)
• Lukman Sardi (Kawin Kontrak)
• Oka Antara (Ayat-ayat Cinta)
• Tio Pakusadewo (May)
• Yoga Pratama (3 Doa 3 Cinta)
Pemeran Pendukung Wanita (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik)
• Aryani Kriegenburg Willems (Under the Tree)
• Ira Maya Sopha (Claudia/Jasmine)
• Poppy Sovia (The Butterfly)
• Tutie Kirana (May)
• Tizza Radia (Claudia/Jasmine)
Tata Sinematografi (Sinematografi Terbaik)
• Ical Tanjung (May)
• Ical Tanjung (Radit & Jani)
• Nayato Fio Nuala (The Butterfly)
• Yadi Sugandi (Under the Tree)
• Yunus Pasolang (Fiksi)
Tata Artistik (Penataan Seni Terbaik)
• Budi Riyanto (Under the Tree)
• Eros Eflin (May)
• Eros Eflin/Vida Sylvia (Fiksi)
• Koesnadi W.S. (The Butterfly)
• T. Moty D. Setyanto (Kuntilanak 3)
Penyuntingan (Penyunting Terbaik)
• Andhy Pulung (Under the Tree)
• Muchamad Ichsan (Fiksi)
• Sastha Sunu (3 Doa 3 Cinta)
• Wawan I. Wibowo (May)
• Yoga Krispatama (Claudia/Jasmine)
Tata Musik (Penata Muzik Terbaik)
• Aksan Sjuman (Lost in Love)
• Anto Hoed/Melly Goeslaw (The Butterfly)
• Djadug Ferianto (3 Doa 3 Cinta)
• Kadek Suardana/Wiwiek Soedarno (Under the Tree)
• Zeke Khaseli (Fiksi)
Tata Suara (Penata Audio Terbaik)
• Adityawan Susanto (Under the Tree)
• Edo Sitanggang/Suhadi (Radit & Jani)
• Khikmawan Santosa (3 Doa 3 Cinta)
• Satrio Budiono (May)
• Satrio Budiono/Yusuf A. Patawari/Aufa Ariaputra (Fiksi)

Film Pendek (Filem Pendek Terbaik)
• A Kite (sutradara Achmad Rofiq)
• Cheng Cheng Po (B.W. Purbanegara)
• Daun Terus Melayang (Rahabi Mandra)
• Hanung Ing Larung (Hery Sasongko)
• Ibu dan Anak-anakku (Wicaksono Wisnu)
• Nyawa-nyawa Mendamaikan Persada (Robby Ertanto)

Film Dokumenter (Dokumentari Terbaik)
• Catatan Terakhir dari Nusakambangan (sutradara Moriza dan Nurshinta)
• Ritus Swara Djaduk (Hari Suryanto)
• Tarianku Negeriku (Musa Tambunan)
• The Conductor (Andibachtiar Yusuf)