Tag Archives for drama

Impian

Impian

Image Hosted by ImageShack.us

PASTIKAN ANDA MENONTON ‘IMPIAN’ DI DALAM SLOT CITRA KHAS pada 24 November 2006 (Jumaat) di RTM2 pada pukul 10 malam.Sudah jarang benar saya bersembang dengan penulis yang seorang ini. Bertemu pun sekadar berbincang tentang BlogBugs. Lagipun kini masing-masing sedang sibuk merencanakan masa depan masing-masing. Beliau dengan projek dramanya, saya dengan projek new media saya. Masing-masing ada prioriti yang perlu diutamakan. Tapi saya tahu yang beliau sedang gigih merealisasikan impiannya. Jumaat ini salah satu impiannya akan tercapai. Telemovie Impian akan ke udara di RTM 2 jam 10 malam. Saya akan pasti menontonnya.

Image Hosted by ImageShack.us

:) Gigih nampaknya seorang biduanita cuba mendapatkan angle yang menarik.
Image Hosted by ImageShack.us
:P Siapa cakap saya seorang Small Eater ?

Pizza yang saya pilih besar juga, cuma saya habiskan separuh saja. :P

Image Hosted by ImageShack.us

Hari ini Hari Makanan Sedunia.

Cupcake ini dibuat sempena dengan New Media.

Jika ada yang bertanya apa makna NM, ia bermakna New Media.

Image Hosted by ImageShack.us

Ada juga jenis yang ingin mengambil gambar kek harijadi sendiri…

Kepada dua orang sahabat : Be tough and in control…you will find the answer

Ziarah

Ziarah
Episod 19 (Indonesia: Yogyakarta)

Image Hosted by ImageShack.us

Tragedi gempa bumi Mei 2006 yang berlaku di bandar kedua terbesar Indonesia, Yogyakarta amat memeritkan. Tragedi tsunami masih lagi segar di ingatan, gempa bumi menambahkan keperitan. Indonesia bagaikan tidak putus–putus dilanda bancana alam yang membawa kemusnahan.Ziarah bergerak ke Yogyakarta di bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi memaparkan keperitan yang dialami umat Islam di sini menjalani rukun Islam ketiga dalam keadaan serba kekurangan.

Ziarah turut memperlihatkan kesedihan yang melanda bumi Yogyakarta yang kehilangan 5,782 penghuninya dan tragedi gempa bumi tersebut. Seramai 36,299 warga Yogyakrta tercedera dan lebih 600,000 mangsa kehilangan tempat tinggal.

Kemurungan dan kesedihan dapat dirasakan di setiap wajah mangsa gempa bumi yang bakal menyambut kehadiran Syawal tanpa sebilangan besar ahli keluarga mereka.

Gempa bumi sama sekali meranapkan sebilangan besar sumber ekonomi mereka, meninggalkan warganya terkapai–kapai serta terpaksa menyambut Ramadhan Al-Mubarak serta Syawal yang bakal tiba dengan persediaan ala kadar.

Ziarah turut menumpang sama merasai penderitaan mereka. Tinggal sebumbung dan berbuka puasa bersama mangsa antara yang termampu Ziarah lakukan dalam menghayati penderitaan mereka.

nota sultanmuzaffar : Indonesia menangis lagi. Bala apa yang menimpa setelah bumi Acheh digulung bencana tsunami, kini Yogyakarta pula digegar bencana gempa bumi. Indonesia masih menangis. Anak-anak hilang sekolah, ibu hilang dapur, bapa hilang kantor, semuanya ranap sama sekali. Episod Ziarah ke 19 membawa penonton ke daerah Bantul, daerah yang paling kuat menerima kesan gegaran. Kini kebanyakan penduduk Bantul masih tinggal di bawah khemah.

Penderitaan kanak-kanak kecil bernama Anis sungguh mengharukan. Melihat ibunya mati di hadapan matanya menjadi igauan buruk untuknya. Semoga Anis akan terus tabah dalam mengharungi kehidupan sukarnya untuk mendaki masa depan yang lebih gemilang.

