Tag Archives for dato’ siti nurhaliza

Bapa Dato’ Siti Nurhaliza Meninggal Dunia (Foto)

Bapa kepada penyanyi nombor satu tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, di ibu negara pukul 11.50 pagi tadi.

Taruddin Ismail, 67 tahun menghembuskan nafas terakhirnya akibat serangan jantung, kencing manis dan komplikasi buah pinggang.

Arwah dimasukkan ke hospital itu untuk menjalani pembedahan pintasan jantung sejak Jumaat lalu.

Taruddin meninggalkan seorang isteri, Salmah Bachik serta tujuh irang anak - empat lelaki dan tiga perempuan.

Menurut Siti Nurhaliza, bapanya mengadu sakit dada pada pukul 2 pagi di kediaman mereka di Kuala Lipis.

Bersama isterinya, arwah pergi ke Hospital Kuala Lipis.

Sekembalinya ke rumah, arwah rebag pada pukul 5 pagi hari yang sama.

Siti Nurhaliza kemudiannya menghantar sebuah ambulan ke Kuala Lipis untuk membawa bapanya ke Hospital Ampang Puteri.

Selepas pemeriksaan, doktor mencadangkan agar arwah menjalani pembedahan dengan segera.

Selepas berbincang dengan anak-anaknya, arwah sendiri yang menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan pada pukul 7 malam sehingga 2.30 pagi hari Sabtu.

Sekitar pukul 8 pagi hari Ahad, doktor menghubungi Siti Nurhaliza sekeluarga.

Kesemua adik-beradik, isteri dan saudara terdekat berada di sisi arwah sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Antara rakan yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital ialah Dato’ Yaakob, isteri dan anak mereka, Faizal, Datuk Amdan, penyanyi Farahdiya serta tiga orang anak tiri Siti Nurhaliza sendiri.









“Siti adalah Abah, Abah adalah Siti”. Itulah kata azimat yang masih dipegang penyanyi tersohor itu untuk terus kuat menempuh gelombang dunia seni.

Gala TV sempat bertemu penyanyi nombor satu negara itu yang kelihatan sugul melayan tetamu yang datang menziarahi.

Akui Siti, beliau bersyukur kerana kesemua adik-beradik berada di sisi arwah sewaktu Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Namun demikian, tiada tanda-tanda akhir yang ditunjukkan oleh bapanya.

Kini dengan ketiadaan bapanya, kehidupan ibunya, Salmah Bachik akan diuruskan oleh kesemua adik-beradiknya.

Diiringi linangan air mata, beliau berjanji akan menjaga ibunya dengan baik.

Mengingati kenangan lama bersama arwah bapanya, beliau menyifatkan bapanya sebagai seorang yang sensitif dan tabah.

Jenazah Allahyarham di bawa ke kediaman Siti di Bukit Antarabangsa pada pukul 1.45 petang.

Antara tetamu kenamaan yang hadir menzirahi jenazah di kediamannya ialah TYT Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob dan isteri.

Turut hadir ialah Dato’ Shah Reza, perunding perkahwinan Siti, pengarah Sirah Junjungan, Erma Fatima dan pelakon Sharifah Haslinda.

Tepat pukul 4 petang, sembahyang jenazah dilakukan.

Kereta jenazah beredar dari perkarangan kediaman Siti sekitar pukul 4.30 petang menuju ke Kampung Tempoyang, Kuala Lipis untuk upacara pengkebumian selepas sembahyang Maghrib.

Saya mewakili pembaca blog sultanmuzaffar dan warga kerja Gala TV Astro AWANI merakamkan ucapan takziah buat Dato’ Siti Nurhaliza sekeluarga.









Lentera Timur - Dato’ Siti Nurhaliza

Lentera Timur merupakan album studio ketiga belas dari bintang kesayangan ramai Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza.

Album tersebut akan mula dipasarkan pada 25 Disember 2008 di Malaysia, Singapura dan Brunei. Tidak ketinggalan ia akan turut dipasarkan di Indonesia juga. Ia merupakan album tradisional (kontemporari etnik) keempat Siti Nurhaliza selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika.

Menggabungkan komposer dan penerbit lagu etnik yang dikenali di Malaysia selain pembikin baru menjadikan album ini berpotensi untuk pergi jauh selain menaikkan martabat industri muzik tempatan.

Album yang mengandungi 11 lagu etnik komtemporari itu diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records (SRC).

Penggunaan “live strings” digunakan sewaktu proses rakaman album ini yang telah dipimpin oleh Eddie Marzuki termasuk pemain violin yang terdiri daripada Maya, Yin Siew Keen, Azlan dan Yew Haan.

Antara penerbit yang terbabit dalam pembikinan album ini ialah Johari The, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki dan Pak Ngah.

Antara lagu yang terkandung di dalam album Lentera Timur ialah :
“Di Kayangan Kita” Johari Teh, Keon
“Bintang Malam” Johan Nawawi, Amran Omar
“Cinta Ini” Katon Bagaskara
“Ada Masa Mata” M. Nasir, Ad Samad
“Bulan Yang Mesra” Khairil Johari Johar, Zubir Ali
“Seloka Budi” Adnan Abu Hassan, Azam Dungun
“Rasa Antara Kita” Khairil Johari Johar, Zubir Ali
“Senyum Minang Manis” Zul Mahat, Abot
“Joget Menanti Kasih” S.Atan, Habsah Hassan
“Di Taman Teman” Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun
“Jelmakanlah Ayumu” Pak Ngah

Berani saya katakan album ini telah dihasilkan oleh nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia, baik barisan komposer mahu pun penulis liriknya. Penyanyinya pun tidak perlu saya perkenalkan lagi. Ini bermakna jika tahun hadapan Siti Nurhaliza bertanding dalam Anugerah Juara Lagu, nama-nama seperti Johan Nawawi, Zubir Ali atau pun Amran Omar pastinya diketepikan dari barisan juri.

Satu keunikan album ini yang sampai sekarang masih saya kagumi apabila 9 buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza Januari lepas. Kesemua lagu tersebut dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama.

Siti Nurhaliza amat berpuas hati dengan komitmen para penerbit albumnya kali ini dan amat berharap agar Lentera Timur akan dapat mengembalikan kegemilangan industi muzik Malaysia. Di sebalik kesuraman industri hiburan, nampaknya masih ada sinar lagi untuk senario muzik tempatan dan jawapannya ialah Lentera Timur yang bermakna Cahaya Timur.

Album Lentera Timur akan mula diedarkan pada hari ini.