Tag Archives for astro awani

Shabery Cheek Bukan Lawan Anwar Ibrahim

Image Hosted by ImageShack.us

Sebuah kemunculan penuh berketrampilan, kaya dengan kredibiliti dan amat meyakinkan. Ia merupakan kemunculan semula Anwar Ibrahim di kaca televisyen secara langsung sejak sedekad setelah beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Keterbukaan Kementerian Penerangan wajar diberikan pujian sekaligus melihatkan keterbukaan dan keberanian pihak Kerajaan untuk berdepan menangkis hujah Anwar yang sememangnya dikenali sebagai pendebat agung di era beliau sebagai mahasiswa.Saya tidak pulang ke rumah awal walaupun segmen Gala TV diganti dengan program-program khas yang melibatkan Debat Khas tersebut, semata-mata ingin menyaksikan sejarah tersebut di pejabat Astro AWANI yang “mungkin” akan saya tinggalkan tidak lama lagi sekiranya semua berjalan lancar. :)

Satu kemenangan mutlak buat Anwar yang hanya berbekalkan hujah, fakta dan angka sekaligus melihatkan profesionalisme beliau yang pernah menjawat jawatan orang kedua paling penting dalam Kerajaan. Sebaliknya, Menteri Penerangan, Shabery Cheek yang tebal irinya sekaligus menjadikan medan terbuka tersebut sebagai medan serangan peribadi sekaligus menidakkan kebijaksanaan seorang bergelar Menteri.

Medan yang sepatutnya digunakan sebagai ruang untuk menjelaskan isu harga minyak dan kaedah yang boleh digunakan untuk menurunkan harga minyak sebaliknya menjadi medan sorak serangan peribadi terhadap Anwar Ibrahim oleh Shabery Cheek. Malangnya itulah jenis Menteri yang telah diberikan mandat oleh rakyat Malaysia untuk menjadi pemimpinnya.

Anwar hanya meminta diberikan ruang untuk menjelaskan berdasarkan fakta dan angka kepada rakyat. Ruang tersebut telah dipergunakan oleh Anwar sebaik mungkin tanpa sedikit pun membalas serangan peribadi dari Shabery Cheek. Jika ada pun, Anwar memberikan “one-liner” yang amat menikam, dalam senyum, ungkapannya tertusuk. Di situlah kebijaksanaan seorang pendebat. Meningkah hujah dalam sepicing saat, tanpa memberi ruang kepada pihak lawan untuk bertindak balas.

Shabery Cheek bukan lawan Anwar. Najib Razak bukan lawan Anwar. Abdullah Badawi juga bukan lawan Anwar. Lawan Anwar yang sebenar-benarnya ialah Mahathir Mohamed. Itu sahaja individu yang boleh diharapkan untuk bersilat dengan Anwar di pentas terbuka.

”Kalau Petronas dan UMNO pun mereka tidak boleh bezakan, problem tu!”. Jentik Anwar dalam salah satu hujahnya. Masalah harga minyak naik, bukan masalah untuk memburukkan Petronas, sebaliknya memperbetulkan ketamakan yang telah dilakukan oleh UMNO.

Penderitaan “batin” yang ditanggung oleh Shabery Cheek yang telah ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia (saya yakin jutaan kerana jam 11 malam jalanraya di KL agak lengang) merupakan pendedahan terburuk seorang Menteri Kabinet di kaca televisyen. Pastinya ia akan terpahat dalam sejarah dan menjadi bahan jenaka sehingga ke tahun 2020 dan mungkin melangkaui tahun 2020.

Apakah selepas ini menyokong atas pagar Kerajaan akan melompat dan menyokong usaha Anwar Ibrahim ? Sesuatu perkembangan yang menarik untuk disusul. Sifat “gentleman” beliau yang tidak termakan umpan “cacing kerawit” itu dibalas dengan jawapan-jawapan bersandarkan fakta dan angka.

Apakah selepas ini Shabery Cheek akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Penerangan setelah dilihat gagal untuk menangkis hujah-hujah Anwar seperti yang beliau janjikan ? Ah ! Mungkin alasan “saya tidak akan meletakkan jawatan kerana Anwar” akan digunakan.

Apakah media arus perdana akan memberikan ulasan yang adil tentang “tragedi” yang berlaku terhadap ketua mereka esok ? Ah ! Mungkin saja tajuk utama akhbar esok berbunyi nada Kerajaan. Jika tidak pun berita Anwar harus menyerah diri sebelum pukul 2 petang menjadi tajuk utama.

“Harga minyak di Venezuela rendah, inflasi tinggi, harga minyak di Malaysia tinggi, inflasi lagi tinggi.”

