Category Archives for anugerah juara lagu

Laporan Khas Belasungkawa Suharto

Memang agak sibuk.Lebih-lebih lagi hari ini. Berita kematian Suharto yang diterima pada jam 2.10 petang mengharu-birukan situasi di Astro AWANI.

Persiapan untuk Gala TV jam 3 petang terhenti untuk memberi laluan kepada Laporan Khas berita kematian tersebut.

Ada khabar angin menyatakan yang slot Gala TV jam 10 malam juga bakal diganti.

Berita gembira buat saya kerana jika benar ia berlaku saya berpeluang untuk menonton Anugerah Juara Lagu 22 malam ini.

Laporan Khas Belasungkawa Suharto bakal disiarkan hingga jam 12 tengah malam ini di Astro AWANI.

Berita sedih untuk 234 juta rakyat Indonesia, nampaknya menjadi berita baik untuk saya bila Gala TV diganti.

Siapa agaknya yang bakal menang malam ini ? Dengar cerita Mawi akan mempersembahkan silap mata ala David Copperfield dan David Blaine malam ini dengan aksi terapung.

Ramalan Syok Sendiri AJL 22
Juara Lagu: Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
Kategori Balada: Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
Kategori Pop Rock: Angan dan Sedar (Mawi)
Kategori Etnik Kreatif: Samudera (Nora)
Persembahan Terbaik : Mawi
Vokal Terbaik : Siti Nurhaliza

Anugerah Juara Lagu 22 didominasi bintang realiti Akademi Fantasia ! Power ! Power !

Keputusan Sebenar AJL22
Juara Lagu: Itu Kamu (Estranged)
Kategori Balada: Izinku Pergi (Sahri)
Kategori Pop Rock: Itu Kamu (Estranged)
Kategori Etnik Kreatif: Samudera (Nora)
Persembahan Terbaik : Mawi
Vokal Terbaik : Jaclyn Victor & Lah VE

Separuh Akhir Juara Lagu 22

Anugerah Juara Lagu kembali lagi apabila bermulanya pertembungan tahunan peringkat separuh akhir yang akan menyaksikan kembalinya penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza ke gelanggang yang sering didominasi oleh beliau.

Antara perkembangan yang menarik dalam persaingan merebut tempat ke Anugerah Juara Lagu 22 edisi kali ini ialah pembabitan bintang realiti tv yang selama ini sering dikecam sebagai bintang “mee segera”. Siapa kata bintang realiti tv tidak mampu menyerlah jika diberikan peluang untuk terus melangkah dan juga bimbingan komposer dan penulis lirik yang bagus.

Malam ini bermulanya persaingan ke AJL22 dengan kategori Etnik Kreatif dan diikuti dengan kategori Balada dan Pop Rock. Satu perkembangan yang boleh disifatkan agak mengejutkan apabila kategori ini yang satu ketika dahulu martabatnya pernah diiktiraf sehingga berjaya terpilih sebagai Juara Keseluruhan AJL melalui lagu Cindai, pada edisi kali ini hanya tiga lagu terbaik yang akan terpilih ke peringkat seterusnya berbanding edisi-edisi yang sebelumnya.

Perkembangan ini menyaksikan penambahan jumlah lagu untuk kategori balada dan pop rock kepada lima buah lagu untuk setiap satu kategori.

Saya akui kerana kesibukan yang melampau saya tidak begitu mengikuti perkembangan muzik tempatan dan agak sukar meramalkan peluang setiap lagu. Berikut antara lagu-lagu pilihan saya.

