One Drop Perfumes XFM Xclusive Party 2009 Cherating Beach Resort

Apa yang lebih menyeronokkan dengan berpati di tepi pantai ? Apabila disertai band-band hebat Malaysia seperti Hujan, Bunkface, Altimet, Pop Shuvit dan ramai lagi serta hidangan makan malam buffet sambil ditiup bayu laut yang menyegarkan.
Puas dengan layanan baik, puas dengan bilik hotel yang mewah, puas dengan muzik yang menghiburkan, lebih puas apabila melihat inilah band tempatan dekad baru yang bakal merajai muzik tempatan dengan muzik segar mereka. Syabas !

Article by XFM Programme Manager, Adly Syairi Ramly - The Decade’s Finest
All photos by sultanmuzaffar

Kabinet Bayangan Mamat Khalid Tewas

Nampaknya Kabinet Bayangan yang ditawarkan oleh Mamat Khalid tidak dipandang oleh penggiat perfileman tempatan khususnya ahli Film Directors Association of Malaysia (FDAM). Walaupun barisan muka baru yang terdiri dari filem arus perdana dan filem indie, gabungan pengarah filem tidak laku dan filem pecah panggung, gabungan pengarah Melayu, Cina, India dan Serani tidak berjaya meyakinkan ahli FDAM untuk berani berubah. Ahli FDAM masih selesa di zon selamat mereka untuk terus menjaga kepentingan masing-masing tanpa ada arah tuju untuk perfileman tempatan.
Kepimpinan FDAM 2010/2011
Presiden : Mat London
Timbalan Presiden : Yoki Chin
Bendahari : Roslan Aziz
AJK :
Dato’ Tarmimi
Mokhtar Abu Bakar
Syed Zul
Afdlin Shauki
Zaki Rahim

Pemeriksa Kira-Kira :
Abdul Malek Rahman
Abdul Rahim Awang
Kabinet Bayangan Pasukan Mamat Khalid

Presiden - Mamat Khalid (Kala Malam Bulan Mengambang, Estet)
Timbalan Presiden - Erma Fatima (Embun)
Setiausaha - Adflin Shauki (Buli, Papadom)
Bendahari - Saw Teong Hin (Puteri Gunung Ledang)
AJK
Aziz M Osman (Leftenan Adnan, XX Ray, Puteri Impian, Fantasi)
Amir Muhammad (Susuk, Apa Khabar Orang Kampung, Malaysian God)
Khabir Bhatia (Cinta, Setem)
Prof Madya Razak Maidin (Hingga Hujung Nyawa, Tujuh Perhentian)
Murali Abdullah
Sandosh Kesavan
Hans Isaac (Cuci)
Bernard Chauly (Gol & Gincu, Pisau Cukur)
Fauziah Nawi

Mereka mungkin tewas merebut kerusi tetapi tidak kalah menjana pemikiran. Saya terbayang apakah yang akan terjadi pada sebuah kereta bila pembuat batik dipilih untuk membaiki kereta ?