Pembohongan yang selama ini diselindungkan terbongkar walaupun didedahkan oleh Anwar tanpa rasa terburu-buru untuk menghabiskan hujahnya. Jelas itu bukan niatnya, sebaliknya lebih menumpukan kepada kaedah-kaedah dan usaha-usaha untuk menurunkan harga minyak serta mengurangkan kebocoran yang terlalu banyak masuk ke poket-poket yang tidak berkenaan.

Kata Shahrir Samad, “Jika benar niat Anwar untuk menjaga kebajikan rakyat-rakyat yang susah, kenapa hanya turunkan harga minyak petrol dan bukannya diesel. Rakyat-rakyat dan peniaga menggunakan diesel dan petrol digunakan oleh individu.” Pulak dah, sang putar alam sudah mari…

Kalau yang menjadi lawan Anwar Ibrahim malam tadi ialah Mahathir Mohamed, saya pastinya akan menyokong bekas Perdana Menteri itu.

Saya merasakan amat perlu sekiranya program Debat secara langsung ini diteruskan dari masa ke semasa. Satu jam pun cukup. Ada banyak isu negara yang boleh dibincangkan secara terbuka. Jadi tidaklah rakyat sentiasa ditipu dek media perdana yang sering memanipulasi fakta dan memutar-belitkan cerita.

Nota : Mujur saya menolak secara baik dari muncul dalam program secara langsung bertajuk “Blog” yang disiarkan setiap hari Ahad jam 9 malam di RTM 1.

Kredit Foto : MStar
Poll Online : MStar

Debat !

Image Hosted by ImageShack.us

Kalau ianya berlaku, pasti terpahat dalam sejarah Malaysia. Kalau ianya tidak berlaku pun, pasti juga terpahat dalam sejarah Malaysia. Apakah ianya akan mengubah apa-apa ? Belum tentu. Ketelusannya wajar diberikan pujian. Sekiranya dibatalkan, kebaculannya wajar dihina sampai bila-bila. Datuk Ahmad Shabery Cheek mempertaruhkan jawatannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertaruhkan kredibilitinya. Debat ini akan dimoderatorkan oleh Datuk Johan Jaafar.Terlalu banyak perkara pelik yang berlaku dalam politik Malaysia sejak akhir-akhir ini. Saya akan menjadi penunggu setia tarikh 16 September 2008.

Hari ini berlaku kesesakan jalan raya yang luar biasa. Mujur saya hanya ke pejabat pukul 11 pagi dan saya tidak terkena tempiasnya. Itulah akibatnya apabila terlalu tebal sifat paranoia dan segala yang tertulis hari ini ternyata tebal pembohongannya.

Hanya kerana seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim. Apakah rejim polis melakukan yang sama sewaktu Malaysia dihebohkan dengan kehilangan Nini sejak 9 Januari lepas ?

Penganjur : AgendaDaily

Tamu AWANI bersama Curtis Stone, ‘The Take Home Chef’

Tamu AWANI bersama Curtis Stone, ‘The Take Home Chef’

Kuala Lumpur, 6 Mei, 2008 – Perwatakan ceria jejaka yang berasal dari Australia ini menjadikan beliau tarikan dan idaman terutamanya kaum wanita, untuk membawanya pulang ke rumah untuk memasak hidangan istimewa!

Curtis Stone (hos rancangan Take Home Chef, di Discovery Travel & Living, Saluran Astro 707) amat menggemari masakan neneknya sewaktu kecil, lalu ketika masih menuntut di kolej, beliau membuat keputusan untuk memanfaatkan minat dan kebolehan memasak. Lantaran itu, beliau menghentikan pengajian dalam perniagaan dan terus menyarung apron dapur.

Mengikut jejak langkah kejayaan yang dicapai oleh ikon lain Australia seperti Nicole Kidman dan Dame Edna Everage (yang kebetulan juga berasal dari kampung halamannya, Melbourne) si jejaka tampan ini menemui kejayaannya setelah bertapak di London di mana beliau berpeluang menjadi anak didik Chef terkemuka, Marco Pierre White yang memiliki 3 Bintang Michelin.

Selain menjadi chef, Curtis Stone, kini sebagai pengacara sebuah siri rancangan TV masakan yang sangat unik, menghiburkan dan diminati ramai. Beliau akan ke pasaraya, di mana beliau menawarkan diri untuk pulang ke rumah seorang pembeli dan memasak hidangan istimewa untuk mereka.

Dengan pesona dan pengetahuan luas dalam bidang masakan, Stone berkongsi rahsia dan pengalaman unik bersama hos Astro AWANI, Syed Farradino Omar, tentang selok-belok untuk menjadikan kehidupan lebih ceria dan bermakna melalui makanan sambil mengembara!

Temui Curtis Stone dalam Tamu Awani, pada hari Isnin, 12 Mei 2008, 9.30 malam, hanya di Astro AWANI (Saluran 501). Rancangan ini disediakan sarikata dalam Bahasa Malaysia.