Etnik Kreatif:

1)Lagu: Samudera
Artis: Nora
Komposer: Johan Nawawi
Penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya

2)Lagu: Joget Cinta Sakti
Artis: Haziq dan Rosma
Komposer: El Widyan
Penulis lirik: Fajrul Norman Rashid dan Al Walid

3)Lagu: Nazam Asmara
Artis: Nas Adilla
Komposer: S. Atan
Penulis lirik: SISO

4)Lagu: Seteguh Cinta
Artis: Waheeda
Komposer: Hafiz Hamidun
Penulis lirik: Ito Lara

5)Lagu: Lagu Penglipur Lara
Artis: Farawahida
Komposer: Julfeqar
Penulis lirik: Umar Kudat

6)Lagu: Kasihnya Balkis
Artis: Aishah
Komposer: Adnan Abu Hassan
Penulis lirik: Moharis Yaakup

7)Lagu: Suryakanta
Artis: Zehra Zambri
Komposer: Sharon Paul
Penulis lirik: Ahmad Fedtri Yahya

8)Lagu: Joget Gadis Melayu
Artis: Syura
Komposer: Pak Ngah
Penulis lirik: SISO

9)Lagu: Dirgahayu
Artis: Ramlah Ram
Komposer: Radeen Sri
Penulis lirik: Hairul Anuar Harun

10)Lagu: Istimewa Tiada Dua
Artis: Nice dan Hazami
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Hazami

Nota : Tahniah buat otai-otai Juara Lagu, Ramlah Ram, Aishah & Nora yang terpilih ke AJL22. Melihatkan jaguh-jaguh tradisi bertanding untuk kategori Etnik Kreatif, pastinya cabarannya akan menjadi lebih sengit.

Balada:

1)Lagu: Bisakah
Artis: Datin Seri Siti Nurhaliza
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis lirik: Tessh R.S

2)Lagu: Izinku Pergi
Artis: Sahri
Komposer: Azlan Abu Hassan
Penulis lirik: SuluSarawak

3)Lagu: Harapan
Artis: Fazli Zainal
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Hazami

4)Lagu: Andainya
Artis:Nieyl
Komposer: Hadi Hassan
Penulis lirik: J. Looi

5)Lagu: Mahakarya Cinta
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Mohd Shariza Shamsiri

6)Lagu: Kasih Tercipta
Artis: Faizal Tahir
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Shuhaimi Baba

7)Lagu: Hilang
Artis: Diddy
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Bash

8)Lagu: Paluan Rindu Mu
Artis: Idayu
Komposer: M. Nasir
Penulis lirik: Keon

9)Lagu: Sejuta Nafas Cinta
Artis: Fazli Zainal
Komposer: Hazami
Penulis lirik: Loloq

10)Lagu: Ceritera Cinta
Artis: Jac dan Rio Febrian
Komposer: Ross Ariffin
Penulis lirik: Habsah Hassan

Pop Rock:

1)Lagu: Aku Pencintamu
Artis: Felix
Komposer: Ajai
Penulis lirik: Ajai

2)Lagu: Angan Dan Sedar
Artis: Mawi
Komposer: M. Nasir
Penulis lirik: Loloq

3)Lagu: Janjiku
Artis: Sofaz
Komposer: Taja
Penulis lirik: Tass

4)Lagu: Percayalah Sayang
Artis: Vince
Komposer: Vince
Penulis lirik: M. Zulkifili

5)Lagu: Farhana (Putri Bumi Kenyalang)
Artis: Jinbara
Komposer: Denai
Penulis lirik: Andy Rahman

6)Lagu: Destinasi Cinta
Artis: Datin Seri Siti Nurhaliza
Komposer: Lin Li Zen
Penulis lirik: PSSN

7)Lagu: 3 Malam Tanpa Bintang
Artis: Fiq
Komposer: Master G
Penulis lirik: Azmeer

8)Lagu: Sembunyi
Artis: Misha dan Andy
Komposer: Aidit Alfian
Penulis lirik: Loloq

9)Lagu: Itu Kamu
Artis: Estranged
Komposer: Estranged
Penulis lirik: Rachael Lawrence

10)Lagu: Satu Harapan
Artis: Jac
Komposer: Audi Mok
Penulis lirik: Nurfatimah

Pusat Operasi

Image Hosted by ImageShack.us
Ada bahasa di sebalik imej yang terpapar. Telah dan selam dalam-dalam

Separuh Akhir Separuh Masak

Separuh Akhir Separuh Masak

Selamat bertanding saya ucapkan kepada Syura, Adibah Noor, Zahid, Bob, Aspalela Abdullah, Hazami, Misha Omar, Nora, Pretty Ugly, M.Nasir, Mawi dan Elyana.