Jika ada sesiapa yang sedar, saya lebih menggemari mengulas episod sedih Ziarah. Dari episod Lubnan hinggalah episod Yogyakarta. Episod yang mampu mengundang air mata, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kanak-kanak. Tidak sukar untuk mempercayai kerana itulah saya lebih menggemari Akademi Fantasia. Ziarah sebuah program yang saya fikir mampu memahat emosi terutama pada episod-episod duka menggambarkan kesengsaraan penduduk Islam sekitar kita. Yogyakarta memberikan kesan emosi yang bukan sedikit kerana ianya berlaku hanya di seberang kita. Saudara kita. Satu perkara lagi yang membuatkan saya menyukai Ziarah adalah skrip voice-over yang dikarang dengan teliti agar ia memberikan kesan emosi apabila visual dan teks disatukan untuk ditonton. Memang saya suka sangat dengan skrip tersebut.

Lewat malam, episod terakhir Seputeh Qaseh Ramadhan pula ditayangkan. Sebuah lagi kisah duka masyarakat yang divisualkan dalam drama bersiri tersebut. Dibarisi pelakon-pelakon yang mantap dan bernama besar seperti Arash Mohamed, Eja, Fahrin Ahmad, Ifa Raziah, Khencana Dewi dan beberapa lagi telah memaku saya di depan TV setiap hari Selasa hingga Khamis. Saya tabik dengan penulis lakon layar drama bersiri ini kerana pada saya setiap watak telah diberikan keadilan untuk hidup dalam hati saya. Setiap watak diberikan warna indah yang sukar digambarkan. Terlalu indah. Setiap watak ada sisi baik dan ada sisi jahat. Arash Mohamed contohnya terlalu dayus tetapi masih menyayangi bekas isterinya dan cuba untuk berbuat baik walaupun di penghujung episod beliau menceraikan isterinya. Fahrin Ahmad seorang peguam pada mulanya menyuntik elemen jenaka dengan kegigihannya untuk memikat Qaseh dan wataknya berkembang menjadi penyelamat Qaseh yang menjadi penuh emosi. Ibu mertua Qaseh, Umi yang begitu zalim punya elemen komedi apabila berhadapan dengan menantunya Ifa Raziah yang amat bimbo. Itu lah keindahan perwatakan yang telah digarap dalam Seputeh Qaseh Ramadhan. Kalau ada buat VCD, sudah pasti saya beli.

Satu adegan yang paling menyayat hati, apabila di saat kematian Qaseh beliau masih mahu merasai nikmat menyuap makanan ke mulut anak-anaknya. Antara tiga anak-anaknya, Along yang paling tidak pandai berlakon. Seri anak paling bongsu hebat dalam drama ini. Angah berada di pertengahan.

Banyak juga yang saya terbaca komen di forum tentang drama ini. Kata mereka drama ini tidak logik. Anggap saya ia sebagai satu hiburan. Tidak ada yang tidak logik dalam hiburan. Konsep kamera dalam drama ini lebih mementingkan close-up. Solekan yang tebal amat perlu untuk mencantikkan visual. Konsep yang sama banyak digunakan dalam telenovela Indonesia seperti Hikmah. Ekspresi wajah pelakon dapat dilihat dengan jelas dan saya harus mengakui emosi mereka sampai. Yang saya dapat lihat, antara pelakon yang telah menangis dengan betul tanpa penggunaan Eye-Mo ialah Khencana Dewi, Angah dan Seri. Itu antara yang saya yakin telah menangis dengan betul. Arash, Fahrin, Along dan Eja masih boleh dipertikaikan.

Image Hosted by ImageShack.us

Episod 20 (Indonesia: Yogyakarta)

Sebelum berlakunya tragedi gempa bumi Mei 2006 yang mengorbankan 5,782 rakyat Yogyakarta, bandar tersebut dalam persiapan untuk dijadikan pusat perlancongan utama Indonesia.Terkenal dengan pelbagai jenis tarikan pelancong seperti kebudayaan, seni bina dan candi, gempa bumi hanya mencacatkan sedikit tempat perlancongan di sini.

Ziarah meneruskan pengembaraan di Yogyakarta, bagi menjejaki kesan kemusnahan di Klaten yang kini menjadi parut di bumi ini. Turut menjadi perhatian, mangsa gempa bumi yang terpaksa berhempas pulas mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup.

