Category Archives for akademi fantasia 6

Stacy Juara di Pentas Akhir Akademi Fantasia 6

Sedang Dikemaskinikan. Sila refresh…

Raptai penuh minggu ini berlangsung lebih gah. Kemeriahan pentas akhir dirasai. Tugasan dilakukan dengan baik. Nantikan pelbagai kejutan yang dirancang. Pasti menarik! Semuanya dapat ditonton dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104).Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan di Konsert Akhir AF6:

NUBHANBukan Di Sini (Sofaz)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Nampaknya tiada “angsa” dalam persembahan Nubhan di Konsert Akhir. Namun oleh kerana Nubhan tidak begitu pandai menari, dia kelihatan agak kekok di atas pentas. Saya nampak keyakinan terpancar dalam persembahannya. Nubhan bernasib baik kerana mendapat lagu yang sedap dan saya berpendapat beliau telah memberikan keadilan kepada lagu ini.

Aku Ada Untukmu (Lagu Baru)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Saya yakin lagu ini akan melonjak dalam Carta ERA dengan pantas. Kami di AWANI sedang demam lagu ini. Kalau pasang kuat-kuat pun tiada siapa yang marah. Itulah penangan lirik nukilan Abie Abdullah. Melihat persembahan Nubhan dalam lagu ini saya yakin yang sekiranya beliau yakin dengan dirinya dia mampu membuat perubahan dalam dirinya. Penghayatannya untuk lagu ini amat baik dan saya benar-benar terpegun dengan nyanyiannya. Vokalnya amat merdu dan beliau telah berjaya meyakinkan pengundinya di minggu akhir ini. Saya sedikit terganggu dengan drama di atas pentas yang menyebabkan Nubhan perlu berinteraksi bersama mereka. Saya hanya mahu mendengar Nubhan menyanyi dan menyampaikan lirik lagu tersebut dengan menusuk ke setiap penonton.

Lirik Aku Ada Untukmu

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Lagu : Zeti Akmar
Lirik : Abie Abdullah

RIZ11 Januari (Gigi)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Saya suka dengan susunan muzik orkestra lagu ini dan ia telah menjadikan nyanyian Riz berbeza dari penyanyi asalnya. Riz telah berjaya menyerlahkan keupayaan vokalnya dalam lagu ini juga di beberapa bahagian Riz telah membuat beberapa ad-lib. Sedikit kekurangan Riz ialah apabila terlalu menumpukan kepada nyanyian vokal sahaja hingga beliau terlupa untuk menyuntik penghayatan pada lagu tersebut. Sedikit penghayatan akan memberikan persembahannya sebuah persembahan yang lebih diingati.

Hanya Sandiwara (Lagu Baru)
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

Sayang sekali Riz tidak mendapat lagu yang lebih mesra di telinga penonton. Saya lihat persembahannya seperti ada yang tidak kena. Nadi nyanyiannya seperti tidak masuk dengan alunan melodi lagu tersebut. Nyanyiannya Riz tidak begitu bertenaga dan jiwa jazz pada lagu tersebut tidak sampai kepada saya.

TOICinta Zulaikha (Mawi)
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

Toi membuka gelanggang Akhir Akademi Fantasia 6 membawakan lagu Cinta Zulaikha oleh Mawi. Aura Mawi memang benar-benar kuat untuk Toi yang kebetulan berasal dari negeri yang sama. Toi juga mencipta sejarah apabila menjadi pelajar pertama telah berkahwin yang mara ke akhir. Banyak juga sejarah yang telah Toi cipta. Sebenarnya saya agak berpuas hati dengan nyanyiannya kali ini, cuma persembahannya di Konsert 9 lebih baik berbanding lagu ini. Kemunculan isterinya di penghujung persembahan tidaklah begitu mengejutkan setelah dari awal hanya Marsha dan Noni yang mengiringi persembahannya.

Paling Terindah (Lagu Baru)
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

Persembahan kedua Toi juga cukup baik. Lebih baik dari persembahan pertamanya. Kali ini Toi nampak lebih bertenaga dan beliau bernasib baik kerana lagunya lebih mesra di telinga penonton. Terdapatnya peningkatan mutu vokal yang agak ketara berbanding minggu-minggu lepas. Satu perkara yang paling mengjengkelkan berlaku apabila penonton mengejek komen-komen yang diberikan oleh Adlin Aman Ramlie menyebabkan beliau agak berang. Sewajarnya Adlin menghindarkan dirinya dari diperangkap penonton yang tidak “siuman” itu kerana Adlin berada di depan kaca TV.