Etnik Kreatif
Saya memilih :
Misha – Nafas Cahaya
Noraniza Idris/Liza Hanim – Racau Sang Khalifah
Zahid – Warkah Buat Laila
Bob/Aspalela Abdullah – Hantaran Hati

Juri memilih :
Syura – Candak
Adibah Noor/Senario – Zapin Cinta SMS
Zahid – Warkah Buat Laila
Bob/Aspalela Abdullah – Hantaran Hati

Juara Etnik Kreatif : Warkah Buat Laila – Zahid

Bila keputusan Etnik Kreatif diumumkan, juri meRacau Sang Khalifah dan saya terhenti berNafas Cahaya. Hanya sekeping Warkah Buat Laila yang mampu menjadi Hantaran Hati di AJL 21 kelak.

Balada
Saya memilih :
Adibah Noor – Terlalu Istimewa
Mawi - Kian
Misha – Ku Seru
Nora – Secebis Harapan

Juri memilih :
Adibah Noor – Terlalu Istimewa
Hazami – Mungkir Bahagia
Misha – Ku Seru
Nora – Secebis Harapan

Juara Balada - Terlalu Istimewa

Secebis Harapanku kepada juri AJL 21 untuk menjadi sesuatu yang Terlalu Istimewa tahun ini. Ku Seru ia agar semakin matang tahun ini, tetapi Kian gagal mencapai matlamatnya. AJL Mungkir lagi dan tiada pernah Bahagia.

Pop Rock

Saya memilih :
M/Nasir/Mawi – Lagu Jiwa Lagu Cinta
M.Nasir – Juwita Citra Terindah
Pretty Ugly – Diari Seorang Lelaki
Nikki/Zahid – Caramu

Juri memilih :
M/Nasir/Mawi – Lagu Jiwa Lagu Cinta
M.Nasir – Juwita Citra Terindah
Pretty Ugly – Diari Seorang Lelaki
Elyana – Tak Tercapai Akalmu

Juara Pop RockLagu Jiwa Lagu Cinta

Caramu juri sungguh berbeza. Cerita Juwita menjadi Citra Terindah dalam Diari Seorang Lelaki yang terus menyanyikan Lagu Jiwa Lagu Cinta.

Sungguh Tak Tercapai Akalmu, wahai Juri !

Terkilan benar saya bila Kian (Mawi), Caramu (Nikki/Zahid) dan Menari Denganku (Sarah/Zahid) tidak terpilih. Buat pertama kali saya tidak akan menonton Anugerah Juara Lagu 21 tahun ini. Bulan Januari, bulan yang penat, tapi puas.

Angerah Juara Lagu 21Warkah Buat Laila – Zahid

Selangkah Ke Juara Lagu 21

Selangkah Ke Juara Lagu 21

Etnik Kreatif
Misha – Nafas Cahaya
Noraniza Idris/Liza Hanim – Racau Sang Khalifah
Zahid – Warkah Buat Laila
Syura – Candak
Saiful – Cinta Luhur
Adibah Noor/Senario – Zapin Cinta SMS
Nas Adila – Celik Celik
Bob/Aspalela Abdullah – Hantaran Hati
Ramlah Ram - Maharaja
Natasya – Zapin BahariSaya memilih :
Misha – Nafas Cahaya
Noraniza Idris/Liza Hanim – Racau Sang Khalifah
Zahid – Warkah Buat Laila
Bob/Aspalela Abdullah – Hantaran Hati

Satu kategori yang wajar dimansuhkan kerana penciptaan lagu dalam kategori ini tidak begitu berkembang sejak akhir-akhir ini. Tanpa Siti Nurhaliza, kategori ini seakan mati. Penciptaan Pak Ngah juga sudah kurang berbisa. M.Nasir juga sudah bijak beralih ke dunia pop yang lebih menjanjikan pulangan yang lebih besar dalam industri muzik yang semakin mengecil. Kalau ada pun yang masih terus bertahan mempertahankan irama etnik kreatif ialah Noraniza Idris. Antara empat lagu yang mempunyai peluang cerah untuk melangkah ke Anugerah Juara Lagu 21, saya melihat peluang lebih besar untuk Warkah Buat Laila nyanyian Zahid dan Nafas Cahaya oleh Misha Omar. Peluang lagu tersebut lebih besar. Lagu lain yang mempunyai peluang ialah lagu Racau Sang Khalifah oleh Noraniza Idris/Liza Hanim. Tempat keempat peluang lebih terbuka luas untuk mana-mana lagu lain, tetapi saya mengharapkan peluang lebih besar untuk lagu Hantaran Hati oleh Bob/Aspalela Abdullah.