Hanya kegiatan perlancongan sahaja yang mampu mengembalikan bandar ini ke asalnya serta mengurangkan beban yang dialami mangsa gempa bumi di sini.

Ziarah turut melawat beberapa tempat perlancongan di sini seperti Water Palace dan Kraton’s Main Pavilion serta mendekati Gunung Merapi yang hanya aman selama 14 tahun sebelum berlaku letusan pada tahun 2006.

Ziarah turut tidak melepaskan peluang untuk melihat pembangunan yang sedang dilakukan di sini serta kesan bantuan masyarakat antarabangsa yang mencurah–curah diterima Indonesia selepas berlakunya tragedi gempa bumi 2006.

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Ziarah

Ziarah
Episod 15 (Kazakhstan: Syhmkent)

Image Hosted by ImageShack.us

Syhmkent, adalah ibu kota ketiga terbesar di Kazakhstan, selepas Almaty dan Astana. Dengan kepadatan penduduk melebihi satu juta orang, majoriti daripada mereka adalah beragama Islam.Kesibukan suasana di Syhmkent dari pagi hingga ke lewat malam menghangatkan lagi suasana dengan gelagat anak-anak muda berpelesaran di pusat-pusat hiburan. Malah, ada di kalangan mereka menyambut kehadiran kami dengan ramah.

Di daerah Turkistan, terdapat sebuah makam dikenali sebagai Makam Khodja Ahmed Yassavi. Ia adalah sebuah makam seorang ahli Sufi, di mana dia menyebarkan karya-karya puisi berunsur kecintaan kepada ketuhanan, dan sesama manusia.

Tidak jauh dari makam tersebut, kami menziarahi sebuah rumah yang didiami oleh seorang warga emas.

nota sultanmuzaffar : Rasa diri terlalu kecil apabila berada di hadapan semua pencinta-pencinta filem dan drama tanahair. Mereka berbicara dari satu topik ke satu topik tentang drama dan filem tidak henti-henti. Rasanya lebih senang duduk semeja dengan khalayak filem atau drama yang masih belum mengecap apa erti populariti. Mereka lebih senang didekati. Mereka boleh dikategorikan sebagai berbakat tetapi belum popular atau pun berbakat tetapi tidak popular. Mujur lah bukannya popular tetapi tidak berbakat. Adakalanya menjadi lebih seronok apabila mengingati yang kita pernah berada di lokasi pengambaran untuk drama mereka yang pertama dan hari ini mereka bercerita tentang drama-drama yang telah mereka siapkan. Menjadi lebih manis bila kita menjadi saksi entri pertama blog yang pernah dibina dan hari ini kita menyaksikan kita sama-sama berbicara tentang projek skrip drama dan filem untuk masa akan datang. Inikah yang dimaksudkan kejayaan ? Belum. Ini baru sekadar mimpi. Walaupun dalam mimpi itu kita akan hanya menemui kebahagian.

Dapatkan Nada Dering Pemanggil! Hanya di METAMOBILE

Ziarah

Ziarah
Episod 14 (Uzbekistan: Bukhara)

Image Hosted by ImageShack.us

Di pertengahan Samarkand ke Bukhara, terdapat juga sebuah makam yang dipercayai Makam Nabi Daud, terletak sejauh 40 km dari Samarkand.Kami terpaksa merentasi kawasan pergunungan untuk sampai ke puncak dengan menunggang kuda. Menurut maklumat dari penduduk, di situlah Nabi Daud disemadikan yang tertutup dengan celah batu di dalam sebuah gua.

Di Bukhara, kami berpeluang melihat seni bina Islam yang menempatkan empat Bakar, iaitu ‘Chor Bakr’. Ia adalah sebuah makam bagi empat Bakar, sekumpulan pendakwah dipercayai dari keturunan Nabi Muhammad s.a.w, yang menjadikan Bukhara sebagai tempat pendakwahan dan penyebaran agama Islam.

