Category Archives for anugerah planet muzik

Nothing In Singapore !

Image Hosted by ImageShack.us

The Famous Esplanade

Image Hosted by ImageShack.us

The Famous Merlion

Gegar U

Kicking off on 13th June, 9.30pm; four groups consists of local university students across all over Malaysia will participate to complete their Challenge Of The Day ! Do or Die ! The mission is to help the less fortunate. This mission takes them as far as Sabah, Terengganu, Kota Kinabalu and Penang! Watch as they struggle and work hard to accomplish the mission in the name of charity. The programme is collaboration between Astro, Yayasan Budi Penyayang, Kumpulan Utusan & The Star.

Also catch Konsert Gegar U! LIVE and will be officiated by the Prime Minister on the 17th August, Friday. 9.00pm

AC Di Sini Live From Dataran Merdeka

First time LIVE from Dataran Merdeka, AC Mizal will rock the nation this Sunday, 17th June 2007. 9.00pm for AC Di Sini LIVE From Dataran Merdeka (harap-harap tak banjir) kalau tak jadi AC Di Sini LIVE From Venice. He will be accompanied by Akademi Fantasia Queen – Mila, Malaysia’s Number One Artist – Mawi and Malaysia’s Rock Icon Awie & Ella ! Come and join us there or sit back in front of your TV screen!

Image Hosted by ImageShack.us

The Sacred IKON Malaysia logo
IKON Malaysia

Competing for the coveted title IKON Malaysia, 10 solo & 9 group artists will perform on stage for Malaysian viewers. Watch Akademi Fantasia Stars : Adam, Farah & Mawi, Malaysian Idol fame : Daniel Lee, Jaclyn Victor & Dina, Dayang Nurfaizah, Ezlynn, Reshmonu & Shanon Shah this Tuesday. And don’t forget to catch Malaysian famous groups Amuk, Def GabC, Disagree, Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, Jinbara, May, Mirwana & OAG this Friday !

Catch
• Buzz IKON MALAYSIA – starting 27th May 2007 – 8th July 2007, every Sunday. 9.00pm
• Klip IKON Malaysia – starting 16th June 2007 – 21st July 2007, every Saturday. 9.00pm
• Pentas IKON Malaysia (Grup) – 19th June 2007, Tuesday. 9.30pm
• Pentas IKON Malaysia (Solo) – 22nd June 2007, Friday. 9.30pm
• Pentas IKON Malaysia Separuh Akhir – 7th July 2007, Saturday. 9.00pm
• Pentas IKON Malaysia Akhir – 28th July 2007, Saturday. 9.00pm

Image Hosted by ImageShack.us

Manifestasi Resolusi Isu (MRI)

Starting 10th June 2007, every Sunday. 7.00pm, a fast-pace, compact and concise magazine programme which highlights an investigative reporting on current issues within our country. Hosts Wan Kamarudin, Anne Edward dan Rusyilda Ismail will expose, analyse and resolve the issue in this 30 minutes programme. Catch Flat Terapung & Pemancar Telekomunikasi in the next episode.

Siapa kata NOTHING ? Balik Singapore terus jadi Mat Salleh ! Sebenarnya ada banyak benda menarik di Singapore. Yang paling best tentunya Anugerah Planet Muzik 2007.

Perkara Menarik Di APM 2007
1. Siti Nurhaliza membuat persembahan bersama Gita Gutawa, gadis cilik berumur 13 tahun anak kepada Erwin Gutawa. Down grade ? Mungkin juga. Tapi malam itu Siti Nurhaliza memang pukul habis lagu Biarlah Rahsia !
2. Tepukan untuk Taufik Batisah, Singapore Idol memang paling gemuruh. Tapi sayangnya beliau gagal untuk menggondol kembali anugerah Artis Lelaki Popular bila Mawi memenanginya untuk tahun ini.
3. Banyak pula anugerah yang dimenangi oleh artis Malaysia pada tahun ini walaupun bilangan pencalonan dari Malaysia adalah yang paling sedikit.
4. Pasangan paling popular dari filem My Heart menyanyi sumbang yaamat ! Seperti kata Cikgu Adnan seorang ke seberang laut dan singgah di New Zealand dan bawa balik kambing biri-biri. Seorang lagi terus ikut Dr.Sheikh Muzaffar bakal Angkawasan Malaysia dan jadi Angkasawan pertama Indonesia.
5. Diddy pula dipimpin oleh Kris Dayanti sewaktu membawakan lagu Saling Terpesona. Tapi Hady Mirza tidak berani nak pimpin Yanie pasal takut dengan kasut Fazura.
6. Kualiti audio memang membingitkan telinga lebih-lebih lagi bila Estranged membuat persembahan dengan lagu Itu Kamu. Tapi yang bestnya ramai penonton di rumah suka dengan persembahan Rich.
7. Lepas tengok Letto buat persembahan di APM, saya terus ke Mustafa Centre untuk cari CD Letto ! Memang lagu-lagu dari album Letto meletup !
8. Walaupun bilangan artis yang berulang kali membuat persembahan di APM tetapi persembahan mereka menghiburkan. Antara artis kitar semula ialah Kris Dayanti, Taufik Batisah dan Hady Mirza.
9. Lagu Biarlah Rahsia menang di APM sebagai Lagu Terbaik. Jika tidak dicalonkan di AIM, artis Malaysia yang menggunakan khidmat komposer Indonesia bolehlah mencalonkan lagu mereka di APM kerana menepati syarat kelayakan.
10. Sofaz menang Duo/Kumpulan Popular ??? Adakah orang Malaysia sahaja yang mengundi untuk APM ??? Atau pun adakah kerana demam AF mereka masih belum kebah lagi ??? Penyakit gatal nak mengundi lagi !
11. Bila agaknya Zainal Abidin nak buat konsert solo lagi ? Rasanya saya sudah terlalu rindu ingin dengar lagu-lagu seperti Hijau, Inayah, Damai, Ikhlas Tapi Jauh, Hanya Di Radio berkumandang di sebuah konsert yang besar.
12. Taufik Batisah & Imran Ajmain menang besar untuk kategori Singapura. Tak ingat keputusan kerana pada jam 8.30 malam tengah sibuk-sibuk di luar stadium kerana lambat sampai. Penonton RIA tidak dapat menonton pada waktu tersebut kerana mereka perlu menonton Berita BERNAMA. hahaha
13. Mawi menang dua kategori popular iaitu Lagu Paling Popular dan Artis Lelaki Popular dan tidak dicalonkan untuk kategori terbaik. Berbeza dengan Datuk Siti Nurhaliza yang menang kategori popular dan juga kategori terbaik.
14. Irwansyah, Taufik Batisah dan Syed Azmir bawa lagu-lagu popular masing-masing. Nyanyian Irwansyah tak payah cakap lah. Taufik & Syed Azmir boleh menyanyi dengan baik dan mencuba jugalah untuk membantu kepada orang kurang upaya.
15. Jaclyn Victor, bakal IKON Malaysia telah memberikan satu harapan baru kepada kualiti persembahan calon-calon artis IKON Malaysia. Harap-harap Jac bawa lagu tersebut di Pentas IKON Malaysia minggu depan.
16. Kenapa saya tengok Kris Dayanti bawa lagu I’m Sorry Goodbye dengan penuh perasaan. Macam dia nyanyi penuh penghayatan dan nyanyiannya datang dari hatinya sendiri. Lagu itu juga saya tujukan kepada perempuan sasau yang kini sedang sibuk mengajar. hahaha. Tapi saya tambah I’m Sorry Goodbye Get Lost and Go To Hell ! Hahaha.
17. No post party. Balik hotel salin baju dan keluar jalan-jalan survey harga. Mujur tak jumpa Singapore Stalker ! hahaha.

