Tag Archives for advertorial

HYPP.TV Hiburan Ekslusif Pengguna Streamyx

Pengguna internet di Malaysia sedang dimanjakan dengan teknologi-teknologi baru yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan internet mahu pun hiburan di Malaysia. Ada banyak portal hiburan yang dibangunkan untuk memuaskan hati pelayar internet. Terbaru, sebuah lagi portal hiburan yang diberi nama Hypp.TV dilancarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM)

Hypp.TV berbeza dengan portal hiburan yang telah dilancarkan sebelum ini kerana ia lebih kepada sebagai penyedia perkhidmatan televisyen secara online. Bagi yang sudah biasa dengan www.youtube.com pastinya portal ini tidak begitu asing buat mereka. Paling menarik apabila menggunakan hypp.tv tidak ada masalah buffering sewaktu menggunakannya dengan Streamyx 1mpb.

Anda mungkin sudah jelak menonton televisyen percuma atau pun merasakan pilihan program di skrin televisyen satelit anda tidak menepati citarasa anda, kini di hadapan mata anda tersedia televisyen jalur lebar atau pun broadband tv.

Untuk pengguna Streamyx, pengguna boleh mendaftar masuk ke www.hypp.tv dan menikmati rekaan terbaru penyedia portal tersebut dan melayari kandungan program pilihan anda. Anda hanya perlu memuat-turun pemain media daripada www.hypp.tv untuk membolehkan anda menikmati pengalaman menonton televisyen melalui internet secara lancar dengan segera.

Pilihan terbahagi kepada saluran berita, sukan, wanita, mistik, hiburan Bollywood, siri Korea dan Kantonis dan gosip panas dunia hiburan Hollywood. Secara eksklusif di Malaysia, saluran Luxe TV, Warner Bros‘, Sorority Forever dan Wedding TV diperkenalkan pertama kali di sini.

Jika anda merasakan pilihan program yang anda masih tidak cukup untuk anda, kandungan Video-Atas-Permintaan atau video-on-demand turut disediakan selain perkhidmatan interaktif seperti membeli-belah secara online dan banyak lagi.

Menyedari keperluan portal ini dalam pembangunan pendidikan di Malaysia, peluang turut diberikan kepada pelajar-pelajar jurusan kreatif untuk menayangkan karya-karya mereka kepada penonton. Dalam saluran Aniworkz, filem-filem pendek, filem animasi yang dihasilkan oleh pelajar Malaysia dapat ditonton.

Bagi saya yang meminati saluran hiburan dan berita pastinya saluran Al-Jazeera English menjadi pilihan saya. Saya mempunyai jadual yang cukup padat dan ada waktunya saya tidak berkesempatan untuk menonton televisyen, oleh itu Hypp.TV menjadi pilihan saya untuk mendapatkan berita-berita terkini yang saya terlepas.

Selain daripada itu, sebagai seorang wartawan hiburan saya perlu berada di hadapan untuk mendapatkan sebarang berita terkini hiburan, baik yang berlaku di Malaysia, Hollywood mahu pun Bollywood. Oleh itu saluran NDTV dan WOW TV pastinya sering menjadi pilihan utama saya. Contoh terbaru berita mengenai kejayaan filem Slumdog Millonaire yang pastinya menjadi tajuk utama di Hollywood dan Bollywood. Menonton kedua-dua saluran membolehkan saya melihat pandangan wartawan di sana mencari sudut berita yang bersesuaian dengan penonton mereka.

Hanya ikuti 3 langkah mudah ini untuk mula menonton Hypp.TV:

Langkah 1 : Dapatkan akaun Hypp.TV di www.hypp.tv dengan mendaftar
sebuah akaun secara percuma di bawah butang “Free Sign Up”.
Langkah 2 : Lancarkan Pemain Media Hypp.TV di bawah butang “Watch Now’.
Langkah 3 : Daftar masuk ke Pemain Media Hypp.TV untuk menikmati
kandungan yang sedia ada.