Balada
Adibah Noor – Terlalu Istimewa
Sarah – Bersamamu
Mawi - Kian
Misha – Ku Seru
Adam - Jatuh
Awie - Iris
Amy Search – Suralaya Dalam D Major
Nora – Secebis Harapan
Liza Hanim – Merawat Luka Terpendam
Hazami – Mungkir Bahagia

Saya memilih :
Adibah Noor – Terlalu Istimewa
Mawi - Kian
Misha – Ku Seru
Nora – Secebis Harapan

Memang sukar untuk memilih lagu terbaik yang layak untuk melangkah ke Anugerah Juara Lagu 21 dari kategori ini. Ini menandakan yang penciptaan lagu di Malaysia lebih terarah kepada muzik genre ini. Lagu Terlalu Istimewa terlalu istimewa untuk dipinggirkan. Ia merupakan antara lagu terbaik Adibah Noor untuk berpeluang membuktikan bakat besarnya. Ku Seru oleh Misha Omar juga mempunyai peluang yang cerah berdasarkan kualiti muzik dan melodinya walaupun lagu tersebut tidaklah sehebat Pulangkan oleh penyanyi dan pencipta yang sama. Tuah Pontianak mungkin berpihak kepadanya. Lagu ketiga yang mempunyai peluang yang agak cerah untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya ialah Kian oleh Mawi. Percaya atau tidak, ia antara lagu yang terbaik nyanyian Mawi dan saya lebih suka ia dibawakan secara langsung dan bukan sekadar mendengarnya di corong-corong radio. Tempat keempat peluangnya lebih terbuka luas untuk mana-mana lagu. Saya memilih Secebis Harapan kerana mahu melihat Nora membawakan lagu ini secara langsung. Nora memang jaguh dalam membawakan lagu-lagunya secara langsung. Lebih memukau. Jika bukan Secebis Harapan, saya mahu melihat Merawat Luka Terpendam oleh Liza Hanim.

Pop Rock
M/Nasir/Mawi – Lagu Jiwa Lagu Cinta
M.Nasir – Juwita Citra Terindah
Nurul/Ajai – Serasi Bersama
Ruffedge - Lemas
Pretty Ugly – Diari Seorang Lelaki
Ruffedge – Da Bomb
Elyana – Tak Tercapai Akalmu
Amy Mastura – Bukakanlah Pintu
Sarah/Zahid – Menari Denganku
Nikki/Zahid - Caramu

Saya memilih :
M/Nasir/Mawi – Lagu Jiwa Lagu Cinta
M.Nasir – Juwita Citra Terindah
Pretty Ugly – Diari Seorang Lelaki
Nikki/Zahid - Caramu

Terus terang saya katakan kategori ini merupakan kategori paling sengit tahun ini. Ada beberapa lagu dalam kategori ini yang kualitinya lebih baik berbanding beberapa lagu dalam Etnik Kreatif yang tidak sewajarnya dipertandingkan. Saya agak yakin Lagu Jiwa Lagu Cinta oleh M.Nasir/Mawi dan Caramu oleh Nikki/Zahid bakal melangkah mudah ke Anugerah Juara Lagu 21. Lagu Diari Seorang Lelaki oleh Pretty Ugly juga mampu untuk merebut salah satu tempat ke Juara Lagu jika dibawakan dengan baik oleh mereka. M.Nasir sekali lagi mendapat sentuhan berbisa pada tahun ini dengan lagu Juwita Citra Terindah dan dengan bergaya akan menjadi komposer yang berjaya dengan semua lagu nyanyian dan ciptaannya untuk ke Anugerah Juara Lagu 21. Antara lagu lain yang mungkin membuat kejutan ialah Lemas oleh Ruffedge atau Menari Denganku oleh Sarah/Zahid.