Hukum Karma Muallaf

105:1 Hast thou not seen how thy Lord dealt with the owners of the Elephant ?
108:3 Lo! it is thy insulter (and not thou) who is without posterity.
24:31 And tell the believing women to lower their gaze and be modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands’ fathers, or their sons or their husbands’ sons, or their brothers or their brothers’ sons or sisters’ sons, or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigour, or children who know naught of women’s nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed.
16:41 And those who became fugitives for the cause of Allah after they had been oppressed, We verily shall give them goodly lodging in the world, and surely the reward of the Hereafter is greater, if they but knew;
2:62 Lo! Those who believe (in that which is revealed unto thee, Muhammad), and those who are Jews, and Christians, and Sabaeans - whoever believeth in Allah and the Last Day and doeth right - surely their reward is with their Lord, and there shall no fear come upon them neither shall they grieve.
4:43 O ye who believe! Draw not near unto prayer when ye are drunken, till ye know that which ye utter, nor when ye are polluted, save when journeying upon the road, till ye have bathed. And if ye be ill, or on a journey, or one of you cometh from the closet, or ye have touched women, and ye find not water, then go to high clean soil and rub your faces and your hands (therewith). Lo! Allah is Benign, Forgiving.
24:37 Men whom neither merchandise nor sale beguileth from remembrance of Allah and constancy in prayer and paying to the poor their due; who fear a day when hearts and eyeballs will be overturned;
2:286 Allah tasketh not a soul beyond its scope. For it (is only) that which it hath earned, and against it (only) that which it hath deserved. Our Lord! Condemn us not if we forget, or miss the mark! Our Lord! Lay not on us such a burden as thou didst lay on those before us! Our Lord! Impose not on us that which we have not the strength to bear! Pardon us, absolve us and have mercy on us, Thou, our Protector, and give us victory over the disbelieving folk.
104:3 He thinketh that his wealth will render him immortal.
109:6 Unto you your religion, and unto me my religion.
110:1-3 When Allah’s succour and the triumph cometh / And thou seest mankind entering the religion of Allah in troops, / Then hymn the praises of thy Lord, and seek forgiveness of Him. Lo! He is ever ready to show mercy.
Di atas merupakan terjemahan ayat suci Al-Quran yang hanya diperjelaskan dalam filem Muallaf menerusi nombor surah dan ayat, sama seperti penganut agama Kristian biasa merujuk ayat-ayat dalam kitab Injil. Mungkin kepada mereka yang malas untuk mengkaji mereka akan mengatakan yang nombor-nombor itu merujuk kepada kitab Injil kerana kebiasaan tersebut. Saya tidak menyalahkan mereka, walaupun mereka malas untuk mengkaji atau pun mendalami makna nombor ayat-ayat tersebut.
Ia merupakan satu kenyataan sinis yang penonton Malaysia sememangnya penonton yang malas untuk berfikir jauh sekali mengkaji. Mereka hanya suka melihat pada permukaan tetapi tidak mahu mendalami ke dasar. Apabila sesebuah filem seperti Muallaf cuba untuk mendasari sesuatu isu, mereka tidak gemar. Sayang sekali itu terjadi pada penonton filem Melayu.
Awal pagi Krismas saya dikacau mesej BBM yang berkhutbah panjang tentang filem Muallaf. Tambah sedih apabila yang berkhutbah ialah jenis manusia yang hanya gemar melihat kecantikan luaran tetapi tidak faham kecantikan dalaman. Menjelang tengahari Krismas saya diganggu dengan persoalan isu yang biasa kontroversinya. Maka benarlah telahan saya yang manusia itu lebih gemar melihat kecantikan luaran tetapi tidak pernah faham dan mahu mengkaji kecantikan dalaman. Hukum karma.
Saya menonton filem Muallaf dengan gaya penontonan yang berbeza kerana setiap persoalan keampunan mahu pun kemaafan yang dipaparkan dalam filem itu saya lihat dengan cara yang berbeza kerana pembikinnya telah tiada.
Ulasan lain :

Pusing Satu Kuala Lumpur

Salah satu cara paling mudah untuk pusing satu Kuala Lumpur ialah dengan menaiki KL Hop On Hop Off. Satu hari saya bosan di rumah dan memandangkan kamera DSLR saya perlu diuji kecemerlangannya, saya ambil keputusan untuk mencuba perkhidmatan KL Hop On Hop Off.
Saya pandu kereta ke MTC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur yang mana lapang pakir keretanya agak besar dan beli tiket saya di situ. Bas Hop On Hop Off bukan suatu yang baru di dunia kerana bandaraya-bandaraya utama dunia seperti London dan Paris telah lama memulakannya.

Tiket untuk perkhidmatan ini dibezakan dengan empat kategori iaitu :
1. Umum
2. Orang Kurang Upaya, Kanak-Kanak dan Pelajar
3. Umum Promosi MyKad (rakyat Malaysia)
4. Orang Kurang Upaya, Kanak-Kanak dan Pelajar Promosi MyKad (rakyat Malaysia)
Setiap satu kategori itu dibezakan lagi untuk mereka yang hanya mahu pusing Kuala Lumpur dalam tempoh 24 jam atau pun 48 jam. Kita boleh buat pilihan mengikut kemahuan kita. Oleh kerana saya cuma cuti satu hari, maka saya pilih 24 jam sahaja. Oleh kerana saya rakyat Malaysia, saya hanya perlu menunjukkan MyKad saya dan menerima diskaun Promosi MyKad. Saya hanya membayar RM19 sahaja.
Jika di Barat ruang tingkat atas mereka terbuka berbanding di Kuala Lumpur untuk menyesuaikan dengan keadaan cuaca di Malaysia. Kita bukannya boleh tahan dengan cuaca panas terik Malaysia lebih-lebih lagi di waktu tengahari. Tingkat bawah bas dilengkapi dengan penghawa dingin. Cuma di Tingkat atas terdapat ruang untuk berada di luar lebih-lebih lagi saya perlu mengambil gambar dan ruang itu amat penting buat saya. Sebenarnya, kalau saya bawa laptop saya, boleh saja upload terus gambar-gambar yang diambil secara langsung kerana setiap bas dilengkapi dengan WiFi. Kerja seorang blogger menjadi lebih mudah.
Bas tersebut tiba selang 15 hingga 30 minit di antara setiap stesen. Sebagai pelancong, ia memudahkan mereka untuk memilih lokasi menarik untuk dilawati. Terdapat lebih 40 lokasi menarik pelancongan yang boleh dilawati dalam satu pusingan bas tersebut. Paling utama untuk keperluan pelancong bas itu turut menyediakan pembantu pelancong yang dirakamkan dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Hindi, Arab, Jepun, Perancis dan Sepanyol.