nota sultanmuzaffar : Sekali lagi saya keluar berbuka puasa di luar. Saya tidak sempat menonton Ziarah. Cuma sempat menonton Seputih Qaseh Ramadhan. Kali ini memenuhi undangan The Red Kebaya. Filem ini akan mula ditayangkan pada 23 November ini. Saya tergamam sebentar dengan reaksi yang ditunjukkan oleh para pelakon, tenaga produksi, pengarah filem itu sendiri terhadap bahan di blog saya. Saya kehilangan kata-kata. Lebih kelu bila duduk bersebelahan dan berbual bersama Samantha Shubert dan Kate James (penyunting untuk PGL versi filem)!! Apa yang berlaku di sana biarlah mereka yang hadir sahaja yang tahu. Ramai juga kawan-kawan saya yang ada sama dan duduk semeja bersama. Antaranya Isma Yusoff, Nizam Zakaria, Malique, Kash Ed, Muid Latif, TVSmith, Suanie dan beberapa rakan media yang saya kenali sebelum ini. Disambut oleh Sandra Sodhy yang bertindak sebagai publicist pada malam itu. Beliau saya kenali melalui Mat Gelap dan teater Hip Hopera. Saya beli soundtrack teater tersebut kerana saya amat suka dengan teater (lagunya juga) itu. Afdlin Shauki pun berlakon dalam teater tu. Zaman Afdlin kurus lagi. hahaha.

Malam tadi sahaja saya terima dua undangan. Saya harus buat keputusan. Antara The Red Kebaya dan Cicakman. Saya memilih The Red Kebaya. Sebuah filem Malaysia yang berbahasa Inggeris hampir keseluruhan perjalanan ceritanya dan diarahkan oleh seorang Mat Salleh. Tidak banyak yang boleh saya perkatakan. Tunggu saja pada 14 November ini bila tayangan media diadakan. Saya juga mahu ke Gala Premiere itu pun jika saya masih belum terbang ke Singapura untuk Puteri Gunung Ledang The Musical : Esplanade Experience. (YES !! Dah siap !)

Kenapa saya ternanti-nantikan filem ini ? Pertama Ramli Hassan. Kedua Vanida Imran. Kedua-duanya merupakan pelakon teater yang dikagumi. Ramli saya tonton dalam Rashomon dan Rubiah. Vanida Imran melalui filem Perempuan Melayu Terakhir, teater Anugerah, pelbagai versi teater Lantai T.Pinkie. Saya mahu melihat Vanida Imran kembali ke dunia lakonan filem yang benar-benar memukau. Selepas PMT, Vanida seakan hilang punca dalam lakonan filem. Saya berharap benar kalau-kalau TRK dapat menyinarkan kembali Vanida Imran.

Sebelum ke majlis tersebut, saya sempat singgah di KLCC. Buat pertama kalinya saya mahu menjadi BadrulAfterSix. Saya mahu merasai sendiri bagaimana nikmatnya membeli-belah di Raoul. Saya pernah menjejakkan kaki sekali ke Raoul, sekadar menjadi penonton. Tadi saya beli sehelai. Harganya memang menakutkan. Itulah sekali sahaja kerana saya singgah sebentar di Raoul hanya sekadar ingin merasa nikmatnya bukan untuk menjadikannya tabiat. Sehelai baju kalau harganya lebih dari RM199 memang saya dah rasa amat mahal. Saya memang berkira orangnya. Lebih-lebih lagi untuk diri sendiri. hahaha

Singgah pula di Outlet Nokia. Saya memang menghadapi masalah besar dengan memori telefon bimbit saya. Saya perlu menaiktarafkan memori telefon bimbit itu. Saya beli 1GB. Selesai majlis The Red Kebaya, saya hantar Nizam di KLCC. Singgap minum di KLCC. Aduuuh…cerita sama yang diulang lagi dan amat membosankan. Saya hanya mampu tersenyum kerana saya sendiri tidak pasti bilakah ia akan berakhir. Kalau tidak berakhir sekalipun, saya sudah melangkahkan dua-dua belah kaki saya di sini. Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan…biarkan…biarkan…

Sebelum terlupa, jangan betulkan monitor anda kerana memang ada masalah dengan domain name untuk hosting saya. Kerana kesibukan yang terlampau, saya terlupa untuk memperbaharui servis tersebut. Mujur sekadar digantung. Tadi sudah buat pembayaran melalui Maybank2U, InsyaAllah menjelang pagi pasti akan kembali normal. (Updated : Masalah domain belum diselesaikan)

Satu malam untuk meraikan diri sendiri. Alhamdulillah.