Untuk menggunakan Pemain Media Hypp.TV, anda memerlukan sekurang - kurangnya .Net Framework 2.0 dan ke atas, Adobe Flash Player terkini, Windows Media Player 9 dan ke atas ataupun Microsoft Internet Explorer 6.0 dan ke atas.

Harus diingat, portal hiburan ini hanya untuk pelanggan Streamyx dan mereka kini boleh mula melanggan Hypp.TV dengan hanya RM9.90 sebulan untuk semua kandungan yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Hypp.TV, sila layari www.hypp.tv atau www.tm.com.my.

DiGi Music : Melodi Di Muka Pintu Anda

Senario muzik dunia kini telah banyak berubah. Jika dahulu pengguna mendengar muzik menggunakan piring hitam, kini teknologi banyak merubah scenario itu. Pengguna boleh mendengar muzik di mana-mana saja. Golongan remaja gemar memuat-turun muzik pilihan mereka di dalam iPod. Hasilnya kini, seluruh persekitaran golongan remaja seperti anda bakal dilatarkan dengan muzik pilihan masing-masing.

Portal DiGi Music menawarkan peluang itu kini kepada anda terutamanya golongan remaja yang gemar mendapatkan muzik dengan kaedah muat turun. Paling menarik apabila portal tersebut tidak hanya menawarkan lagu-lagu popular masakini tetapi juga dari pelbagai bahasa.

Selera golongan remaja seperti anda yang sukar untuk dijangkakan membuatkan DiGi memilih untuk meletakkan pilihan di tangan anda. Hasilnya hingga kini terdapat lebih daripada lima kategori bahasa yang ditawarkan oleh portal itu. Peminat boleh memilih untuk memuat-turun lagu lagu Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Hindi, Jepun dan Korea. Dan jangan terkejut kalau saya katakan lagu dari negara Nepal, Bangladesh dan Filipina juga boleh didapati di dalam portal tersebut.

Melalui portal itu juga, golongan remaja boleh mendapatkan bahan-bahan yang terkini di pasaran seperti album terbaru Pink, David Archuleta, David Cook, Jason Mraz, Britney Spears dan ramai lagi untuk dipilih sendiri oleh anda ! Perlu diingat, selain muzik arus perdana, penggemar muzik indie juga tidak dilupakan. Kita sendiri telah lihat bagaimana muzik indie sedang menguasai pasaran muzik tempatan.

Anda juga mungkin mahu menghantar lagu-lagu pilihan anda kepada mereka yang tersayang. Dari koleksi lagu yang ditawarkan, DiGi menawarkan perkhidmatan Pass It On dengan Music Telegram. Keunikan perkhidmatan ini ialah anda boleh memilih lagu berdasarkan emosi yang berkaitan dengan lagu tersebut. Jika anda sedang bercinta, pastinya mahukan sebuah lagu yang berirama romantis dengan lirik yang mampu menikam kalbu. Amat salah sekiranya sedang asyik bercinta tiba-tiba lagu yang diperolehi adalah berkenaan putus cinta.

Kempen ini bermula pada 5 Januari hingga 8 Februari. Anda boleh menyertai kempen ini sekarang dan kemudian hantar lagu tersebut kepada penerima pilihan anda dengan pesanan yang ingin anda sampaikan. Untuk mendapatkan peluang lagu pilihan anda disiarkan di corong radio, pilihan dan pesanan anda seharusnya bersifat unik dan istimewa. Lebih unik pesanan dan tujuan anda menghantar lagu tersebut maka peluang lagu itu disiarkan di radio lebih besar.

Sekiranya terpilih, penyampai radio akan menghubungi penerima dan membacakan pesanan yang telah dihantar untuknya secara langsung di corong radio.

Pesanan paling menarik akan mendapat peluang keemasan apabila DiGi Music Squad sendiri yang akan ke lokasi penerima berada dan memainkan lagunya secara langsung. Bukan menerusi pemain CD tetapi penyanyi lagu itu yang akan menyanyikannya untuk anda.