Nota : TQ Clinique !

Anugerah Planet Muzik 2007
Logik ke ramalan saya ini ? Entah ! Tonton saja hari Jumaat ini jam 9 malam di Astro RIA. Saya masih dalam perancangan sama ada akan ke Kota Singa untuk bersiar-siar merehatkan diri selepas Akademi Fantasia tamat atau pun tidak. Dalam pada itu dalam usaha untuk menyelesaikan beberapa kekusutan yang telah berlaku. Moga semuanya dapat diselesaikan dengan aman.

Artis Lelaki Paling Popular
Ajai Malaysia
Awie Malaysia
Faizal AF4 Malaysia
Glenn Fredly Indonesia
Irwansyah Indonesia
Iwan Falls Indonesia
Hady Mirza Singapore
Marcell Indonesia
Mawi Malaysia
M.Nasir Malaysia
Once Indonesia
Taufik Batisah Singapore

Artis Wanita Paling Popular
Acha Septriasa Indonesia
Adibah Noor Malaysia
Agnes Monica Indonesia
Audy Indonesia
Ella Malaysia
Jaclyn Victor Malaysia
Kris Dayanti Indonesia
Melly Goeslaw Indonesia
Misha Omar Malaysia
Ning Baizura Malaysia
Rossa Indonesia
Siti Nurhaliza Malaysia

Kumpulan Paling Popular
Ahli Fiqir Singapore
Dewa 19 Indonesia
Gigi Indonesia
Letto Indonesia
Nidji Indonesia
Peterpan Indonesia
Pretty Ugly Malaysia
Radja Indonesia
Samsons Indonesia
Search Malaysia
Sofaz Malaysia
Ungu Indonesia

Lagu Paling Popular
Aku Ada Karena Kau Ada Radja
Biarlah Rahsia Siti Nurhaliza
Demi Waktu Ungu
Diari Seorang Lelaki Pretty Ugly
Juwita Citra Terindah M.Nasir
Kenangan Terindah Samsons
Kian Mawi
My Heart Irwansyah & Acha Septriasa
Sedang Ingin Bercinta Dewa 19
Sudah Itu Sudah Imran Ajmain
Tak Ada Logika Agnes Monika
Terlalu Istimewa Adibah Noor

Artis Lelaki Baru Terbaik
Faizal AF4 Best of Faizal AF4
Imran Ajmain Dengan Secara Kebetulan
Irwansyah Original Soundtrack ‘Heart’
Izwan Pilus Erti Kasih

Artis Wanita Baru Terbaik
Acha Septriasa Original Soundtrack ‘Heart’
Farhan AF4 Best of Farhan AF4
Noryn Aziz Alam Maya
Reika Roslan Bercerita
Terry Terry

Duo / Kumpulan Baru Terbaik
Kerispatih Kerispatih
Letto Truth, Cry, Lie
Nidji Breakthru
Rea 1/2 Gila
Samsons Naluri Lelaki

Artis Lelaki Terbaik
Aris Lasso Selalu Ada
Glenn Fredly Aku & Wanita
Iwan Fals Iwan Falls In Love
Marcell Marcell
M.Nasir Sang Pencinta

Artis Wanita Terbaik
Agnes Monica Whaddup A?1
Audy 2303
Jaclyn Victor Inilah Jac
Noryn Aziz Alam Maya
Siti Nurhaliza Transkripsi

Duo / Kumpulan Terbaik
Dewa 19 Republik Cinta
Kerispatih Kerispatih
Letto Truth, Cry, Lie
Samsons Naluri Lelaki
Ungu Melayang

Lagu Terbaik
Biarlah Rahsia Transkripsi
Cinta Terakhir Selalu Ada
Demi Waktu Melayang
Hapus Aku Breakthru
Juwita Citra Terindah Sang Pencinta
Kenangan Terindah Irfan

Album Terbaik
Breakthru Nidji
Kerispatih Kerispatih
Naluri Lelaki Samsons
Republik Cinta Dewa 19
Sang Pencinta M.Nasir
Transkripsi Siti Nurhaliza

Nota : Nampaknya ada juga pihak yang masih berdegil dan terus-terusan menghantar SMS sasau kepada saya. InsyaAllah, minggu hadapan saya akan paparkan beberapa SMS sasau tersebut di blog ini yang mana telah mengganggu kehidupan saya sejak bulan November 2006. Biar anda sendiri yang melihat dan menentukan sama ada wajar SMS sedemikian dihantar untuk tujuan yang saya sendiri tidak tahu untuk apa. Tunggu…

Ulasan Anugerah Planet Muzik 2006 : Biarlah Rahsia Mencuri Perhatian Ramai

Ulasan Anugerah Planet Muzik 2006 : Biarlah Rahsia Mencuri Perhatian Ramai

The Max Pavilion, Singapore ExpoEntah mengapa setiap kali majlis Anugerah Planet Muzik berlangsung, tumpuan mata saya akan tertumpu kepada pengacaranya. Kal ini ia menggandingkan Aznil Nawawi dari Malaysia, Ady Rahman dan Fiza O dari Singapura manakala Nirina dari Indonesia. Sudah bertahun ia diadakan sikap pengacaranya masih sama iaitu cuba menandingi antara satu sama lain. Sikap cuba untuk menunjuk pandai, kacak, cantik, bijak sering berlegar pada skrip pengacaraan APM kali ini. Setiap kali ia diadakan pasti Siti Nurhaliza menjadi sasaran gurauan-gurauan mereka. Jika dahulu keterbukaan Ady sebagai salah seorang pengacara secara terbuka menyatakan rasa sayangnya kepada Siti Nurhaliza, kali ini rata-rata dari mereka tanpa segan-silu turut mengaitkan nama Datuk K dalam kancah pengacaraan mereka. Namun demikian sikap terbuka Siti Nurhaliza harus dipuji. Walaupun sedikit tergamam sewaktu diusik oleh salah seorang bos, rakan penyampai anugerah ketika menyampaikan anugerah utama pada malam tersebut.