Sekali lagi saya mahu mencadangkan kepada pihak produksi TV3 agar mewujudkan kategori yang berasingan untuk generasi SMS mencapai impian mereka. Tidak salah mewujudkan Juara Kategori SMS Balada, Etnik Kreatif dan Pop Rock serta Persembahan Pilihan SMS dan Persembahan Vokal SMS. Lagi banyak kategori SMS diwujudkan maka lebih banyak wang generasi SMS yang boleh dikaut jika keuntungan yang dimahukan. Tidak salah kan ? Biarlah kategori yang ada dinilai oleh juri bertauliah yang ada. Kalau tidak puas hati pilihan juri sekalipun, saya tulis juga tentang juri kerana blogger sememangnya seorang yang tidak pernah puas dan sukar untuk dipuaskan. :)

Apa pilihan anda ?

Grey’s Anatomy telah berjaya membuatkan saya untuk menulis sesuatu tentang rancangan tersebut. Menonton salah satu episod sebentar tadi membuatkan saya terdetik untuk berfikir. Bayangkan dua tubuh yang tertusuk satu palang besi angkara kemalangan keretapi yang menanti saat meminta nyawa untuk terus hidup. Dua tubuh, seorang bangsa kulit putih dan seorang lagi bangsa kulit hitam. Bertemu dan saling menghadap antara satu sama lain, memberikan harapan kepada diri masing-masing untuk terus hidup. Masing-masing menagih keadilan untuk terus menghirup udara. Malangnya keputusan harus dibuat. Salah seorang perlu berhadapan dengan ketidakadilan dunia. Salah seorang harus mati untuk salah seorang diberikan harapan untuk terus hidup. Apakah faktor yang membolehkan nyawa seseorang diambil ? Warna kulit ? Tahap kecederaan ? Peluang tipis untuk hidup ? Apakah itu namanya keadilan ? Apakah ada keadilan dalam dunia ini ? Adil sekiranya kita memperolehi peluang untuk terus hidup, bagaimana pula keadilan yang diperolehi oleh mereka yang punya peluang tipis untuk terus merasai hidup ? Jika anda berhadapan dengan situasi demikian, apa pilihan anda ? Untuk terus hidup atau menghadapi mati ?

Ina Naim Calon Penyanyi Wanita Popular ?

Industri muzik semakin galak dengan anugerah. Industri muzik semakin terdesak. Peminat semakin tersedak. Nafas saya semakin sesak ! Dari 38 penyanyi, baik yang betul-betul seorang penghibur, atau yang baru cuba bertapak untuk menjadi penyanyi, atau yang sememangnya sudah begitu lama menyanyi, atau pun hanya sekadar popular kerana skandal dengan penyanyi, atau sebahagian daripadanya sudah bergelar diva, yang telah tersenarai dalam kategori Penyanyi Wanita Popular benar-benar membuatkan saya tidak lalu makan. Terselit nama Ina Naim dalam kerlipan bintang seperti Aishah, Amy Mastura, Camelia, Dayang Nurfaizah, Ella, Fauziah Latiff, Francisca Peter, Jaclyn Victor, Misha Omar, Nora, Ramlah Ram, Sheila Majid dan Siti Nurhaliza (sekadar menyebut beberapa nama). Apa sudah jadi ?

Dalam terkilan memikirkan beberapa nama yang tercicir dari senarai seperti Ning Baizura dan Nikki, saya lantas tersenyum apabila memikirkan kesan yang akan berlaku apabila Ina Naim berjaya meloloskan dirinya ke dalam kelompok Top 5 pada bulan Februari kelak.

Lebih menjadi mimpi ngeri apabila Ina Naim berada di garisan yang sama dengan Sheila Majid, Misha Omar, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Siti Nurhaliza. Dan akan menjadi trauma yang lebih kronik, apabila kelak Ina Naim berjaya merosakkan rekod 10 tahun kemenangan berturut-turut Siti Nurhaliza menerusi kategori tersebut.