Pernahkah anda terbayang yang satu hari kelak sewaktu anda sedang asyik bercinta tiba-tiba anda dikejutkan dengan nyanyian lagu “Aku Cinta Padamu” oleh Datuk Siti Nurhaliza di muka pintu. Ianya boleh berlaku apabila anda mendedikasikan pilihan lagu anda di portal DiGi Music.

Perkhidmatan ini turut disokong dengan waktu siaran di stesen-stesen radio popular seperti Hitz.FM, ERA, MyFM dan juga beberapa acara yang bakal dianjurkan oleh DiGi Music Squad.

Saya boleh katakan ia merupakan satu kaedah baru kepada golongan remaja untuk menyampaikan hasrat hati mereka melalui melodi lagu. Mungkin anda di kalangan remaja sendiri yang masih gemuruh untuk menyatakan perasaan mereka secara “gentleman”. Untuk itu, inilah cara yang paling sesuai.

Jangan segan untuk melayari portal DiGi Music di http://music.digi.com.my/ atau pun menggunakan SMS dengan menaip GET MUSIC dan hantar ke 2000. Tunggu apa lagi ! Muat turun muzik pilihan anda sekarang !!!

Samsung DVD Player : DVD-1080PK Memudahkan Saya

Baru-baru ini saya telah menerima satu lagi penajaan dari Samsung. Setelah menerima telefon bimbit Samsung SGH-i550W beberapa bulan lalu, saya diberikan peluang untuk mencuba sebuah pemain DVD. Pening juga kepala memikirkan di mana harus diletakkan pemain baru itu. Itu satu, belum lagi pening memikirkan sambungan wayar yang perlu dilakukan.

Sebelum ini saya telah memiliki sebuah sistem teater rumah dari jenama yang lain, maka saya perlu memikirkan sambungan wayar yang perlu dibuat tanpa perlu membuang sistem teater rumah yang lama. Lagi pun seluruh sistem bunyi berpunca dari jenama lama itu. Hendak tak hendak, saya perlu mengekalkannya.

Sambungan ke dekoder Astro juga perlu dijaga agar kesilapan pada sambungan tidak menyebabkan salah satu dari peralatan itu tidak berfungsi dengan baik. Mujur saya baca panduan yang diberikan dengan teliti dan setiap sambungan menjadi kenyataan.

Kini, setiap DVD yang saya beli saya gunakan dengan pemain DVD Samsung. Sistem bunyi dari sistem teater rumah banyak memberikan kelebihan kepada pemain DVD baru saya itu. Perbezaan ketara apabila pemain DVD itu boleh menghasilkan mode slow motion.

Selain itu, pemain DVD itu ada Progressive Scan yang membolehkan imej yang terhasil di televisyen lebih berkualiti dan jelas. Dengan televisyen yang saya ada sekarang, hasilnya tetap baik. Tetapi ia mungkin berbeza jika televisyennya dari jenama Samsung. Lebih-lebih lagi kalau televisyen yang ada sambungan kabel HDMI. Televisyen saya sekarang tidak punya sambungan kabel HDMI. Mungkin Samsung boleh taja televisyen yang baru. :)

Oleh kerana minat saya terhadap fotografi begitu menebal, maka satu lagi keunikan pemain DVD ini ialah terdapatnya USB port yang membolehkan saya menyambungnya dengan storan luar saya. Imej-imej yang saya rakamkan dengan kamera DSLR saya boleh ditonton di televisyen saya. Ia memudahkan saya untuk melihat versi yang lebih besar berbanding melihatnya di skrin komputer.

Bukan itu saja, segala drama bersiri dan filem yang saya muat turun di internet juga boleh saya tonton menggunakan pemain DVD itu. Pemain DVD itu boleh membaca format MPEG4. Selain itu, muzik dalam format MP3 dan WMA juga boleh dibaca oleh pemain DVD itu. Ia banyak memudahkan saya.