Rekaan pentas APM kali ini kalau sesiapa yang pergi menyaksikan Konsert Kemanusiaan Remaja Prihatin dan Konsert Kemuncak AFTour tentu dapat melihat skrin plasma yang menggunakan konsep yang sama pada kedua-dua konsert tersebut. Nampaknya skrin plasma merupakan trend rekaan pentas walaupun telah lama digunakan dalam persembahan-persembahan MTV di peringkat antarabangsa. Menonton dari peti televisyen agak menyilaukan apabila rekaan tata cahaya tidak begitu menyerlah pada kali ini. Pada awal persembahan berlaku sedikit masalah audio sehingga terpapar montaj Siaran Tergendala Sebentar walaupun tidak sempat. Mujur masalah dapat diselesaikan dengan kadar yang agak segera. Selain daripada itu, agak sukar juga untuk penonton di rumah mengetahui siapakah yang membuat persembahan tanpa memaparkan grafik tajuk persembahan di skrin televisyen. Itu antara sebab mengapa saya hanya menulis nama artis yang membuat persembahan dan bukan tajuk lagu mereka.

Persembahan Pembukaan : VE dan AhliFiqir
Saya suka dengan persembahan pembukaan yang dijayakan oleh VE dan AhliFiqir. Saya boleh katakan VE telah menampilkan persembahan vokal yang bagus serta dibantu dengan koreograf yang cemerlang. Barisan penari latar turut memberikan persembahan yang mantap dengan gerak-gerak pantas yang tajam dan memukau. Pemilihan lagu sahaja yang disifatkan kurang mesra di telinga penonton. Namun demikian ada strategi yang dirangka oleh VE untuk mempromosikan lagu tersebut di kalangan pendengar-pendengar luar. Sama juga dengan apa yang dilakukan oleh AhliFiqir yang turut menampilkan lagu yang kurang mesra di telinga penonton. Menampilkan penari kanak-kanak pada setengah penonton akan melihatnya sebagai sesuatu yang comel tetapi idea ini sudah terlalu lapuk.

ARTIS LELAKI BARU TERBAIK
Pemenang : Ello - Ello
Pilihan SM : Ello - Ello

Satu kemenangan yang telah saya jangkakan. Ello memang kurang dikenali di rantau Malaysia dan Singapura terutamanya, tetapi beliau cukup hebat di Indonesia. Keseronokannya menerima trofi sehingga terjatuh globe dari arca tangan pada trofi tersebut. Sungguh melucukan kerana trofi tersebut nampak begitu tidak berprestij walaupun majlis tersebut dianggap berprestij kerana memartabatkan muzik rantau Malaysia, Indonesia dan Singapura.

DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK
Pemenang : Maliq & D’Essentials - 1st
Pilihan SM : Tangga - Tangga

Dengar khabar kumpulan Maliq & D’Essentials akan bertandang ke Kuala Lumpur pada bulan September. Bolehlah peminat-peminat di Malaysia menikmati persembahan hebat mereka. Yang pasti duo/kumpulan dari Malaysia tertinggal dari sebarang pencalonan untuk kategori ini. AhliFiqir walaupun dicalonkan di AIM, bukan dari Malaysia tetapi dari Singapura.

LAGU TERBAIK SINGAPURA
Pemenang : Cinta Abadi - Untukmu Selamanya - Eka Mairina feat. Iskandar
Pilihan SM : Angguk-Angguk Geleng-Geleng - Hari Ini Dalam Sejarah - AhliFiqir feat. Mia

Sewaktu Eka Mairina dan Vince membawakan lagu Cinta Abadi, kedengaran istimewanya sangat lagu tersebut. Lagipun itulah sekadar hasil terbaik yang dipersembahkan oleh artis Singapura. Sebuah lagu yang sekali dengar sahaja dan mudah untuk dilupakan.

Tali Pinggang Aznil mampu membuatkan Ramlah Ram makan hati ! Di mana agaknya beliau membeli tali pinggang tersebut ? Di Pasar Mustaffa agaknya. Wujudkah Pasar Mustaffa ini di Singapura ? Ada sesiapa boleh pastikan ? Agaknya untuk membeli tali pinggang tersebut mesti turut disertakan dengan sebuah keyboard. Mungkin ! Jika tanpa keyboard bagaimana huruf-huruf tersebut dimasukkan ke atas panel skrin tali pinggang tersebut. Mungkin juga ada putaran huruf untuk dipilih pada tepi tali pinggang tersebut.

Persembahan 2 : Vince, Eka Mairina, Adam dan Nikki
Vince memulakan persembahan dengan lagu Janji. Sebuah persembahan yang biasa dan persembahan Vince menjadi luar biasa apabila berduet dengan Eka Mairina untuk lagu Cinta Abadi. Nampak seperti Eka Mairina pula yang menjadi penyanyi latar untuk Vince walaupun lagu tersebut adalah milik Eka Mairina. Persembahan vokal mereka sememangnya hebat dan sesuai digandingkan bersama. Lihat bagaimana Vince mengawal persembahan duet tersebut tanpa memberikan peluang kepada Eka Mairina untuk menonjolkan diri lebih darinya. EMI, album Vince seterusnya bolehlah menampilkan Eka Mairina untuk berduet dengan Vince. Kembalikan Vince seperti yang asal. Adam mempersembahkan lagu Jatuh dengan baik sampai jatuh-jatuhlah pembesar suara dia. Saya suka dengan persembahan Adam kali ini. Nampak beliau sudah pandai untuk mengawal vokalnya dengan baik. Vince, Eka Mairina dan Adam nampak begitu selesa di atas pentas. Kemunculan Nikki sememangnya saya tunggu-tunggu. Di dalam kepala saya, mengharapkan persembahan hebat seperti majlis Pelancaran Album Maharaninya tahun lepas. Malangnya hasrat tersebut tidak kesampaian. Nikki tersilap masuk dalam nyanyiannya. Persembahan vokal pada nada rendahnya agak tenggelam dalam muzik. Wajah beliau nampak agak pucat berbanding artis-artis yang lain. Adam turut membantu dalam bahagian rap yang penyanyi asalnya ialah Zahid. Rap yang didendangkan oleh Adam juga bukan rap yang asal. Adam cuba untuk menampilkan koreografi yang biasa dibawakan oleh beliau dan perlu menyerahkan mic kepada Vince. Tetapi tidak berjaya disambut oleh Vince. Melambung-lambung pembesar suara itu dibuatnya dan meneruskan dengan rap lagu KRU iaitu Mengerti. Boleh ? Sepatutnya Nikki harus menggunakan platform ini untuk memperkenalkan dirinya kepada para penonton. Beliau juga harus lebih belajar untuk bergerak di pentas dan nampak lebih selesa di atas pentas. Nampak beliau berkerut di atas pentas dan begitu keliru sekali wajahnya. Lebih baik dari menghabiskan masa bermain The Sims 2. (ketawa) Whistling yang ditunggu juga hanya muncul di bahagian akhir. Tiada yang hebat dalam persembahan Nikki dan saya terfikir bagaimana agaknya reaksi penonton apabila beliau menang selepas ini. Saya merasakan beliau lebih sesuai membawakan lagu-lagu balada yang khusus untuk mempamerkan kehebatan vokal beliau. Nikki juga harus berani untuk menonjolkan dirinya terutama dalam persembahan gabungan kerana itulah platform untuknya menonjolkan dirinya. Memberikan peluang kepada Eka Mairina untuk mencuri tumpuan adalah sesuatu yang harus dihindarkan dan tidak harus diulangi lagi. Persembahan berakhir dengan Nikki berada di hujung dan bukannya di tengah walaupun lagu tersebut adalah miliknya. Sayang sekali…