Sidang Media Pelancaran Ziarah di Astro RIA

Sidang Media Pelancaran Ziarah di Astro RIA

Image Hosted by ImageShack.us

Macam yang anda tahu, Isnin hingga Rabu merupakan hari yang agak sibuk. Memang terasa penat bila ada “staff” yang menghabiskan cuti mereka dalam minggu-minggu yang sibuk macam minggu ini. Apa pun halangan, kerja masih perlu aku teruskan. Macam tadi berlangsung Sidang Media Pelancaran Ziarah. Aku memang puas hati dengan perjalanan majlis. Kurang dari 12 jam sebelum majlis, aku perlu memikirkan hiasan meja yang sesuai untuk majlis tersebut. Memandangkan konsep rancangan ini berbentuk dokumentari pengembaraan ke negara-negara yang sedang berada di garisan krisis atau pun yang telah musnah angkara peperangan, maka satu idea timbul. Fikir punya fikir, saya terbayangkan permainan askar yang selalu digunakan kanak-kanak zaman 70an dan 80an. Macam main Combat.

Semalam, selepas kerja aku terus bergegas ke KLCC untuk mencari set permainan Combat. Satu KLCC aku pusing. Dari Toy City, kemudian Isetan dan masuk pula ke Parkson Grand semuanya TIADA ! Tamiya dah tutup pulak ! Kanak-kanak zaman sekarang dah tak main permainan kita dulu. Mereka main robot sekarang. Mahu tak mahu terpaksa saya bergegas ke Mid Valley. Mujur ada Toys ‘R Us, Toy City, Miniature Shop dan Tamiya. Aku pun shopping sakan. Bukan aku yang bayar. Company yang bayar. Jadi aku beli saja apa yang terlintas. Habis RM250.00 malam tu dengan barang permainan Combat. Ada askar, kereta kebal, helikopter, pelancar roket dan kubu. Mujur pasir saja takde dijual di Mid Valley. Kalau ada dengan pasir-pasir pun aku beli untuk cipta persekitaran perang.

Image Hosted by ImageShack.us

Mula-mula memang rasa cuak juga nak letak permainan tu kat atas meja. Takut hilang. Aku letak permainan yang paling mahal sekali atas meja VIP. Yang biasa-biasa aku letak untuk meja Astro dan Press. Kalau hilang pun tak lah ralat sangat. Mujur tiada satu permainan pun yang hilang mungkin kerana tetamu yang datang pagi tadi semuanya baik-baik belaka.

Bagi ada yang masih tidak tahu, Ziarah akan mula disiarkan pada 1 Ramadhan ini. Catatan pengembaraan ini telah disorot oleh pengacara terkenal, Wan Kamarudin Wan Ibrahim dan Dang Suria Zainuddin dan ia meliputi negara-negara seperti Afghanistan, Pakistan, Jordan, Syria, Lebanon, Uzbekistan, Kazakhstan, dan Yogyakarta. Bagaimanapun, pengambaran lebih tertumpu kepada bandar-bandar seperti Kabul, Beirut dan Yogyakarta yang telah yang musnah angkara peperangan dan gempa bumi. Macam Yogyakarta, pengambarannya masih belum dilakukan. Ia hanya akan dirakam sewaktu bulan puasa.

Image Hosted by ImageShack.us

Macam tadi, tetamu yang hadir sempat dihidangkan dengan Ziarah episod 8. Boleh dikatakan episod terbaik. Banyak juga tetamu berhati-perut yang mengalirkan airmata. Tak kurang juga yang tidak tahan dan cepat-cepat keluar dari dewan hanya kerana nak control macho macam Akmal. Khabarnya kat luar dewan dia call anak dia sekadar bertanya khabar selepas melihat episod penderitaan mangsa perang terutamanya kanak-kanak dan wanita. Sungguh berat trauma yang melanda mereka. Itulah penangan Ziarah. Macam kata Wan Kamarudin, kalau dulu orang menangis kerana Akademi Fantasia, kenapa tidak orang menangis kerana Ziarah pula ?