OK, lah. Pengembaraan saya untuk pusing satu Kuala Lumpur pun bermula. Saya akan bercerita lebih lanjut mengenai lokasi menarik yang saya ambil keputusan untuk berhenti di bawah setiap gambar.
Pandangan pertama yang saya lihat dari Tingkat Atas bas. Dari MTC boleh kelihatan Menara KL
Dalam perjalanan menuju ke Menara KL. Oleh kerana saya sudah selalu ke Menara KL, saya tidak turun
Menara Berkembar Petronas, pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia dan kini masih kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia
Berada di Tingkat Atas bas di celah-celah pencakar langit Kuala Lumpur
Bagi seorang blogger, lokasi ini mungkin tidak menarik, tetapi bagi pelancong tentunya mereka tidak akan lepaskan peluang untuk berhenti di Kompleks Kraftangan Negara
Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, segitiga emas KL. Syurga dunia untuk yang gemar membeli-belah
Saya sering melihat bangunan ini kerana lokasinya sepelaung saja dari Astro AWANI.

China Town Malaysia

Wajah-wajah Kuala Lumpur I

Wajah-wajah Kuala Lumpur I

Bus Stand Klang tetapi letaknya di Kuala Lumpur. Bisa mengelirukan pelancong

Wajah serius Pengawal Istana Negara

Dari pagar Istana Negara
Di sebalik pagar Istana Negara cuma masih dari luar
Sekitar KL Sentral, saya berhenti beli kasut kerana setiap kali saya beli kasut, saya akan beli di sini. Murah!

Muzium Negara

Parlimen Malaysia, di mana Ahli Parlimen sentiasa berdebat mempertahankan hujah masing-masing

Muzium Kesenian Islam
Masjid Negara
Bangunan Sultan Abdul Samad
Setiap kali musim perayaan Aidil Fitri, pasti lokasi ini menjadi tajuk utama akhbar untuk menggambarkan betapa lengangnya Kuala Lumpur.
Majlis Amanah Rakyat, terima kasih MARA kerana beri biasiswa untuk saya melanjutkan pelajaran
Eye on Malaysia kini sudah bertukar lokasi ke Melaka
Talian Bebas Tol : 1-800-88-5546