ARTIS SINGAPURA TERBAIK
Pemenang : AhliFiqir - Hari Ini Dalam Sejarah
Pilihan SM : AhliFiqir - Hari Ini Dalam Sejarah

Singapura telah pun berbangga dengan terhasilnya AhliFiqir sebagai Artis Singapura Terbaik. Pada penghujung bulan April kelak, Malaysia juga seharusnya berbangga kerana AhliFiqir tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik di AIM, anugerah industri muzik yang memartabatkan muzik Malaysia. Kemenangan AhliFiqir sememangnya sudah diduga kerana kehebatan mereka menjual muzik hip-hop mereka dengan baik sekali di rantau Malaysia khususnya.

ARTIS WANITA BARU TERBAIK
Pemenang : Nikki - Maharani
Pilihan SM : Adibah Noor - Terlalu Istimewa

Kegusaran saya menjadi kenyataan. Nikki menang kategori ini mengetepikan Adibah Noor, Sharifah Zarina, Eka Mairina dan Helena. Sekiranya dinilai berdasarkan album Maharani, Nikki merupakan calon terbaik untuk menang. Jika dinilai secara keseluruhan, pengalaman Adibah Noor masih mengatasi Nikki lebih jauh. Nikki harus menggunakan kemenangan ini untuk melihat lebih jauh lagi ke hadapan dan memperbaiki mana yang kurang agar kemenangannya tidak dipertikaikan. Walaupun gagal dicalonkan di AIM 13, kemenangan di peringkat rantau Singapura, Malaysia dan Indonesia sudah cukup memadai kerana skopnya lebih meluas. Oh ya ! Nikki merupakan satu-satunya calon Artis Wanita Baru Terbaik yang tidak mempunyai muzik video sewaktu pengumuman calon ditayangkan.

Persembahan 3 : M.Nasir
M.Nasir menampilkan sebuah lagu baru yang bertajuk Juita Citra Terindah. Sebagai seorang M.Nasir , saya sudah menjangkakan persembahannya akan menjadi sebegitu kerana beliau M.Nasir. Itu yang saya jangkakan. Sebuah persembahan yang penuh jiwa dan bertenaga dengan gerak-gerak penuh perasaan. Saya boleh katakan yang lagu tersebut agak cepat tertangkap di telinga. Menggunakan platform APM untuk mempromosikan lagu baru tersebut adalah strategi yang bagus.

LAGU PALING POPULAR
Pemenang : S1: Aduh Saliha : Mawi AF3
Pilihan SM : Aduh Saliha : Mawi AF3

Seperti yang sudah dijangkakan, Aduh Saliha pasti menggondol anugerah kategori Lagu Paling Popular. Namun demikian, M.Nasir sedikit terkeliru sewaktu memberikan ucapannya. Anda adalah pemenang untuk kategori Lagu Paling Popular ya, bukan Lagu Terbaik. Dunia dua kategori tersebut adalah berbeza. Tidak timbul soal siapa yang patut mengambil anugerah tersebut kerana tiada syarat khusus yang telah ditetapkan. Dan saya sudah dapat mengagak siapakah yang akan menang kategori Artis Lelaki Paling Popular.

KUMPULAN PALING POPULAR
Pemenang : G6: Peterpan
Pilihan SM : Peterpan

Nampaknya dominasi Malaysia untuk kategori popular dipecahkan oleh kumpulan dari Indonesia iaitu Peterpan. Peterpan bukan sekadar popular di Indonesia tetapi turut menempa nama di Malaysia dan Singapura. Bermula dengan lagu Mungkin Nanti, tiada mana-mana kumpulan dapat mengekang penguasaan Peterpan dalam pasaran muzik tempatan.

Persembahan 4 : Ello, Mawi dan Taufik Batisah
Ello telah menampilkan persembahan vokal yang lebih bercorak urban. Tidak ramai yang menyukainya. Khalayak Indonesia sememangnya meminati muzik sedemikian. Tidak mustahillah beliau popular di sana. Kekuatan utama Ello adalah persembahan vokalnya yang mantap. Taufik Batisah yang kini menjadi kegilaan rakyat Singapura dan sebahagian Johor terutamanya yang anti Mawi (ketawa) menampilkan kehebatan dalam aspek koreografi. Jeritan penonton Singapura sememangnya sudah dijangka. Seperti Mawi yang digilai di Malaysia, Taufik Batisah juga merupakan satu jenama kini di seberang Tambak Johor. Gerak pantas ala-ala Michael Jackson beliau tiada apa yang istimewa. Sama sahaja seperti Adam di Akademi Fantasia 2. Manakala kemunculan Mawi tidak begitu kuat jeritannya berbanding kemunculan Taufik Batisah. Mawi mendendangkan lagu Aduh Saliha dengan baik. Beliau nampak lebih selesa di atas pentas kerana lagu tersebut sudah beratus kali didendangkan. Kemuncak persembahan tersebut apabila Mawi dan Taufik Batisah digandingkan untuk lagu Gadis Melayu. Sebuah persembahan yang meledak ! Saya suka dengan gandingan mereka. Nampak macam adik dengan abang. Mereka nampak serasi berdua di atas pentas. Cara Mawi berinteraksi dengan Taufik Batisah juga memang cemerlang. Nampak Mawi selesa benar atas pentas tersebut. Nikki harus belajar dari Mawi tentang ini. Persembahan vokal Mawi dan Taufik Batisah boleh saya anggap sebagai saling melengkapkan antara satu sama lain. Kalau difikirkan dari aspek duit, vokal Mawi adalah untuk orang kampung dan kelas pertengahan manakala vokal Taufik lebih kepada kelompok urban. Kalau seorang peniaga yang mahu untung, mereka berdua harus digandingkan bersama untuk mengaut segala keuntungan dari orang kampung, kelas pertengahan dan kelompok urban. Vokal mereka mewakili dua kelompok pasaran yang berbeza dan seharusnya diberikan perhatian lebih-lebih lagi mereka memiliki fanatik yang sanggup menghabiskan duit kerana mereka semata-mata.