NADIAAku Lebih Tahu (Mila AF5)
Perkembangan: HAMPIR BERSEDIA

Nadia merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat kedua-duanya lagu yang agak rancak. Namun demikian, momentum persembahannya terus terkawal dan beliau cukup bertenaga untuk terus memberikan sebuah persembahan yang mantap. Satu kekurangan Nadia adalah beliau perlu mencari variasi dalam persembahannya kerana setiap minggu persembahannya cepat membosankan.

Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Kekuatan lagu ini adalah showmanshipnya. Persembahan Nadia banyak dibantu oleh pergerakannya di atas pentas yang nampak begitu berkeyakinan. Di dalam stadium saya kurang mendengar apa yang disampaikan oleh beliau. Satu yang menarik adalah formasi koreografi yang cukup kreatif saya rasa. Nadia telah memberikan satu persembahan yang bertenaga dan keyakinannya cukup. Nadia sewajarnya berada di tangga ketiga atau keempat, tetapi bukan tangga kelima.

STACYAtas Nama Cinta (Rossa)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Sebuah persembahan lagu balada yang diberikan jiwanya yang tersendiri oleh Stacy. Saya kagum dengan kawalan vokalnya dan penghayatan diberikan sepenuhnya kepada lagu tersebut. Aspek lakonan yang ditampilkan cukup sesuai dengan persembahan Stacy. Lebih-lebih lagi sewaktu kejutan Awal yang datang kepadanya di penghujung persembahan. Stacy tidak sedikit pun nampak terganggu walaupun ia berlaku secara mengejut. Itulah bakat superstar yang lahir semulajadi dalam dirinya.

Aku Stacy (Lagu Baru)
Perkembangan: SUDAH BERSEDIA

Stacy menutup kegemilangan Konsert Akhir AF6 dengan lagu yang berbunyi agak “self-centered” iaitu Aku Stacy ! Pedulikan semua itu kerana Stacy telah memberikan sebuah persembahan yang WOW ! Apabila menonton di TV dan berada di stadium ternyata terlalu banyak bezanya dan vokalnya cukup jelas walaupun persembahannya diiringi dengan gerak tarian yang cukup menyukarkan. Persis seorang superstar Stacy nampak begitu selesa dengan lagu tersebut dan beliau sendiri menyukai lagu sebegitu. Inilah superstar yang kita cari-cari !

Nantikan kemunculan ’superstar’ baru, JUARA AF6. Semuanya akan terjawab dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia 6 jam 9 malam ini, hanya di Astro Ria (Saluran 104).

Ulasan :
Inilah malamnya. Saya meletakkan harapan agar Stacy menjadi Juara. Melihatkan persembahannya semalam memang agak mengagumkan. Begitu juga Nubhan yang telah memberikan satu persembahan yang meyakinkan. Cuma takut di pentas yang lebih besar angsa Nubhan terlepas dari rebannya. Persembahan Toi adalah sekadar pelengkap sahaja. Berbeza dengan Nadia yang tidak kurang hebatnya, begitu juga Riz.

Saya akui Riz akan mampu menyerlah dan mengaut undian SMS yang banyak apabila membawakan lagu 11 Januari. Manakala Nubhan saya tertarik dengan lagu barunya dan nyanyiannya benar-benar dihayati sepenuhnya. Stacy saya lebih tertarik dengan persembahan lagu barunya, Aku Stacy. Manakala Nadia saya lebih sukakan beliau membawakan lagu Aku Lebih Tahu dan Toi saya tidak begitu menumpukan perhatian saya terhadapnya.