Peranan penerbit telah hampir selesai menerbitkan sebuah program dokumentari bermakna ini. Peranan Astro pula adalah untuk menayangkan program ini. Peranan aku pula ialah memberikan komen sejujur mungkin untuk program ini. Mungkin aku tipu, atau mungkin aku sekadar mahu mengampu Astro yang dah beri aku makan, kini apa pula peranan anda ? Peranan anda pula adalah untuk menyaksikannya sendiri dan memberikan komen anda pula. Anda boleh saksikan Ziarah mulai 1 Ramadhan ini pada jam 6.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Jom kita berperang !!!

Acara pagi tadi membuka ruang baru untuk aku menambah kawan. Mungkin dalam keadaan sekarang dah ramai kawan yang lari kerana takutkan bayang-bayang sendiri, tapi ruang masih terbuka untuk aku tambah kawan baru. Patah tumbuh hilang berganti. Sempat juga aku bersembang kosong dengan beberapa krew penerbitan yang hadir pagi tadi. Antaranya wajah-wajah baru yang sebelum ini hanya aku kenal di tv macam Wan Kamarudin dan Dang Suria. Tenaga penerbitan di belakang tabir Ziarah juga ada seperti Pauline, Muhaimi, Yaakob, Firdaus, Zainal dan beberapa lagi.

Image Hosted by ImageShack.us

Aku sebenarnya puas dengan majlis pagi tadi. Mungkin kerana aku telah berjaya siapkan banyak perkara. Dari siaran akhbar, teks ucapan dan hiasan meja. Itu yang buat aku benar-benar puas hati. Letih memanglah letih tapi aku puas. Puas kerana dapat puaskan tetamu yang hadir. Bila terlibat dengan majlis macam ini kadang-kadang buat aku keliru untuk pilih sama ada publisiti atau yang lagi satu ini.

Saya telah menonton semua episod Ziarah dari episod 1 hingga 11. Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata Ibrahim, kanak-kanak mangsa perang yang menjadi pelarian perang sejak kecil yang saya petik dalam salah satu episod Ziarah. ”I want to be the soldier of Hezbollah”.

Mungkin kerana keletihan, aku terus pulang ke kampung kerana ada hal penting yang perlu diuruskan. Aku terlupa yang aku perlu menghadiri satu lagi mesyuarat jam 2 petang. Mungkin kerana majlis tersebut pun habis agak lewat, jadi aku ada alasan untuk diberikan. Mesyuarat tu memang agak penting kerana melibatkan urusan freelance dengan MIT, bahagian yang menguruskan Astro Mobile. Ala, yang korang selalu download tu. Kalau korang nak tahu pasal aktiviti Mawi, tekan saja ON MAWI dan hantar ke 32999.

Esok pagi dan petang juga akan menjadi agak sibuk. Pagi perlu memberikan kata putus untuk kandungan Red Button dan petang menghakimi satu peraduan Raya Tagline. Hari yang sibuk sebelum bercuti pada hari Jumaat. Ada projek baik punya !!

Ziarah pun ada blognya sendiri. Perantaranya pun ada blog sendiri jugak.

Ejen 016

Image Hosted by ImageShack.us

Dah masuk episod ke sepuluh, wajah Mr.K masih tidak diketahui walaupun dari suaranya aku boleh tahu itu suara Gibran Agi. Yang menariknya, episod minggu ini ada Studio Radio ERA. Nampak cantik je lobi lif di Tingkat 2, walaupun sekitar punat lif boleh kelihatan kesan-kesan daki kakitangan Tingkat 2. Adegan Linda Onn diculik oleh Tore nampak macam adegan Farah Fauzana penyampai HotFM yang telah diganggu peminat fanatik dalam Wakenabeb seperti yang disiarkan di NTV7 serta dihoskan oleh Adlin Aman Ramlie, pengkritik tetap AF4.

Siapa yang perasan dengan nada suara Dr.Mat ? Nada suara dia agak ganjil. Sesekali aku terdengar gaya dia bercakap macam Surya dalam Hikmah 2 yang kini disiarkan di Astro Ria jam 6 petang setiap hari Isnin-Jumaat. Semua stesen TV dan stesen radio aku sebut dalam ulasan malam ini. Dr.Mat jadi hero malam ni bila dia padamkan bom yang telah dipasang oleh Ramon. Bolehkan bom tersebut dimatikan ? Jangan lupa untuk saksikan episod minggu hadapan pada hari Rabu, jam 9.30 malam.