Persembahan 5 : Sharifah Zarina, Salma dan Gigi
Kalau persembahan ini perang vokal, Sharifah Zarina sudah menang kerana Salma gagal menampilkan persembahan vokal yang lebih baik berbanding Sharifah Zarina. Saya suka melihat bagaimana selesanya Sharifah Zarina di atas pentas. Beliau nampak begitu profesional menyiapkan persembahannya. Ternyata pengalamannya di dalam pertandingan di Malaysia membuahkan hasil. Salma membawakan lagu yang sama iaitu Langit Ke Tujuh tetapi tidak sampai dan Sharifah Zarina membawakan lagu tersebut lebih sedap. Persembahan bertenaga Gigi sememangnya sudah menjadi trend kumpulan tersebut. Dari satu hujung pentas ke satu hujung pentas Armand bergerak menguasai pentasnya. Lagi satu Thailand tiada dalam anugerah ini. Lagunya juga mungkin tentang perdamaian. Banyak kali juga perkataan tersebut disebut sambil tangannya menunjukkan isyarat PEACE ! Kalau sedap lain pula ceritanya, ini apa dia persembahkan pun saya tidak faham dan dengar dengan baik.

ARTIS LELAKI PALING POPULAR
Pemenang : M11: Taufik Batisah
Pilihan SM : Mawi AF3

Terkejut ? Saya juga terkejut. Saya sangkakan popularitinya sehingga seluruh rantau ini, tetapi sangkaan saya meleset. Kalau kalah di tangan Taufik Batisah apakah bilangan peminat Mawi kurang dari rakyat Singapura. SMS tersebut tidak lepas semalam di Karpet@15. Saya sendiri menjangkakan peminatnya akan berhabisan separuh mati untuk memastikan kemenangan Mawi. Selepas ini anugerah apa pula ? MTV Asia Awards ? Seharusnya kita tidak memandang rendah kepada peminat fanatik artis lain dan terus merasa selesa dengan kelompok sokongan yang kita ada. Jika dengan strategi yang betul dan perancangan yang teliti, pelbagai bentuk sokongan boleh dibentuk untuk memastikan kemenangan. Mungkin juga para peminat fanatik bukan Mawi telah bergabung dengan peminat fanatik Taufik Batisah di internet. Apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

ARTIS WANITA PALING POPULAR
Pemenang : F11: Siti Nurhaliza
Pilihan SM : Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza menang lagi ! Kisah percintaannya tidak sedikit pun menggugat popularitinya di rantau Asia Tenggara. Sewaktu mengambil anugerah itu, dua pasang mata bertemu kembali. Walaupun mereka saling cuba mengelak untuk bertentang mata. Siti Nurhaliza dan Fazley berpaling antara satu sama lain. Senyum pun tidak semacam menyembunyikan sesuatu. (ketawa) Datuk K pun Datuk K lah. Sudah itu pilihannya. Berbalik kepada kemenangan Siti Nurhaliza, ini merupakan kemenangannya yang ke enam untuk kategori paling popular dan sudah dua tahun tidak berjaya untuk kategori terbaik walaupun sebelum ini ia didominasi oleh Siti Nurhaliza. Mungkin rezeki Siti Nurhaliza untuk tahun hadapan kerana beliau ada album baru tahun hadapan.

Persembahan 6 : Ajai dan Nurul
Sudah banyak kali lagu ini dipersembahkan dan persembahan mereka semakin baik. Menyampaikan lagu ini juga strategi yang bagus untuk mempromosikan album baru mereka. Apa yang boleh saya katakan tentang lagu ini ialah ia sebuah lagu yang cepat tertangkap pada telinga saya. Semakin lama semakin saya menyukai lagu tersebut.

Persembahan 7 : Ratu
Tepuk kepala ! Saya lebih rela mendengar cd sahaja untuk lagu ini. Lagu Teman Tapi Mesra memang sedap di corong radio tetapi tidak apabila didendangkan secara langsung oleh Ratu. Dengan pakaian yang kurang sesuai atau lebih manis saya katakan menjolok mata, persembahan ini menjadi persembahan paling buruk di APM edisi kali ini.

DUO/KUMPULAN TERBAIK
Pemenang : Peterpan - Original Soundtrack Alexandria
Pilihan SM : Dewa - Laskar Cinta

Ada harapan album ini terpilih sebagai Album Indonesia Terbaik di AIM 13 kelak. Walaupun tekaan saya tersasar, ini membuktikan bahawa pengaruh populariti mampu juga menjadi yang terbaik sekiranya berada di landasan yang betul. (ketawa) Walaupun bukan Dewa yang menang, album Peterpan juga baik dari segi kualitinya dan saya harus memberikan peluang kepada album ini untuk bernafas.

ARTIS LELAKI TERBAIK
Pemenang : Marcell - Marcell Repackage
Pilihan SM : Marcell - Marcell Repackage

Tampil dengan fesyen rambut seperti Mawi, Marcell nampak lebih terurus kali ini. Imejnya nampak lebih profesional dan matang bersesuaian dengan konsep muziknya yang semakin meningkat dewasa. Walaupun Vince gagal dalam saingannya ia suatu perkembangan yang positif dalam industri muzik Malaysia walaupun album tersebut tidak tercalon dalam AIM 13. Ini membuktikan namanya sebaris dengan nama-nama besar seperti Marcell dan lain-lain lagi.