Pemain DVD itu juga boleh menghasilkan fail audio dalam format MP3 dari CD audio yang dimainkan oleh pemain DVD itu. Pemindahannya dibuat menerusi USB port yang ada. Senang sekali !

Fungsi HDMI atau High Definition Multimedia Interface membolehkan kualiti audio dan visual yang dihasilkan oleh DVD menjadi lebih berkualiti pada televisyen yang mempunyai kualiti HDMI. Itu pun jika ada televisyen HDMI. Tidak perlu berlapik-lapik, senang cakap seperti televisyen LCD jenama Samsung. :)

Bila dilayari laman web Samsung, nampak seperti mereka sudah mengeluarkan pemain Blu-ray. Perrghhh ! :)

http://www.samsung.com.my

Dari XPAX Untuk Budak Sekolah Sahaja : S.O.X. !

School of X (S.O.X.) bukanlah sekolah yang mengajar perkara yang terlarang ataupun lebih mudah yang mengajar tentang seks. ! S.O.X. merupakan pelan prabayar terbaik yang akan menggegar dunia. Pelan tersebut dikhaskan untuk pelanggan yang berusia 12 hingga 18 tahun. Secara lumrah akal, ini bermakna perkhidmatan itu ditawarkan untuk pelajar sekolah.

Zaman sekarang pelajar sekolah juga sudah memiliki telefon bimbit dan ianya bukan sesuatu yang asing. Sudah menjadi pemandangan yang biasa apabila melihat pelajar sekolah berpakaian sekolah menggunakan telefon bimbit. Mungkin demografi peringkat umur yang dilihat hanya di sekitar bandar.

Bersesuaian dengan pakej tersebut untuk pelajar sekolah, pastinya kadar panggilan terbaik, bonus terbesar dan kelebihan terbaik ditawarkan oleh rangkaian telefon bimbit tersebut. Ala…untuk budak sekolah.

Dengan S.O.X., pelanggan mendapat peluang panggilan paling rendah ke mana sahaja. Ya ! Ke mana sahaja. Panggilan dari Kuala Lumpur ke Tawau atau Kota Kinabalu atau Ampang atau Bukit Mertajam atau Gua Musang atau Permatang Pauh…kadarnya sama sahaja.

Panggilan lebih murah sekiranya menghubungi kawan atau keluarga yang tersenarai dalam 8pax. Cari 8 orang yang boleh anda panggil sebagai kawan seusia dengan anda, mungkin adik, abang, kakak, sepupu terbaik atau sahabat rapat anda untuk disenaraikan dalam 8pax. Paling mudah 8 orang yang paling penting dalam hidup anda. Tanpa mengira sesiapa pun yang anda pilih dan mereka mestilah pelanggan kepada S.O.X..

Untuk mengaktifkan 8pax, taip 8PAX ON dan hantar ke 28882.

Kadar untuk panggilan video, penghantaran MMS dan perkhidmatan jalur lebar mobile yang tiada tandingan. Kiranya S.O.X. akan memudahkan pelajar berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Agar lebih mudah untuk mereka menghantar nota-nota pelajaran menggunakan MMS, atau menggunakan jalur lebar mobile untuk melayari internet mendapatkan nota-nota pelajaran.

Adakalanya pelanggan bertuah akan dikejutkan dengan bonus istimewa, muat turun hebat dan banyak lagi kemudahan yang boleh ditawarkan kepada mereka.

Seperti…

Tatkala anda mendaftar untuk S.O.X., RM10 akan dikreditkan ke dalam akaun anda selepas nombor baru anda diaktifkan. Anda hanya perlu reload dengan kadar RM10 untuk pertama kalinya. Semuanya untuk anda.

Selalunya jika anda menyambut hari lahir anda hanyalah satu hari sahaja. Tetapi sekiranya anda pelanggan S.O.X., anda berpeluang untuk membuat panggilan PERCUMA dan menghantar SMS pada hari lahir anda dan ENAM hari seterusnya kepada mereka yang tersenarai dalam 8pax.