Kematangan Istana Budaya Setelah Berusia 10 Tahun

Sejak sepuluh tahun yang lalu, Istana Budaya menjadi titik temu bagi setiap penggiat dan khalayak seni pentas di Malaysia. Pelbagai produksi tempatan mahu pun antarabangsa dipentaskan di situ. Sempena Ulang Tahun ke 10 Istana Budaya, saya ingin menyorot perkembangan positif yang telah dijana oleh Istana Budaya selain melihat keperluannya kepada industri seni pentas tempatan mahu pun di peringkat antarabangsa.
Istana Budaya, gedung kesenian pentas di Malaysia meraikan ulangtahun ke 10 penubuhannya 15 September lalu. Saya masih ingat lagi teater besar yang pertama dipentaskan di pentas berprestij itu. Teater arahan Datuk Rahim Razali yang bertajuk Keris Sang Puteri menjadi teater buka panggung pentas tersebut. Beberapa hari selepas itu, majlis perasmiannya telah berlangsung dengan penuh adat istiadat Kesultanan Melayu dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun).
Bermula dari pengalaman pertama menonton di Istana Budaya, saya dapat merasakan yang panggung itu suatu yang luar biasa. Pentas hidrauliknya suatu yang tidak pernah saya lihat. Set boleh dibawa masuk dari belakang mahu pun tepi pentas tanpa perlu menggunakan tenaga manusia lagi. Untuk seni pentas di Malaysia, ia sesuatu yang luar biasa.
Sejak hari itu, saya berpeluang untuk menyaksikan pelbagai jenis produksi yang dipentaskan di pentas yang terdapat di Istana Budaya. Sehingga kini, IB memiliki dua pentas iaitu Panggung Sari dan Lambang Sari.
Antara pementasan yang paling saya ingati adalah teater Ronggeng Rokiah arahan Dr. Anuar Nor Arai lakonan Safura dan Shahronizam. Teater bergenre noir itu juga dilimpahi penonton yang rata-ratanya mahu mengimbas kembali zaman remaja mereka di New World Cabaret. Juga yang terbaru, Mana Setangginya karya Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan. Naskhah yang terperap dalam almari Istana Budaya hampir 10 tahun akhirnya berjaya dipentaskan. Naskhah tersebut sepatutnya menjadi naskhah buka panggung IB, malangnya kerana beberapa sebab naskhah itu dipinggirkan.
Tetapi, bukan sahaja teater dewasa yang mendapat tempat, teater kanak-kanak juga sering menjadi tumpuan setiap kali tibanya musim cuti sekolah. Saya melihat keperluan menyediakan pementasan teater kanak-kanak amat penting untuk mendidik generasi muda menghayati teater sekaligus menghargai seni budaya kita sendiri. Teater Siti Di Alam Fantasi, Gamat, Sinbad berjaya menarik ribuan kanak-kanak menyaksikan pementasan tersebut.
Foto oleh MStar

Persembahan muzik di Istana Budaya tidak kurang hebatnya. Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak asing di pentas Istana Budaya. Beliau pernah beberapa kali mengadakan persembahan di situ. Antara yang paling diingati pastinya Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza yang dipentaskan Jun lalu. Masih kekal nombor satu, walaupun kini Siti Nurhaliza telah pun berdua, biduanita muda negara itu masih mengekalkan kualiti persembahan kelas pertama, sesuai dengan kelas satu pentas berprestij itu.
Paling menguja imaginasi saya adalah pementasan muzik Kembara Jiwa Mohram. Alunan seruling dan rebana dua maestro muzik instrumental muzik berjaya melembutkan hati yang keras, mencairkan jiwa yang kematu.
Jika sebelum ini aktiviti pentas di Malaysia lebih berskala kecil dan hanya tertumpu di Panggung Bandaraya, Auditorium MTC dan Auditorium DBKL, kini produksi pementasan lebih berskala besar.
Foto oleh Jeff Ooi

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Encik Mohamed Juhairi Shaarani, “Dengan adanya Panggung Sari yang merupakan salah satu panggung yang tercanggih di dunia, segala itu menjadi kenyataan dan kita dapat lihat dengan hasil-hasil yang memberangsangkan bermula dengan teater Keris Sang Puteri, Tun Perak dan mencetuskan fenomena kepada produksi terbitan Enfiniti Productions dengan Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical. Dan kita juga dapat lihat dengan produksi-produksi Istana Budaya yang sangat mendapat sambutan persembahan teater kanak-kanak seperti Sinbad dan Aladdin yang diadakan setiap kali musim cuti sekolah.
Menjurus kepada seni teater, tari dan muzik, pada peringkat awal khalayak penggemar seni tempatan agak terkejut dengan budaya kepenontonan di Istana Budaya.
Namun, jumlah penonton bertambah setiap tahun.
Dalam masa dua tahun yang pertama kita memberi kemudahan dengan menjemput seramai mungkin dan juga pada waktu itu ada sedikit kejutan pada masyarakat yang selama ini lebih terdedah dengan persembahan-persembahan secara percuma tetapi Istana Budaya pada peringkat awalnya cuma mengenakan harga tiket yang sangat minima iaitu RM20, RM30 dan RM50 dan berlakunya perubahan setelah 10 tahun kita dapat melihat apabila Enfiniti boleh menjual tiket berharga RM350, suatu yang tidak pernah dipercayai pada 10 tahun yang lalu apabila sebuah produksi tempatan boleh menyamai harga tiket sebuah produksi luar atau pun persembahan antarabangsa.
Pada 1999, hanya sekitar 20,000 penonton menyaksikan persembahan di Istana Budaya, kini lebih 140,000 penonton berkemampuan untuk menyaksikan pementasan di panggung berprestij itu yang mencatatkan jumlah tertinggi pada tahun 2008.
Sering ke luar negara, Juhairi akan meluangkan masanya menonton pementasan West End mahu pun Broadway. Istana Budaya turut diiktiraf sebagai pentas terbaik di dunia dan diakui sendiri oleh produksi antarabangsa yang bertandang ke Istana Budaya.
“Pada peringkat pembinaan awal kita didatangi dengan produksi yang pada masa itu Tun Dr. Mahathir menjemput produksi Beauty And The Beast. Mereka memang terasa amat kagum dengan kecanggihan Panggung Sari Istana Budaya dan ini terbukti apabila kenyataan kita yang Istana Budaya sebuah panggung yang canggih itu sememangnya betul.