Persembahan 8 : Anuar Zain, Rossa, Marcell dan Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza tampil penuh eksklusif dengan sebuah lagu baru dari album yang khabarnya akan dipasarkan pada 1 April 2006 ini. Lagu bertajuk Biarlah Rahsia adalah sebuah ciptaan Melly dan liriknya adalah hasil nukilan Siti Nurhaliza sendiri. Persembahan vokal Siti Nurhaliza tidak boleh dipertikaikan kerana beliau dengan bersahaja telah berjaya membuat seluruh dewan senyap sunyi menyaksikan persembahannya. Saya tidak tahu, mungkin senyap sunyi kerana dari rumah saya dapat melihat senario tersebut. Setiap mata tertumpu untuk mendengar setiap patah lirik yang diluahkan oleh Siti Nurhaliza dengan penuh perasaan. Satu baris dari lirik lagu tersebut yang benar-benar menyentuh perasaan saya ialah “pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…” yang menjadi permulaan dan penamat lagu tersebut. Ia cukup simbolik. Marcell pula menampilkan persembahan vokal yang bagus tetapi sebuah lagu yang kurang popular pada penonton. Beliau selayaknya dinobatkat sebagai Artis Lelaki Terbaik. Rossa muncul dengan lagu yang popular di sini iaitu Pudar. Sebuah persembahan yang biasa dari Rossa. Kemunculan bekas penyanyi lelaki paling popular sememangnya dinanti-nantikan. Saya tertunggu juga apakah lagu yang akan beliau dendangkan. Kini, sudah sampai masanya untuk Anuar Zain mencari material terbaru untuk koleksi-koleksi lagunya. Membawakan lagu Permata adalah satu idea yang jauh terkebelakang dari kebanjiran artis-artis baru yang lahir dewasa ini. Lagu gabungan yang didendangkan oleh semua artis juga semacam tidak begitu popular pada penonton.

Persembahan 9 : Dayang Nurfaizah dan Tam Spider
Dayang Nurfaizah memulakan persembahan dengan lagu Layar Impian. Saya sudah mengharapkan persembahan ini akan menjadi persembahan terbaik di APM. Sayang sekali apabila tertera perkataan keramat ini di peti televisyen.

Signal Lost Detected !

Tam Spider kembali dengan sebahagian lagu Mantera Semerah Padi dendangan asal M.Nasir dan Nur Nilam Sari dendangan asal Awie. Sakit betul hati saya apabila ini terjadi. Lebih-lebih apabila sebuah pengiktirafan sedang diberikan untuk sebuah anugerah utama.

ANUGERAH KHAS APM
Pemenang : Loloq

Saya berbangga kerana seorang penulis diangkat untuk menerima Anugerah Khas APM kali ini. Loloq seorang yang cakap lepas, tetapi cakap lepasnya bernas. Beliau seorang yang emotional lebih-lebih lagi dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Sebelum menulis beliau mengkaji sesuatu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Pengalamannya yang luas membolehkan beliau mempergunakannya untuk menyerlahkan daya kreativitinya melalui penulisan lirik. Dalam memberikan sesuatu yang indah pada bahasa, beliau tidak melupakan untuk menyuntik elemen kontemporari pada setiap lirik yang ditulis. Kata Loloq lagi, kalau nak hidup, ayat mesti power ! Kerjanya hanya menjual ayat.

ALBUM TERBAIK SINGAPURA
Pemenang :Hari Ini Dalam Sejarah - AhliFiqir
Pilihan SM : Hari Ini Dalam Sejarah - AhliFiqir

Mujur album ini menang di APM dalam kategori ini. Sememangnya album ini antara album yang terbaik pernah saya dengar dari aspek muzik dan produksinya. Saya sukakan muzik-muzik sebegini tetapi tidak kesemua lagu menjadi kesukaan saya. Saya lebih gemarkan muzik yang lebih ballad. Muzik dari AhliFiqir lebih moden dan elemen hip-hop yang terlampau. Yang lebih menarik apabila salah seorang ahli kumpulan AhliFiqir berkata “Semoga kepala kami tidak besar lepas menerima anugerah sebesar ini.” Macam kata Loloq, ayat mesti power !

Persembahan 10 : Ferhad, Syed Azmir dan Jaclyn Victor
Ferhad memulakan persembahan dengan lagu Dealova. Tiada apa yang istimewa dalam persembahan tersebut. Persembahan vokal Ferhad pun tidak cukup mantap untuk menyanyikan lagu Dealova. Syed Azmir membawakan lagu keramat kegemaran saya Menanti Sebuah Jawapan. Siapa Syed Azmir ? Vokal beliau juga belum cukup kuat untuk membawakan lagu tersebut. Banyak yang sumbang. Gemilang versi Jaclyn Victor juga agak mendatar kerana tidak cukup memberikan impak kepada penonton. Lagi pun ia adalah versi pendek. Gabungan artis membawakan lagu Yang Terbaik Bagimu dan Cinta. Saya akui Cinta versi Jaclyn Victor amat mengagumkan !

LAGU TERBAIK
Pemenang : Dealova - Original Soundtrack Dealova - Once
Pilihan SM : Menanti Sebuah Jawaban - Padi

Dealova oleh Once muncul sebagai pemenang. Saya sedikit kecewa kerana saya suka dengan lagu Menanti Sebuah Jawaban oleh Padi. Saya boleh simpulkan bahawa lagu yang baik bertunjangkan nukilan yang baik juga. Dealova dan Menanti Sebuah Jawaban menepati syarat-syarat tersebut. Mungkin pula ada peluang untuk Biarlah Rahsia tahun hadapan ?

ARTIS WANITA TERBAIK
Pemenang : Jaclyn Victor - Gemilang
Pilihan SM : Rossa - Kembali

Kemenangan Jaclyn Victor menerusi album Gemilang benar-benar mengejutkan saya. Saya lebih merasakan album Rossa lebih baik produksinya dari album Gemilang. Tetapi kerana semangat patriotik yang unggul, saya harus memberikan sokongan kepada artis Malaysia. Semoga Jaclyn Victor akan terus mekar dalam industri muzik tempatan dan terusan menghasilkan album-album yang bermutu.

ALBUM TERBAIK
Pemenang : Senyawa - Chrisye
Pilihan SM : Senyawa - Chrisye

Senyawa bukan album yang popular tetapi yang terbaik. Anugerah Planet Muzik 2006 tamat begitu sahaja. Tiada apa yang istimewa kecuali Biarlah Rahsia. Sebuah album yang saya nanti-nantikan. Biarlah Rahsia boleh saya sifatkan sebuah lagu berhantu yang penuh dengan makna dari hati Siti Nurhaliza untuk peminatnya, wartawan, Datuk K, Dr. Fazley atau Datuk Sharifah Aini.

Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza
pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlaku
tak siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
tak kan ku melupakan
tiada pertimbangan
**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
**
keheningan malam membalutkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
***
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
oooooo
***
dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…Nota : Bait lirik “pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku…” penuh simbolik dan penuh makna sekali. Sekurang-kurangnya aku sudah berada di sini. Engkau bermimpi pun belum pernah untuk sampai di sini seperti aku. Mimpi pun tidak pernah, apa tah merasa kebenarannya. Perrrghhhh…Ayat Power !