Ramalan SM
Juara : Stacy
Naib Juara : Riz
Tempat Ketiga : Nubhan
Tempat Keempat : Nadia
Tempat Kelima : Toi

Keputusan Akademi Fantasia 6
Juara : Stacy
Naib Juara : Riz
Tempat Ketiga : Nubhan
Tempat Keempat : Toi
Tempat Kelima : Nadia

Persembahan Pilihan SM
1. Stacy - Atas Nama Cinta 10/10
2. Nubhan - Aku Ada Untukmu 10/10
3. Stacy - Aku Stacy 10/10
4. Riz - 11 Januari 9/10
5. Nadia - Karut Lagi Mengarut 8/10
6. Nadia - Aku Lebih Tahu 8/10
7. Nubhan - Bukan Di Sini 7/10
8. Riz - Hanya Sandiwara 7/10
9. Toi - Panahan Asmara 7/10
10. Toi - Cinta Zulaikha 6/10

Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF5 - 6.6 juta
Jumlah Keseluruhan Undian SMS AF6- 3.8 juta
Jumlah Undian Konsert Akhir AF6 - 879,000

Kedudukan Peratus Undian SMS
Stacy - 43%
Riz - 18%
Nubhan - 14%
Toi - 13%
Nadia - 13%

Stacy berjaya memenangi hadiah bernilai RM733,734 setelah muncul sebagai Juara AF6, manakala Riz yang muncul sebagai Naib Juara berjaya mengumpul hadiah yang bernila RM96,076. Nubhan yang berada di kedudukan ketiga berjaya memenangi hadiah yang bernilai RM21,199, manakala Toi berjaya menggondol hadiah bernilai RM9,199 dan Nadia di tempat kelima dengan hadiah bernilai RM7,199.

Nota : Sedang dikemaskinikan ialah gambar sekitar BBQ AF6 yang diadakan pada hari Ahad pukul 2 petang di Akademi Fantasia, Shah Alam sejurus selepas majlis penyerahan kembali pelajar AF6 kepada keluarga masing-masing. Saya masih ingat lagi sewaktu hari penyerahan semula pelajar AF4 di mana satu Akademi habis basah kerana bermain pistol air bersama tenaga produksi, Cikgu Fadzley dan para pelajar. Memang happening musim tu !

Carta Populariti Youtube AF6 (setakat Isnin, 4 pagi)
1. Stacy - Aku Stacy - 16,671
2. Nubhan - Aku Ada Untukmu - 13,605
3. Stacy - Atas Nama Cinta - 10,225
4. Nubhan - Bukan Di Sini - 7,314
5. Toi - Panahan Asmara - 4,329
6. Nadia - Kalut Lagi Mengarut - 4,075
7. Nadia - Aku Lebih Tahu - 3,320
8. Riz - Hanya Sandiwara - 2,047
9. Riz - 11 Januari - 1,945
10. Toi - Cinta Zulaikha - 1,686

Siapa American Idol Season 7 ? David Archuleta !

Ulasan Akademi Fantasia ? Apa itu Akademi Fantasia ? hahaha !

Saya sempat menonton American Idol Season 7 Finale yang disiarkan sebentar tadi. Apabila menonton persembahan David Archuleta, saya benar-benar terpegun dengan nyanyian. Baik untuk lagu Don’t Let The Sun Go Down On Me hinggalah ke lagu barunya, In This Moment semuanya disampaikan dengan cemerlang. Benar sekali kata Simon Cowell yang persembahan David Archuleta memberikan pukulan KO untuk David Cook.

Saya sempat mengingati kembali kali pertama saya menonton persembahan Archuleta sewaktu sesi ujibakat. Persembahannya di Hollywood mengundang SMS yang kalau boleh tidak mahu saya ingati lagi, tetapi ia tetap kembali menjelma.

Hari ini Archuleta menyampaikan lagu Don’t Let The Sun Go Down On Me yang boleh saya sifatkan sebuah persembahan yang jujur dan nyanyiannya amat baik sekali. Tidak mampu diucapkan dengan kata kerana ianya terlalu indah. Lagu tersebut menjadi amat indah di tangan Archuleta.

Lirik “Don’t Let The Sun Go Down On Me”
I can’t light no more of your darkness
All my pictures seem to fade to black and white
I’m growing tired and time stands still before me
Frozen here on the ladder of my life
Too late to save myself from falling
I took a chance and changed your way of life
But you misread my meaning when I met you
Closed the door and left me blinded by the light

Don’t let the sun go down on me
Although I search myself, it’s always someone else I see
I’d just allow a fragment of your life to wander free
But losing everything is like the sun going down on me

I can’t find, oh the right romantic line
But see me once and see the way I feel
Don’t discard me just because you think I mean you harm
But these cuts I have they need love to help them heal

Sebenarnya saya agak sibuk minggu ini. Saya baru kembali dari Singapura kerana menonton P.Ramlee The Musical di sana. Kembalinya dari sana, saya perlu menghadiri dua sesi kelas yang perlu saya habiskan sebelum menjelang Jun. Wajib ! Lagipun ada banyak blog yang masih menjalankan tanggungjawab mereka dengan gigih mengemaskini tentang Akademi Fantasia.