Ingat ! Pelan ini hanya untuk mereka yang berusia 12 hingga 18 tahun sahaja.

Pelajar sekolah harus menggunakan peluang ini untuk sesuatu yang positif untuk perkembangan pembelajaran mereka. Dunia semakin berubah, teknologi semakin berkembang, pembelajaran semakin mudah lebih-lebih lagi dengan penggunaan telefon mudah alih.

Di zaman kegawatan ekonomi ini yang mana harga minyak yang tinggi, kos sara hidup juga semakin tinggi, tidak ketinggalan harga barang juga tiada yang makin turun, maka penjimatan dengan menggunakan S.O.X. di masa-masa seperti ini amat bersesuaian untuk pelajar. Ingat…ubah cara hidup…itu nasihat dari Menteri untuk rakyat Malaysia.

Sebagai pelanggan S.O.X. anda juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi dan hadiah-hadiah yang mantap ! Juga bakal menjadi milik anda jika anda melanggan S.O.X.

Bukan juga untuk pelajar yang akan menghadapi Penilaian Menengah Rendah atau pun Sijil Pelajaran Malaysia, ianya untuk semua. Sesiapa sahaja, tetapi yang paling penting…

Jika anda bukan budak sekolah, jangan mimpi ini untuk anda. Mungkin ianya sesuai untuk anak-anak anda.

Anda boleh melayari laman web S.O.X. di www.xpax.com.my/sox

Blogger Nuffnang Berkongsi Rasa

Hari Sabtu lepas saya dijemput oleh Nuffnang untuk hadir ke Nuffnang Sharing Session di The Apartment Downtown KLCC. Selain saya, blogger lain yang turut dijemput sama ialah RedMummy.Kami diminta untuk berkongsi dengan pembaca blog yang lain berkenaan amalan berpuasa. Menariknya yang hadir bukan sahaja blogger Melayu, tetapi juga blogger Cina dan India. Saya melihat jurang perbezaan agama bukanlah penghalang untuk sesebuah aktiviti sebegini diadakan.

Malaysia telah banyak berubah, cuma yang masih takut kehilangan tongkat yang hidup dalam ketakutan. Itu pandangan saya. Kami berbuka puasa bersama. Walaupun blogger lain boleh makan dahulu tetapi mereka menghormati mereka yang berpuasa.

Berbuka di The Apartment tidak banyak bezanya dengan berbuka di tempat lain. Bulan puasa ini saya masih belum menghabiskan duit untuk membayar bayaran berbuka puasa ala buffet yang banyak di Kuala Lumpur. Seperti kata TPM Najib Tun Razak…ubah gaya hidup. Saya pun ubah gaya hidup saya.

Saya hanya akan pergi apabila ada jemputan ke majlis berbuka yang diadakan sewaktu bekerja. Makanya hidangan berbuka saya pada malam itu adalah percuma seadanya.

Hidangan makan yang disediakan juga cukup menarik. Memandangkan saya sudah kenyang, saya hanya makan hidangan desert sahaja. Apple Crumblesnya cukup enak. Dua kali juga saya tambah.

Mereka tanya saya kenapa memulakan makanan dengan dessert ? Saya katakan pada mereka, memang sepatutnya berbuka harus didahulukan dengan hidangan yang manis-manis seperti buah kurma.

Saya cuba untuk lebih menerangkan pada mereka apa yang mereka tidak tahu. Mereka tanyakan juga kepada saya tentang bila waktu berbuka yang sesuai. Saya katakan pada mereka apabila mendengar azan Maghrib, harus dipercepatkan berbuka.

Mungkin kerana terbuka topik azan, saya tidak dapat tidak untuk bertanyakan kepada mereka tentang azan. Apakah benar ia mengganggu khalayak sekiranya ia dilaungkan. Mungkin kerana saya sendiri tidak mengikuti isu yang sekarang diperbesar-besarkan dengan teliti. Hanya membacanya sambil lalu. Yang mana betul pun saya tidak tahu.