Pilihan sultanmuzaffar Special Mention !
1. Biarlah Rahsia - Siti Nurhaliza
2. Juita Citra Terindah - M.Nasir
3. Gadis Melayu - Mawi dan Taufik Batisah
4 Cinta - Jaclyn Victor
5. Cinta Abadi - Vince dan Eka Mairina
6. Langit Ke Tujuh - Sharifah Zarina
7. Layar Impian - Dayang Nurfaizah
8. Aduh Saliha - Mawi
9. Jatuh - Adam
10. Caramu - Nikki, Adam, Vince dan Eka Mairina

Ulasan Mulut Jahat :)
Seorang rakyat Singapura yang berpandangan terbuka : Pujangga Malam

Nostradamus Anugerah Planet Muzik 2006

Nostradamus Anugerah Planet Muzik 2006
The Max Pavilion, Singapore ExpoJangan lupa saksikan siaran langsung yang akan dibawakan oleh ASTRO Ria pada hari Jumaat, 24 Mac ini pada jam 8.30 malam. Antara bintang yang akan membuat persembahan ialah Siti Nurhaliza, Nikki, Mawi, Adam AF2 dan lain-lain lagi.

Calon Kategori Terbaik

1. ARTIS LELAKI BARU TERBAIK
Adam - Adam
Ady - Dari Hati Untuk Cinta
Ello - Ello
Mike - Mike
Shanon - Dilanda Cinta

Kehebatan dua artis Malaysia untuk tersenarai dalam kategori ini agak membanggakan. Shanon terpilih dengan album underdog yang agak sukar didapati di pasaran iaitu Dilanda Cinta, manakala Adam mempertaruhkan album solo pertamanya, Adam. Namun demikian, kedua-dua bintang tersebut gagal tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik AIM 13. Mike dari Indonesia adalah bintang ciptaan Indonesian Idol dan dilihat sebagai calon yang mampu memberikan saingan sengit untuk memenangi kategori ini. Ello pula berkemampuan untuk pulang dengan anugerah ini kerana memenangi kategori Album Terbaik dan Pendatang Baru Terbaik di Anugerah Muzik Indonesia 2005.

Pilihan 1 : Ello - Ello

2. ARTIS WANITA BARU TERBAIK
Adibah Noor - Terlalu Istimewa
Eka Mairina - Untukmu Selamanya
Helena - Keajaiban Cinta
Nikki - Maharani
Sharifah Zarina - Sharifah Zarina

Naluri hati saya mengatakan yang anugerah kategori ini bakal dibawa pulang oleh artis Malaysia. Saingan sengit bakal berlaku antara Nikki dengan album Maharani dan Adibah Noor melalui album Terlalu Istimewa. Di sini kita melihat bahawa tiada nama Jaclyn Victor dalam kategori ini kerana Gemilang merupakan albumnya yang kedua. Kalau dinilai berdasarkan pandangan juri AIM 13, nampaknya saingan bakal berlaku antara Adibah Noor dan Sharifah Zarina kerana mereka tercalon dalam kategori Artis Baru Terbaik AIM 13. Saya memilih Adibah Noor dengan album Terlalu Istimewa untuk menang kategori ini kerana saya sukakan muzik dalam album tersebut. Persembahan vokal Adibah Noor lebih pelbagai dan terserlah dalam album tersebut berbanding vokal dalam album Nikki.

Pilihan 1 : Adibah Noor - Terlalu Istimewa

3. DUO/KUMPULAN BARU TERBAIK
AhliFiqir - Hari Ini Dalam Sejarah
J-Rocks - Topeng Sahabat
Maliq & D’Essentials - 1st
Saykoji - Saykoji
Tangga - Tangga

Berdasarkan populariti, nama AhliFiqir dengan album Hari Ini Dalam Sejarah dilihat sebagai calon utama untuk menang kategori ini. Jangan dilupakan Tangga dengan album Tangga kerana mereka pernah tercalon dalam kategori Album Terbaik di AMI 2005. Saingan sengit datang daripada Saykoji dengan album tajuk yang sama. Mereka adalah pemenang untuk kategori Artis Hip-Hop/R&B /Duo/Berkumpulan Terbaik. Saya nampak Tangga ada kelebihan besar untuk menang kategori ini.

Pilihan 1 : Tangga - Tangga

4. ARTIS LELAKI TERBAIK
Awie - Santai
Jai - Atas Dasar Cinta
Marcell - Marcell Repackage
Vince - Janji Vince

Persoalan pertama timbul apabila melihat hanya ada empat calon sahaja dalam kategori ini berbanding kategori-kategori yang lain. Apakah tiada calon artis lelaki dari tiga negara yang layak untuk menduduki tempat kosong kelima dalam kategori ini ? Awie turut tercalon dalam AIM 13 menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki). Walaupun nama Vince menerusi album Janji Vince tidak kelihatan dalam senarai AIM 13, beliau bertuah kerana tercalon di APM 2006. Saya melihat Marcell mampu membawa pulang anugerah ini dan menerima saingan sengit dari Awie dan Vince. Tidak mustahil sekiranya Awie mampu membuat kejutan.

Pilihan 1 : Marcell - Marcell Repackage

5. ARTIS WANITA TERBAIK
Audy - 2002 Repackage
Jaclyn Victor - Gemilang
Kris Dayanti - Cahaya Repackage
Rossa - Kembali
Titi DJ - Melayani Hatimu

Saya terfikir apakah album Repackage kini merupakan trend muzik rantau ini sekarang ? Banyak artis yang tercalon mempunyai album bertajuk Repackage. Pilihan saya untuk kategori ini ialah Rossa menerusi album Kembali walaupun bakal menerima saingan yang sengit dari Kris Dayanti dengan album Cahaya Repackage. Jangan pandang sebelah mata dengan kemampuan Jaclyn Victor kerana mampu untuk memboloskan dirinya dalam kelompok bintang Indonesia. Itu pun mungkin kerana Siti Nurhaliza tiada album baru.

Pilihan 1 : Rossa - Kembali

6. DUO/KUMPULAN TERBAIK
Dewa - Laskar Cinta
Project Pop - Pop Circus
Padi - Padi
Peterpan - Original Soundtrack Alexandria
Radja - Langkah Baru

Kita tengok di mana kumpulan-kumpulan terbaik mahu pun popular Malaysia ? Ini baru namanya persaingan yang betul-betul persaingan. Kita meletakkan persaingan turut dibuka kepada kumpulan Indonesia. Nescaya mereka akan mendominasi pencalonan. Kalau sekadar berani membuka peluang untuk artis Singapura, itu belum dinamakan persaingan yang positif. Saya memang menggemari kumpulan Dewa dan album Laskar Cinta merupakan taruhan terbaik Dewa untuk menang kategori ini. Saingan sengit datang dari kumpulan Padi.