Esok, jika tiada aral saya akan mengemaskinikan tentang P.Ramlee The Musical di The Esplanade Singapura. Ada banyak cerita menarik di belakang tabir yang berlaku di sana. Yang pastinya watak P.Ramlee yang dipegang oleh Musly Ramlee benar-benar mengejutkan dan kini telah lahir sebutir lagi bintang dalam dunia teater Malaysia. InsyaAllah.

Kemaskini 10.30 pagi
David Cook
memenangi gelaran American Idol Season 7 dan mengalahkan David Archuleta apabila menerima undian lebih 12 juta !

Lagu Tugasan Minggu 9 Akademi Fantasia 6

PELAJAR LELAKI
Nubhan : Tapi Bukan Aku (Kerispatih)
Riz : Rock Around The Clock (Bill Haley)
Stanly : Kerana (Alleycats)
Toi : Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)

PELAJAR WANITA
Nadia : Lelaki Buaya Darat (Ratu)
Stacy : Beat It (Michael Jackson)

LAGU BONUS (DUET)
Ada Cinta ( Acha / Irwansyah ) - Nubhan / Stacy
Endless Love (Luther Vendross / Diana Ross) - Riz / Nadia
Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi/M Nasir) - Toi / Stanly

Minggu kesembilan merupakan minggu yang paling kritikal untuk setiap pelajar yang masih kekal. Minggu inilah merupakan minggu terakhir sebelum melangkahkan kaki ke Konsert Final. Seperti musim-musim yang terdahulu Sahri, Mas, Yazer, Amirul dan Shawal merupakan pelajar yang terlepas peluang untuk beraksi di Konsert Final apabila mereka tersungkur di anak tangga terakhir.

Dalam Akademi Fantasia 6, nampaknya persaingan pelajar tidak jauh bezanya. Minggu ini juga merupakan medan peperangan di kalangan kelab peminat untuk memastikan pelajar kegemaran mereka berjaya untuk meneruskan perjuangan di minggu 10.

Jika dilihat pada keputusan minggu kelapan, nampaknya kedudukan Nadia agak goyah. Walaupun Nadia memberikan persembahan yang baik, bakatnya tidak begitu menyerlah di mata pengundi. Mungkin penonton hanya gemar untuk melihat persembahannya tetapi tidak mengundinya.

Jika dinilai pada lagu bonus, nampaknya pasangan Nubhan & Stacy diberikan sebuah lagu yang agak popular dan disenangi di telinga penonton. Sama situasinya apabila Mila & Ebi mendapat lagu My Heart musim lepas. Peluang untuk kedua-dua pelajar ini meneruskan persaingan mereka agak cerah. Begitu juga pasangan Riz dan Nadia yang telah diberikan pasangan yang agak popular iaitu Riz. Berbekalkan lagu yang agak sedap seperti lagu Endless Love, pastinya memberikan sedikit kelebihan buat Nadia. Diharapkan…

Sementara itu, pasangan Toi dan Stanly diberikan lagu killer iaitu lagu M.Nasir dan Mawi. Memang sukar untuk membawakan lagu tersebut jika ada yang tidak kena atau pasangan yang tidak serasi. Saya nampak hanya M.Nasir dan Mawi sahaja yang mampu membawakan lagu tersebut dengan baik tetapi tidak pasangan-pasangan yang lain. Ini secara tidak langsung memberikan sedikit kegusaran buat pasangan ini untuk meneruskan cabaran mereka. Salah seorang dari mereka mungkin akan tersingkir.

Dilihat pula pada lagu tugasan individu mereka, Toi mendapat lagu yang amat sukar dan tinggi. Sekaligus mengurangkan lagi peluangnya untuk menyerlah sekiranya gagal membawakan lagu tersebut dengan baik.

Nubhan mendapat lagu yang lebih selamat, begitu juga dengan Riz yang saya lihat mampu untuk memberikan sebuah persembahan yang bertenaga untuk menebus kembali kegagalannya minggu lepas.