Apa taruhan Ina Naim ? Penawar Rindu ? Aku Tak Punya Siapa ? Buku Catatan Duka Ina Naim untuk menang kategori tersebut ? Jika Ina Naim berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok tersebut, ia merupakan satu tamparan yang hebat buat Berita Harian kerana populariti bukan lagi dinilai dari bakat tetapi kini populariti dinilai dari kontroversi dan skandal cinta.

Walaupun saya tidaklah begitu bersetuju atau menggemari bekas tunangnya, sekurang-kurangnya beliau boleh juga menyanyi dan menghibur serta ada aura tersendiri tetapi penyenaraian nama Ina Naim dalam kategori tersebut sebenarnya lebih memburukkan industri muzik dan telah merendahkan kualiti kategori tersebut. Ina Naim tiada apa-apa untuk industri. Namanya sekadar dijaja. Itu saja. Noktah !

Apakah syarat untuk tersenarai dalam kategori tersebut ? Dua lagu dari album yang sama atau tempias dikaitkan dengan nama bekas tunangnya ? Sekiranya antara 5 calon yang terpilih ada nama Ina Naim, maka cepat-cepatlah empat calon yang lain berusaha untuk dikaitkan dengan bekas tunangnya agar tempiasnya dapat dirasai.

Oleh yang demikian, saya menyarankan agar undilah Ina Naim kerana beliau amat memerlukan kemenangan ini untuk berdiri sama tinggi dengan pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular. Itulah impiannya. Marilah kita realisasikan impiannya. Mesti seronok kan dapat ambil gambar sambil pegang anugerah sama-sama. Yang tidak tercalon dalam kategori ini, faham-faham saja lah.

nota sultanmuzaffar : Nantikan ulasan filem The Red Kebaya dan Cinta. Industi perfileman semakin meriah, industri muzik semakin galak, dunia saya semakin sibuk dan racau. Saban hari ada saja program baru, acara majlis, pemikiran baru yang perlu diperah untuk terus hidup dan merasai nikmat hidup, lalu saya terfikir apakah ini jalan yang betul atau terus berada di jalan sekarang.

Separuh Akhir Juara Lagu 21

Separuh Akhir Juara Lagu 21

Balada
Adibah Noor – Terlalu Istimewa

Sarah – Bersamamu
Mawi - Kian
Misha – Ku Seru
Adam - Jatuh
Awie - Iris
Amy Search – Suralaya Dalam D Major
Nora – Secebis Harapan
Liza Hanim – Merawat Luka Terpendam
Hazami – Mungkir Bahagia

Pop Rock
M/Nasir/Mawi – Lagu Cinta Lagu Jiwa
M.Nasir – Juwita Citra Terindah
Nurul/Ajai – Serasi Bersama
Ruffedge - Lemas
Pretty Ugly – Diari Seorang Lelaki
Ruffedge – Da Bomb
Elyana – Tak Tercapai Akalmu
Amy Mastura – Bukakanlah Pintu
Sarah/Zahid – Menari Denganku
Nikki/Zahid - Caramu

Etnik Kreatif
Misha – Nafas Cahaya
Noraniza Idris/Liza Hanim – Racau Sang Khalifah
Zahid – Warkah Buat Laila
Syura – Candak
Saiful – Cinta Luhur
Adibah Noor/Senario – Zapin Cinta SMS
Nas Adila – Celik Celik
Bob/Aspalela Abdullah – Hantaran Hati
Ramlah Ram - Maharaja
Natasya – Zapin Bahari

Terima kasih kepada Spy TV3 yang telah menghantar SMS tentang pencalonan tersebut. Cuma saya perlu berusaha gigih sedikit untuk mencari tajuk-tajuk lagu yang tercalon. Mungkin akan ada yang tersilap kerana main teka-teka. Sidang akhbar berkenaan pencalonan Separuh Akhir Juara Lagu 21 akan diadakan esok. Masih dikemaskinikan kalau-kalau ada yang tersilap. Telah dikemaskinikan jam 4.30 petang.

