Category Archives for astro prima

Teman Kerja di Carrefour, Subang Antara Jemputan Yang Hadir ke Majlis Resepsi Mawi & Ekin di Felda Taib Andak, Kulai

Dua majlis perkahwinan Mawi dan Ekin yang melibatkan Johor Bahru dan Kulai telah pun selesai. Kepenatan hasil dari dua majlis tersebut masih belum reda. Sememangnya ia merupakan satu pengalaman yang tidak dapat saya perolehi melainkan berhadapan dengannya sendiri. Banyak cerita manis, tidak kurang juga cerita pahit yang berlaku sepanjang majlis tersebut berlangsung. Banyak pengajaran yang telah saya perolehi dan melaluinya sendiri. Kontroversi yang berlaku membuka pandangan baru saya terhadap banyak isu yang selama ini tidak saya ambil peduli.

Majlis Resepsi di Felda Taib Andak dianggarkan lebih 20,000 jemputan hadir ke majlis tersebut termasuk Konsert Gempak Rewang yang diadakan malam Ahad lalu. Memang penuh dengan ribuan manusia yang saya tidak tahu dari mana. Dalam banyak-banyak tetamu yang saya temui ialah sahabat saya sewaktu bersekolah menengah satu ketika dahulu. Rupanya beliau merupakan teman kerja Mawi sewaktu sama-sama mengharungi zaman sukar di Carrefour, Subang. Walaupun Mawi telah meningkat popularitinya, kawan-kawan lamanya sewaktu zaman susah tidak pernah beliau lupakan. Itulah sisi lain yang baru saya temui.

Jika diberikan pilihan saya seboleh-bolehnya tidak mahu ke Majlis Resepsi 1001 Malam di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan. Jika diberikan pilihan saya seboleh-bolehnya hanya mahu menonton dari rumah. Pastinya tanggal 11 Januari itu menjadi satu hari paling panjang dan memenatkan. Pelbagai gimik telah pun dirancang dan majlis tersebut akan menjadi sebuah program televisyen yang terancang. Oleh itu, lebih sesuai sekiranya saya tonton hanya di televisyen.

Saya tertarik dengan tulisan Adam Saleh seperti yang tersiar dalam ruangan Jarum Emas di akhbar Metro Ahad yang menyebut “Natijahnya, menjadi pengamal media, ada kala kita mendapat layanan Kelas A, ada ketika tiada kelas langsung, namun kerana kelicikan kita, tanpa kelas pun kita boleh menjadi yang terbaik.“. Saya pegang kata-kata itu kerana hari ini mungkin hari saya, esok belum tentu hari saya.

Hantaran perkahwinan Mawi-Ekin RM30,000 serba satu

25/10/2008 6:14pm

KOTA BHARU 25 Okt. – Penyanyi popular, Mawi mengumumkan wang hantaran perkahwinannya dengan Ekin sebanyak RM30,000 serba satu.

Beliau berkata, keluarganya juga akan menghantar 11 dulang hantaran dan dibalas Ekin tujuh dulang. Pasangan itu dijadual melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember.

- Utusan

Malam ini, jam 10 malam Gala TV akan menyiarkan wawancara eksklusif mengenai wang hantaran yang disimpan selama lima hari di dalam peti besi. Malam ini juga Gala TV akan mewawancara Datuk Sheila Majid secara langsung di Astro AWANI (Saluran 501).

LawaKing

Dulu-dulu pernah ada program realiti berkonsepkan komedi yang bertujuan untuk mencari bintang komedi pelapis Malaysia yang boleh diketengahkan bakat mereka. Setelah berakhir program realiti pencarian bakat komedi, Raja Lawak Astro demam Akademi Fantasia telah mengaburkan pandangan kita terhadap bakat-bakat baru tersebut. Apakah mereka terus hilang ? Atau pun kini sedang bertapa menuntut ilmu komedi yang lebih mendalam ? Mereka tidak hilang. Mereka tidak diam. Mereka tidak duduk diam. Mereka masih di sini. Bersedia untuk menggeletek hati anda. Bukan di RIA. Bukan di CERIA, tetapi di PRIMA.

Mulai 16 Jun 2007 ini, malam Sabtu anda akan pasti ditemani dengan gelak ketawa bersama bintang Raja Lawak Astro. Yus, Zizan, Johan, Tauke & Angah akan menemani kehidupan anda setiap jam 10 malam dalam program terbaru, LawaKing ! di Astro PRIMA !

Poyo Magik Bersama Zizan

Wazzup Mila !
Belum puas dengan Mila ? Rindu anda masih belum terubat ? Nantikan kemunculannya. Wazzup Mila !