Minggu ini Stanly mendapat sebuah lagu rayuan iaitu Kerana yang mungkin membuatkan penonton berusaha untuk menyelamatkannya.

Sekiranya ada dua penyingkiran, Toi dan Stanly merupakan pilihan saya.

Tidak untuk Stacy dan Nadia kerana kedua-duanya telah menunjukkan peningkatan dan pernah memberikan persembahan yang cemerlang.

Dilihat pada lagu tugasan mereka, saya nampak tidak begitu menyukarkan untuk Nadia dan Stacy membawakan lagu masing-masing dengan baik. Saya sebenarnya mahu melihat Beat It versi Stacy. Tentunya sesuatu yang berbeza.

Siapa agaknya yang bakal tersingkir minggu ini ?

Ulasan Konsert Minggu 8 Akademi Fantasia 6

Tugasan Individu Lebih Menarik

Raptai penuh minggu ini berjalan seperti biasa. Tugasan individu nampaknya lebih menarik daripada lagu bonus yang diberikan. Semuanya dapat di tonton Konsert Kelapan Akademi Fantasia, 9 malam ini di Astro Ria (Saluran 104).

Berikut adalah perkembangan pelajar berdasarkan persembahan raptai:

NADIA : Karma (Cokelat)

Persembahan seperti biasa, baik. Cuma kurang penghayatan, selain masih ada masalah terlupa lirik. Ada masalah pakaian yang mungkin akan diatasi.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

NUBHAN : Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat)

Persembahan yang baik daripada Nubhan. Jika dapat disuntik lebih penghayatan, pasti lebih menarik. Lontaran vokal agak terkawal.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

RIZ : Laskar Cinta (Dewa)

Dia memang benar-benar menunjukkan tidak menggemari lagu ini. Lirik masih tidak dihafal. Espresi muka tiada perasaan malah nampak masam
Perkembangan : BELUM BERSEDIA

STACY : Gembira Hidup Ini (Stacy)

Persembahan yang kurang penghayatan. Dia nampak tidak bermaya kerana masalah sakit tekaknya agak kritikal. Dia perlu menjaga suaranya yang semakin hilang.
Perkembangan : HAMPIR BERSEDIA

STANLY - Naluri Lelaki (Samsons)

Persembahan yang baik. Lagu ini menuntut dia untuk memahami daya bujukan seorang lelaki. Ini yang perlu ditumpukannya.
Perkembangan : BELUM BERSEDIA

TOI : Kasih Berduka (M Osman)

Persembahan yang baik. Cuma kurang interaksi dengan penari latar. Untuk lagu ini, lebih menarik sekiranya dia menambah ad libs pada beberapa bahagian.
Perkembangan : SUDAH BERSEDIA

Apakah mereka akan menonjolkan peningkatan malam ini? Semuanya akan terjawab dalam Konsert Kelapan Akademi Fantasia 6 jam 9 malam ini, hanya di Astro Ria (Saluran 104).

Jangan biarkan mereka tersingkir. Teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!

Ulasan Kemaskini
Pertamanya maaf di atas kelewatan mengemaskini ulasan konsert minggu lepas kerana saya kini mempunyai hobi baru yang masih belum dapat saya ceritakan di sini. Tunggu hingga dapat lesen dulu.

Saya terpaksa menghadiri kelas dan latihan praktikal di Sunway dan Shah Alam. Jadi masa yang tinggal semakin suntuk. Lebih-lebih lagi terpaksa menghadiri kenduri kahwin GG dan hari Ahad menjadi terlalu terhad.

Melihat kepada perkembangan persembahan pelajar minggu lepas nampaknya ada sinar yang boleh diberikan oleh mereka. Tumpuan utama konsert minggu lepas ialah tiadanya penyingkiran dan pelbagai spekulasi tercetus. Seperti biasa. Itulah namanya Akademi Fantasia.

Benar. Nadia berada di kedudukan paling bawah apabila undian ditutup dengan 13%. Toi berada di kedudukan kedua terakhir dengan 16%. Jauh benar bezanya. Motif tiada penyingkiran minggu lepas hanya pihak Astro yang tahu.

Sama ada penyingkiran atau pun tidak, tiada bezanya untuk saya kerana selama lima musim Akademi Fantasia yang telah berlangsung sudah saya anggap sebagai satu wadah hiburan untuk penonton televisyen.