Kepada penonton Astro, rancangan ini juga akan disiarkan pada waktu-waktu berikut:
Selasa 13 Mei pada 9:30 malam
Rabu 14 Mei pada 8:30 pagi
Khamis 15 Mei pada 5:30 petang dan 9:30 malam
Jumaat 16 Mei pada 9:30 malam
Sabtu 17 Mei pada 3:30 petang

Skala Kepercayaan - Perbandingan TV

Photobucket

Nota : Klik untuk imej lebih jelas

Zentrum Future Studies Malaysia, yang diketuai oleh Dr. Abu Hassan Hasbullah telah membuat satu kajiselidik tentang media dan persepsi orang awam terhadap media sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke 12 baru-baru ini.

Astro AWANI mengaut peratusan yang tinggi untuk setiap kategori umur antara 21-30, 31-40 dan 41-50.

Tahniah untuk tenaga dan kuasa Astro AWANI !

Image Hosted by ImageShack.us

Diari Akademi Fantasia 6 : Minggu 1 Hari 1

Episod 1

Lagu Minggu 1 (sumber : Astro Broadband)

Ika : Umbrella - Rihanna
Lufya : Engkar - Bunga Citra Lestari
Nadia : Rindu - Hetty Koes Endang
Rina : You Simply The Best - Tina Turner
Saida : Terlalu Cinta - Rossa
Stacy : No One - Alicia Keys
Yana : Diriku Tapak Sulaiman - Elyana

Alif : Sayang Sayang - Alif Aziz
Faisal : Satu Kiblat Yang Sama - Rabbani
Naim : Memburu Rindu - Hattan
Nubhan : Ruang Rindu - Letto
Riz : Ketulusan Hati - Anuar Zain
Stanly : You Raised Me Up - Josh Groban
Toi : Pagi Yang Gelap - Hujan

Episod 2

Lagu Tugasan Baru

Apa agaknya cerita menarik yang berlaku dalam Akademi Fantasia hari ini.

Selesai hari pertama berada di Akademi, pelajar telah pun mendapat lagu tugasan baru mereka.

Pelajar mana yang suka, pelajar mana yang terkejut dengan lagu mereka ?

Pelajar yang berjaya sempat mendengar amanat yang ditinggalkan oleh 11 calon pelajar yang gagal untuk bersama mereka di Akademi.

Sekitar hari pengenalan di Akademi, Pengetua menegur Toi kerana menggunakan kanta lekap hijau.

Sewaktu sesi pertama bersama Cikgu Siti Hajar, kelihatan beberapa pelajar yang mengantuk.

Mungkin kerana masih keletihan angkara kem motivasi yang meletihkan di Bangi Jumaat lepas.

Dalam pertemuan pertama bersama Pengetua di Akademi, ia berlangsung dalam suasana santai.

Hari ini jugalah mereka didedahkan dengan fungsi setiap tenaga pengajar.

Musim ini tiga orang guru vokal diamanahkan untuk mengajar vokal kepada 14 orang pelajar.

Seperti biasa pada hari isnin, setiap pelajar akan mendapat tugasan baru mereka.

Cut visual
Ika : Umbrella
Lufya : Engkar
Nadia : Rindu
Rina : You Simply The Best
Saida : Terlalu Cinta
Stacy : No One
Yana : Diriku Tapak Sulaiman
Alif : Sayang Sayang
Faisal : Satu Kiblat Yang Sama
Naim : Memburu Rindu
Nubhan : Ruang Rindu
Riz : Ketulusan Hati
Stanly : You Raise Me Up
Toi : Pagi Yang Gelap

Secara keseluruhan, pelbagai genre lagu diketengahkan pada konsert minggu ini.

Ada lagu nasyid, pop, rock, balada, lagu yang popular masa kini, juga lagu malar segar yang pernah popular era 80an dan banyak lagi.

Lagu-lagu yang diberikan nampaknya kena dengan keupayaan setiap pelajar.

Lagu yang agak sukar pastinya “You Raise Me Up” dan “No One”.

Namun demikian, tumpuan utama pastinya diberikan kepada Rina yang bakal membawakan lagu “You Simply The Best”, Saida dengan lagu “Terlalu Cinta” dan Faisal dengan lagu “Satu Kiblat Yang Sama”.

Nenek berumur 44 tahun itu pastinya sudah biasa membawakan lagu-lagu Tina Turner di kelab malam tempat dia bekerja dan kredibiliti kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza seakan mahu diuji pada minggu pertama dia beraksi.

Paling menarik, adakah Faisal mahu dijadikan umpan seperti “Mawi” yang pernah membawakan lagu nasyid dan menjadi juara !

Penonton harus menonton Diari Akademi Fantasia untuk melihat realiti kehidupan 14 pelajar yang menggapai impian untuk menjadi superstar ! //

Nota : Kadang-kadang video YouTube ada masalah. Mungkin salah conversion. Masalah sedang cuba diselesaikan.