“Istana Budaya ini menggunakan teknologi campur tidak menjurus kepada dunia Barat tetapi bercampur dengan teknologi Jepun, Jerman, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Tenaga yang dipilih pada peringkat awal juga berjaya direalisasikan dengan menggabungkan teknologi pelbagai negara untuk pembinaan sebuah panggung di Malaysia.”
Perkara yang sama turut diakui Datin Seri Tiara Jacquelina, selaku Pengarah Urusan Enfitniti Productions, produksi yang menerbitkan Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical.
“Saya sendiri bangga bahawa kita mempunyai sebuah pentas bertaraf dunia dan harus dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Pentas itu merupakan antara pentas yang terbaik di dunia. Setiap kali mengadakan persembahan di pentas itu ada satu rasa yang lain yang tidak boleh dimiliki di tempat lain. Ini termasuk kerjasama yang diberikan oleh kakitangan Istana Budaya sendiri. Terlalu banyak sejarah berlaku untuk kami di Istana Budaya dan ia menjadi seperti tempat jatuh lagi dikenang.”
Jelas Juhairi lagi, sebagai sebuah institusi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Istana Budaya turut berperanan sebagai salah satu pusat tumpuan pelancong.
“Kita akan membawa dan ingin menjadikan Istana Budaya sebagai salah satu lokasi pementasan yang membolehkan negara-negara jiran yang selama ini dimonopoli sepenuhnya oleh Esplanade. Ini kita dapat lihat sewaktu pementasan produksi Mamma Mia apabila ramai penonton yang datang bukan sahaja dari Singapura tetapi juga dari Brunei, Indonesia dan Thailand. Persembahan itu merupakan pementasan yang paling berjaya dalam sejarah Istana Budaya terutama sekali dalam jumlah kedatangan penonton dan kutipan tiket.”
Khalayak penggemar teater kini tidak perlu ke luar negara bagi menyaksikan pementasan berskala besar. Produksi tempatan seperti Puteri Gunung Ledang The Musical dan Cuci The Musical juga mampu menawarkan peluang tersebut di dalam negara.
“Di samping itu juga, Istana Budaya juga dalam usaha menggalakkan produksi-produksi besar yang mampu melaburkan seperti Enfiniti dan yang akan datang Tall Order yang berbelanja besar ini membolehkan karya-karya mereka ditonton kerana pementasan mereka sama tara dengan karya-karya yang dipentaskan di Broadway dan West End New York.”
Pelbagai perancangan untuk Kalendar 2010 masih diteliti oleh pihak Istana Budaya. Antara yang menarik ialah produksi bersama Jabatan Perdana Menteri, sebuah lagi teater muzikal terbitan Enfiniti Productions dan berkemungkinan besar Cuci The Musical musim kedua.
“InsyaAllah pada tahun hadapan kita juga menyahut gagasan 1Malaysia yang mana banyak program yang menjurus kepada gagasan tersebut apabila melibatkan pelbagai kaum dipentaskan di Istana Budaya. Beberapa kertas cadangan yang dihantar menepati ciri-ciri gagasan 1Malaysia dan salah satu perkara baru apabila melibatkan kerjasama dengan produksi luar termasuk kerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri dalam usaha mengangkat gagasan yang diwar-warkan Perdana Menteti iaitu Gagasan 1Malaysia.”
Pementasan yang kembali untuk musim kedua bukan suatu yang asing sekarang di Istana Budaya. Sejak teater muzikal menjadi satu fenomena, pementasan yang diulang sudah menjadi satu trend. Antara pementasan yang diulang tayang adalah Puteri Gunung Ledang The Musical dan P.Ramlee The Musical. Lebih menarik apabila ada di antaranya yang dibawa ke seberang Tambak Johor iaitu The Esplanade, Singapura. Pasti itu sesuatu yang membanggakan untuk seni pentas tempatan.