Seperti biasa minggu ini saya masih meletakkan Stacy sebagai persembahan pilihan saya. Saya rasa beliau telah berjaya membawakan lagu tersebut dengan baik. Lagu tersebut kurang mesra di telinga penonton tetapi berjaya disampaikan dengan cemerlang. Lebih hebat apabila beliau berjaya mengawal emosinya yang sebelum persembahan diberikan kesempatan untuk bertemu ibunya.

Nubhan juga telah memberikan sebuah persembahan yang agak baik. Lagu tersebut menjadi lebih tersusun nyanyiannya dan disertakan dengan melodi lagu tersebut yang sememangnya sudah sedap didengar. Penyampaian Nubhan lebih berbunyi melankolik dan emosinya berjaya disampaikan. Walaupun dua pengkritik iaitu Ning Baizura dan Ida Nerina merasakan penghayatan Nubhan sampai tetapi saya lebih suka untuk bersetuju dengan komen Fauziah Ahmad Daud yang merasakan penghayatannya sekejap ada sekejap tiada. Ya lah, lirik lagu sudah cukup baik tetapi memang saya akui ada ketikanya Nubhan tidak konsisten.

Nadia seperti biasa beraksi dengan cemerlang untuk lagu tersebut cuma saya masih tidak nampak peningkatan yang ditunjukkan oleh beliau. Persembahannya masih sama sahaja dari minggu pertama lalu menjadikan persembahannya cepat bosan. Nadia telah bermula dengan cemerlang pada minggu-minggu awal dan beliau sepatutnya menunjukkan peningkatan dalam persembahannya. Ini berbeza dengan Stacy yang lebih mempraktikkan apa yang telah diajar.

Walaupun ramai yang tidak menggemari persembahan Toi, minggu ini saya terhibur dengan persembahannya. Lagu tersebut seboleh-boleh berjaya menutup kelemahan yang ada pada vokalnya. Showmanshipnya ada dan berjaya ditunjukkan dengan baik. Kehadiran Datuk A.Rahman Hassan benar-benar telah menghidupkan lagi persembahan Toi. Ia merupakan persembahan terbaik Toi.

Stanly tidak begitu mengecewakan minggu ini. Nampak ada usaha yang cuba ditampilkan. Cuma ada ketikanya lagu tersebut menjadi terlalu kuat pengaruh kewanitaannya. Banyak teknik yang cuba diaplikasikan oleh Stanly dan ada ketikanya beliau kelihatan keterlaluan.

Riz nampak benar tidak menyukai lagu tersebut. Dari baris pertama hingga baris terakhir lagu tersebut kedengaran sumbang. Amarah dalam dirinya diterjemah dalam persembahan lagu tersebut dan hasilnya amat mendukacitakan. Sewajarnya amarah tersebut menjadi lebih positif dengan kedudukan yang beliau ada sekarang. Ia merupakan persembahan terburuk Riz.

Persembahan Pilihan SM
1. Stacy : Gembira Hidup Ini 9/10
2. Nubhan : Hanya Kau Yang Mampu 8.5/10
3. Nadia : Karma 7/10
4. Toi : Kasih Berduka 6/10
5. Stanly : Naluri Lelaki 5/10
6. Riz : Laskar Cinta 2/10

Lagu Tugasan Minggu 8

Lagu Individu
Nadia : Karma - Cokelat
Stacy : Gembira Hidup Ini – Farah AF2
Nubhan : Hanya Kau Yang Mampu - Aizat
Riz : Laskar Cinta - Dewa
Stanly : Naluri Lelaki - Samsons
Toi : Kasih Berduka - M.Osman

Lagu Bonus
Ada Apa Dengan Cinta – Melly Goeslaw/Eric
Sembunyi - Misha Omar/Andi Flop Poppy
Paling Comel – Nana/Achik
Tak Tahu Antara Dua – Adam/Farah

Lagu tugasan semakin banyak. Cabaran semakin hebat. Sayangnya lagu-lagu yang terpilih telah hilang elemen spectacular. Entah apa magik yang akan diberikan oleh setiap pelajar minggu ini. Mungkin lagu-lagu hebat disimpan untuk Konsert Akhir AF6.

Hanya ada dua lagu sahaja yang saya suka iaitu Ada Apa Dengan Cinta dari filem dengan tajuk yang sama dan Laskar Cinta dari kumpulan Dewa.