Bila dah lengkap semuanya, maka saya pun buat pilihan saya sendiri. Yang diboldkan adalah pilihan saya untuk meneruskan kemaraan mereka di Anugerah Juara Lagu 21. Tapi saya akan dengar lagi lagu-lagu tersebut, mana tahu ada pilihan lain yang lebih bagus.

Malaysia makin maju. Kalau sebelum ini bila terpampang di dada akhbar tentang kes pembunuhan, cukup sekadar mangsa dibunuh. Baik ditetak, atau ditikam, atau pun ditembak. Paling tragis pun tentulah kes pembunuhan yang melibatkan seorang ADUN bila mana mayatnya dikerat 18 bahagian. Kini sedang kecoh satu Malaysia tentang pembunuhan seorang warganegara Mongolia yang bukan sahaja telah ditembak tetapi juga telah diletupkan. Perghh ! Macam kat US pulak. Kalau di negara Barat boleh berlaku semua itu, kini di Malaysia juga punya kemungkinan tersebut. Stor penyimpanan senjata atau bahan letupan boleh senang dicerobohi jika mempunyai kuasa. Dan itulah yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai kuasa.

Mungkinkah ini semua permainan politik untuk merosakkan imej Timbalan Perdana Menteri ? Atau mungkin juga ada yang berhajat untuk melonjak dengan segera ke kedudukan tersebut. Fantasi saya mula melayang setelah selesai membaca sebuah buku politik yang telah diterbitkan oleh Malaysia Today.net. Perbualan kosong di JP tentang komplot tersebut dan ianya tidak mustahil kerana 8 tahun yang lalu konspirasi jatuh menjatuhkan ini pernah berlaku.

Dalam perkembangan lain di dunia sebelah sana, Demokrat nampaknya hampir menang dalam Pilihanraya Amerika Syarikat. Parti Presiden Bush iaitu Republikan nampaknya hampir kecundang dan bakal menyulitkan pemerintahannya. Ahhh ! Baik Demokrat atau Republikan, mereka sama sahaja ! Siapa-siapa sahaja yang menang, dunia akan kucar-kacir dibuat dek mereka.

Esok seharian berada di luar pejabat. Dari satu rumah terbuka, ke satu rumah terbuka, kemudian ke pelancaran sitkom baru Astro dan satu majlis kejutan. Saya perlu menghabiskan masa perjalanan dengan membaca Television Asia yang kini menjadi teman rapat saya. Banyak benar maklumat-maklumat baru yang diperolehi dari majalah tersebut. Sebenarnya saya merasa tidak senang untuk membuat apa-apa entri tentang kerja lebih-lebih lagi tentang bidang tugas baru iaitu New Media. Bukannya apa, bidang New Media adalah satu bidang yang baru di Malaysia. Idea-idea yang dilontarkan perlu disalurkan ke saluran yang betul dan bukannya di blog ini. Membaca dan terus membaca…

Sebelum terlupa, siapa-siapa di antara kita yang pernah tertonton iklan khidmat masyarakat tentang Tandas. Menariknya tentang iklan tersebut apabila ia menggunakan lagu latar bertajuk Punch Card yang pernah dipopularkan oleh Sudirman Hj. Arshad. Lebih menarik apabila kad perakam waktu atau punch card mula diperkenalkan apabila Dr.Mahathir mengambil alih tampuk pemerintahan Malaysia. Kalau kerajaan sekarang boleh melakukan sindiran sinis terhadap kerajaan terdahulu, mengapa tidak ? Sinis sekali…

Banyak benar cerita tentang banyak perkara yang ada dalam entri ini. Anda boleh pilih untuk memberikan komen tentang bahagian mana yang anda suka. Mungkin ada yang suka tentang Juara Lagu, mungkin juga tentang pembunuhan, mungkin juga tentang pilihanraya Amerika Syarikat, mungkin juga tentang konspirasi atau mungkin juga tentang New Media. Atau mungkin anda lebih selesa untuk berbicara tentang tandas. Anda pilih kerana itu menentukan siapa anda dan sesuatu maklumat yang baru buat saya. ihiks