Paling terkini apabila buat julung kalinya, sebuah Orkestra Tradisional Malaysia ditubuhkan di Istana Budaya yang merupakan pasukan orkestra gabungan pelbagai instrumen tradisional Malaysia.
OTM kini dikemudi oleh Mohd Yazid Zakaria yang dilantik Konduktor pertama Orkestra itu.
“Merupakan satu-satunya kumpulan orkestra yang tidak ada di dunia. Di negara-negara lain, kumpulan orkestra hanya memiliki pemuzik pribumi tetapi di Malaysia kita memiliki Orkestra Tradisional Malaysia yang menggabung pemuzik pelbagai bangsa termasuk penggunaan alat muzik ektik yang sama sifatnya dengan simfoni di negara Barat.”
Selain itu, Kompleks Istana Budaya bakal berkembang. Kompleks pengurusan akan siap sepenuhnya yang berlatarbelakangkan Tasik Titiwangsa pada tahun hadapan.
“Dan bila berlakunya perpindahan itu, ruang di Istana Budaya akan lebih banyak untuk dilengkapkan dengan fasiliti latihan dan memberikan peluang kepada aktivis seni di Malaysia untuk mengadakan latihan. Selain itu kita akan turut melengkapkan bangunan itu dengan sebuah Galeri yang menceritakan sejarah penubuhan Istana Budaya hinggalah menjadi Istana Budaya hari ini.”
Saya melihat perkembangan positif Istana Budaya menjadi elemen penting untuk menjayakan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab seni pentas Asia. Seluruh dunia mengenali budaya India mahu pun Jepun atau pun China. Oleh itu menjadi tugas Istana Budaya juga untuk memperkenalkan budaya Melayu ke peringkat antarabangsa. Namun yang lebih penting adalah budaya kerja kakitangan Istana Budaya perlu mencapai standard antarabangsa untuk berjaya di mata dunia.
Hasrat itu hanya akan tercapai sekiranya Istana Budaya menjadi sebuah syarikat korporat. IB harus berfungsi bukan sekadar untuk menyemarakkan budaya seni pentas tempatan malah menjadi satu badan bukan kerajaan yang turut berfungsi mendapatkan keuntungan. Ia harus bergerak seperti sebuah syarikat korporat yang mana setiap kaki dan tangannya bergandingan untuk mencipta keuntungan lebih luar biasa. Saya tidak melihat ia sebagai satu cadangan yang harus ditolak mentah-mentah sebaliknya perlu difikirkan untuk mengangkat seni pentas Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Zahirnya, pentas Istana Budaya akan terus disemarakkan dengan pelbagai produksi terbaik dan kembali dipenuhi penonton apabila teater Gamat dan Cuci The Musical dipentaskan Oktober lalu. Lebih mengejutkan apabila teater Natrah yang diarahkan oleh Eirma Fatima menerima sambutan yang sangat hebat. Pementasan yang sepatutnya berakhir pada 9 Disember dilanjutkan sehingga 13 Disember atas permintaan ramai.
Saya kagum dengan keterbukaan IB yang berjaya membuka sejarah rusuhan Natrah di Singapura ke depan mata khalayak teater tanahair. Keterbukaan yang dimaksudkan apabila memberikan keadilan dalam naskhah tersebut yang menyeimbangkan pengaruh setiap watak seperti Natrah, Cik Aminah dan Adeline Hertogh dalam teater tersebut. Sekaligus membuka intepretasi baru kepada pengkaji sejarah mahu pun penonton tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Sehingga kini, Istana Budaya dipayungi lima Ketua Pengarah bermula Tuan Hj Sufiat Mukri, Norliza Rofli, Dr. Hatta Azad Khan, Datuk Azhar Abu Bakar dan yang terkini, Mohamed Juhairi Shaarani. Melalui gaya kepimpinan yang berbeza oleh setiap seorang dari mereka telah berjaya membuka membuka lembaran baru untuk Istana Budaya.
Saya menepis andaian masyarakat yang Istana Budaya hanya merupakan “gajah putih“, sebaliknya Istana Budaya telah berjaya merancakkan lagi aktiviti seni pentas di Malaysia sepanjang 10 tahun yang lalu. Syabas, Istana Budaya.