Mungkin juga akhbar Utusan hanya berdegar-degar dengan polemik tersebut. Lebih-lebih lagi dalam keadaan negara sekarang yang nampak jelas tidak tenang dengan pelbagai isu.

Selepas berbuka, kami naik ke tingkat atas untuk sesi berkongsi rasa. Kami duduk dalam satu bulatan. Ada Melayu, ada Cina, ada India dan ada Mat Salleh. Seorang pensyarah dari Universiti Monash, Sunway. Tiada masalah, tanpa rasa gundah atau tercalar di hati masing-masing.

Saya memulakan bicara saya dengan sedikit jenaka untuk meredakan rasa gemuruh. Sudah menjadi lazim, apabila berdepan dengan pendengar saya hilang kata-kata. Saya katakan pada mereka. Saya melihat semua blogger dari pelbagai bangsa boleh duduk di sini malam itu, saya fikirkan beri blogger sahajalah yang menguruskan negara ini. Mereka nampak gembira.

Memang sukar untuk berbicara di hadapan mereka yang rata-ratanya saya temu pertama kali. Ada yang berkata saya pendiam. Itu lumrah. Saya akuinya. Saya lebih tenang sekiranya mereka bertanyakan saya soalan.

Setiap soalan saya jawab dan saya berpuas hati. Rata-rata mereka mahu mendapatkan nasihat bagaimana untuk menjadi sultanmuzaffar. Tidak banyak soalan tentang puasa. Elok juga. Banyak pula cerita yang tidak elok terdedah kelak.

Berkongsi rasa dengan RedMummy yang pertama kali saya temui. Seingat saya itulah kali pertama saya bertemunya. Saya kagum melihat usahanya untuk menjadikan blognya dikenali. Sehari dalam lapan entri sekaligus. Saya sendiri tidak mampu berbuat demikian. Segala gambar dirakamkan.

Berkongsi rasa dengan blogger-blogger yang hadir memang agak sukar untuk saya ingati satu persatu. Dari pelajar berusia 17 tahun hinggalah yang berumur 30an yang saya jangkakan rata-ratanya baru bertemu pertama kali. Ada yang kaki gambar, kaki jenaka dan pelbagai jenis ragam manusia ada pada malam itu.

Paling menarik apabila mendengar luahan seorang blogger mengenai seorang pembaca berita Astro AWANI. Dia meluahkan kebenciannya terhadap seorang pembaca berita ini dan menyarankan saya saja yang membaca berita. Hahaha. Tidak kurang juga mereka yang menonton AWANI dan menyukai segmen Analisis AWANI.

Saya bertuah kerana mengenali mereka. Walaupun berbeza agama, berbeza bangsa, berbeza peringkat umur, berbeza pandangan politik, kami blogger boleh duduk bersama berbicara mengenai dunia yang kami hidupkan…dunia blogging di Malaysia.

Kepada semua rakyat Malaysia, saya mengucapkan Selamat Hari Malaysia !

Blogger yang hadir :
Lawat blog mereka di sini dan baca pandangan mereka tentang acara kongsi bicara baru-baru ini.
themindofleoraj.blogspot.com
http://www.julianhopkins.net/
roflina.blogspot.com
youcanfindme.blogspot.com
arifsblackbook.blogspot.com
justmymemorabilia.blogspot.com
30jalanf3.blogspot.com
themakingofazzazfar.blogspot.com
http://www.xsydz.com/
myasefia.blogspot.com
http://www.akubetul.com
zachboy.blogspot.com
tanengsoonmarcus.blogspot.com
allaboutsexyinred.blogspot.com
http://www.yapthomas.com/
catalyst-online.blogspot.com
jacquelynn88.blogspot.com
gregorule.blogspot.com

kueee.blogspot.com
robbyaoi.blogspot.com

takes5.firdauz.myNota : Blogger yang tertinggal, sila beritahu ya.