Pilihan 1 : Dewa - Laskar Cinta

7. LAGU TERBAIK
Cinta - Intuisi - Melly feat Kris Dayanti
Dealova - Original Soundtrack Dealova - Once
Gemilang - Gemilang - Jaclyn Victor
Menanti Sebuah Jawaban - Padi
Yang Terbaik Bagimu - Heaven Of Love - Ada Band feat. Gita Gutawa

Sekali lagi syabas buat Aubrey Suwito kerana mampu memboloskan dirinya untuk kategori Lagu Terbaik. Namun demikian, saya meletakkan harapan agar Menanti Sebuah Jawaban oleh Padi menang kategori ini. Saya menyifatkan lagu tersebut lebih baik dari Gemilang. Saingan sengit bakal berlaku antara Menanti Sebuah Jawaban dan Dealova oleh Once.

Pilihan 1 : Menanti Sebuah Jawaban - Padi

8. ALBUM TERBAIK
Dayang Sayang Kamu - Dayang Nurfaizah
1st - Maliq & D’Essentials
Gemilang - Jaclyn Victor
Original Soundtrack Alexandria - Peterpan
Senyawa - Chrisye

Terkejut benar saya melihat Dayang Sayang Kamu tersenarai dalam kategori ini. Bukanlah kerana tiada langsung sifat patriotik yang produk Malaysia semuanya hancur. Kalau album ini bagus dan diiktiraf dalam APM oleh juri-juri dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, mengapa juri dari Malaysia langsung tidak memandang album tersebut di sini ? Saya katakan album Senyawa oleh Chrisye lebih berpeluang untuk membawa pulang anugerah tersebut. Kalau Gemilang yang menang, sudah pasti ada peluang untuk Gemilang menyerlah di AIM 13.

Pilihan 1 : Senyawa - Chrisye

9. ARTIS SINGAPURA TERBAIK
AhliFiqir - Hari Ini Dalam Sejarah
Eka Mairina - Untukmu Selamanya
Hetty Sarlene - The Best of Hetty Sarlene
Jai - Atas Dasar Cinta
Salma - Irama Rindu

Pilihan 1 : AhliFiqir - Hari Ini Dalam Sejarah

10. LAGU TERBAIK SINGAPURA
Angguk-Angguk Geleng-Geleng - Hari Ini Dalam Sejarah - AhliFiqir feat. Mia
Cinta Abadi - Untukmu Selamanya - Eka Mairina feat. Iskandar
Irama Rindu - Irama Rindu - Salma
Ladidadida - Untukmu Selamanya - Eka Mairina
Terbongkar Rahsia - Ikhlas - Azyza

Pilihan 1 : Angguk-Angguk Geleng-Geleng - Hari Ini Dalam Sejarah - AhliFiqir feat. Mia

11.ALBUM TERBAIK SINGAPURA
Atas Dasar Cinta - Jai
Hari Ini Dalam Sejarah - AhliFiqir
Irama Rindu - Salma
Untukmu Selamanya - Eka Mairina

Pilihan 1 : Hari Ini Dalam Sejarah - AhliFiqir

Calon Kategori Popular

1. ARTIS LELAKI PALING POPULAR
M1: Adam AF2
M2: Ari Lasso
M3: Delon
M4: Ello
M5: Fuad Rahmad
M6: Glenn
M7: Hazami
M8: Hattan
M9: Jamal Abdillah
M10: Mawi AF3
M11: Taufik Batisah
M12: Zainal Abidin

Setelah para peminatnya berhempas-pulas mengundi untuk Mawi, agak sukar untuk saya menidakkan peluang Mawi memenangi kategori ini. Kalau ada pun yang mampu menandingi Mawi ialah tiada siapa kerana nama Mawi begitu kukuh pada waktu sekarang. Lagi pun kategori ini adalah kategori populariti dan melibatkan undian peminat. Mawi pasti pulang dengan trofi tersebut.

Pilihan 1 : Mawi AF3

2. ARTIS WANITA PALING POPULAR
F1: Azharina
F2: Audy
F3: Dayang Nurfaizah
F4: Eka Mairina
F5: Hetty Sarlene
F6: Kris Dayanti
F7: Melly Goeslaw
F8: Misha Omar
F9: Ning Baizura
F10: Rossa
F11: Siti Nurhaliza
F12: Shanty

Ada yang mengatakan namanya semakin merudum. Saya melihat namanya semakin kukuh baik untuk kategori terbaik mahu pun yang melibatkan undian populariti. Siti Nurhaliza walaupun tanpa album baru dan hanya berbekalkan sebuah single bersama Too Phat masih mampu untuk mengekalkan anugerah tersebut di tangannya.

Pilihan 1 : Siti Nurhaliza

3. KUMPULAN PALING POPULAR
G1: AhliFiqir
G2: Gerhana Ska Cinta
G3: Gigi
G4: Lovehunters
G5: Padi
G6: Peterpan
G7: Radja
G8: Ruffedge
G9: Sheila On 7
G10: Spider
G11: Slank
G12: V.E.

Populariti semasa menunjukkan Radja bakal membawa pulang anugerah tersebut. Tetapi pengundian melibatkan tiga negara. Ada peluang untuk Peterpan untuk memintas kerana selain popular, mereka juga yang terbaik di Indonesia. Peterpan berjaya membawa pulang tujuh anugerah dari sebelah pencalonan di Anugerah Musik Indonesia (AMI) 2005.

Pilihan 1 : Peterpan

4. LAGU PALING POPULAR
S1: Aduh Saliha : Mawi AF3
S2: Angguk-Angguk Geleng-Geleng : AhliFiqir feat Mia
S3: Ada Apa Denganmu : Peterpan
S4: Cinta : Melly & Kris Dayanti
S5: Di Celah Gigi : Zoul
S6: Dua Dunia : Too Phat feat. Siti Nurhaliza
S7: Elegi Sepi : Azharina
S8: Langit Ke-7: Sharifah Zarina
S9: Mungkin Nanti : Peterpan
S10: Menanti Sebuah Jawaban : Padi
S11: Pudar : Rossa
S12: Tentang Dia : Melly & Evan

Kalau Mawi menang kategori Artis Lelaki Paling Popular, tentunya peluang untuk Aduh Saliha dendangannya juga menang kategori Lagu Paling Popular. Kalau ada pun kejutan, mungkin dari lagu Dua Dunia (Too Phat feat Siti Nurhaliza) atau lagu Mungkin Nanti (Peterpan). Lagu Menanti Sebuah Jawapan oleh Padi walaupun memenangi kategori Lagu Alternatif Terbaik dan Susunan Muzik Alternatif Terbaik di AMI 2005 belum mampu menandingi lagu-lagu seperti Aduh Saliha dan Dua Dunia yang lebih popular di kalangan pendengar.

Pilihan 1 : Aduh Saliha : Mawi AF3

nota : mood hari ini : puas