Category Archives for astro oasis

Hantaran perkahwinan Mawi-Ekin RM30,000 serba satu

25/10/2008 6:14pm

KOTA BHARU 25 Okt. – Penyanyi popular, Mawi mengumumkan wang hantaran perkahwinannya dengan Ekin sebanyak RM30,000 serba satu.

Beliau berkata, keluarganya juga akan menghantar 11 dulang hantaran dan dibalas Ekin tujuh dulang. Pasangan itu dijadual melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember.

- Utusan

Malam ini, jam 10 malam Gala TV akan menyiarkan wawancara eksklusif mengenai wang hantaran yang disimpan selama lima hari di dalam peti besi. Malam ini juga Gala TV akan mewawancara Datuk Sheila Majid secara langsung di Astro AWANI (Saluran 501).

Dua Yang Pertama di Malaysia : Astro AWANI & Astro OASIS

Pagi tadi, jam 11 pagi
Astro Awani merupakan saluran berita dan maklumat 24 jam pertama dan satu-satunya di Malaysia, dan ia disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Dilancarkan sempena sambutan 50 tahun Kemerdekaan Negara, saluran ini mempersembahkan berita antarabangsa mengikut pakej tempatan dari perspektif Malaysia. Sasaran Astro Awani ialah menjadikan berita dan peristiwa global lebih relevan kepada penonton dengan mengemukakan pandangan individu, personaliti dan pakar tempatan sekali gus menjadi gerbang dunia.Astro Awani juga akan memberikan kupasan terperinci isu-isu semasa membabitkan Malaysia melalui program terbitannya sendiri. Ia turut menampilkan rancangan bermaklumat merangkumi gaya hidup, dokumentari, majalah serta wawancara sama ada dari sumber tempatan atau antarabangsa.

Rangkaian ini beroperasi dari pusat berita, penerbitan dan penyiaran bersepadu di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur. Pusat operasinya dilengkapi bilik berita, studio penerbitan, suntingan, audio, bilik grafik dan kapsul promosi serta kemudahan penyiaran dan teknikal bagi menyokong operasi 24 jamnya.

Dua Yang Pertama di Malaysia : Astro AWANI & Astro OASIS

Image Hosted by ImageShack.us

Ikon Astro Awani

Pagi tadi, tepat jam 11 pagi, dua saluran yang pertama seumpamanya di Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya. Astro Awani dan Astro Oasis. Satu tentang berita dan maklumat, satu lagi tentang minda dan sanubari. Mengambil sempena sambutan 50 tahun Kemerdekaan Negara, saluran Astro Awani akan mempersembahkan berita antarabangsa mengikut pakej tempatan dari perspektif Malaysia.

Ia akan menjadi CNN untuk Malaysia. Itu pandangan saya ya. Bukan mengayat ! Dengan itu, berita-berita antarabangsa akan menjadi lebih relevan kepada penonton Malaysia. Seperti contohnya berita Madonna mengambil anak angkat akan dikaitkan dengan cerita Umie Aida menjaga anak angkat. Kaitan itu penting agar berita menjadi lebih dekat dengan penonton.

Selain daripada berita antarabangsa, kami (eh, kami pulak ! hahaha) Astro Awani akan turut memberikan kupasan terperinci berkenaan isu-isu semasa yang membabitkan Malaysia melalui program terbitannya sendiri yang merangkumi gaya hidup, dokumentari, majalah, hiburan serta wawancara bersama sumber tempatan dan antarabangsa.

Image Hosted by ImageShack.us

Kejar berita…
Rangkaian ini beroperasi dari pusat berita, penerbitan dan penyiaran bersepadu di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur dan berada di puncak bukit. (Sila rujuk gambar di entri sebelum ini.)

Sementara Astro Oasis pula merupakan saluran gaya hidup famili untuk memenuhi citarasa penonton dari pelbagai usia yang tampil untuk menyajikan pengisian untuk santapan minda dan sanubari masyarakat.

Image Hosted by ImageShack.us

Nadi Astro Oasis
Astro Oasis turut memilih Heliza dan Mawi sebagai ikon saluran tersebut bersesuaian dengan konsep programnya yang berteraskan program ilmiah, maklumat, drama, dokumentari dan juga hiburan.

Ia akan menjadi platform untuk masyarakat Melayu memperolehi input yang membawa kepada kebaikan dan kedamaian selain menjadi sumber informasi tentang kehidupan umat Islam di seluruh dunia.

Antara buletin yang akan dipersembahkan oleh Astro Awani kepada penonton ialah :
(dari Siaran Akhbar)

Image Hosted by ImageShack.us

OK ! OK ! Aku letak side ko jugak…

a) Awani Global:
Awani Global merupakan buletin jenama utama Astro Awani. Ia akan menjadi bulletin pertama disiarkan pada pukul 6.00 pagi dan akan dimuatkan dengan perkembangan terkini termasuk buletin terkini pada tengahari dan waktu perdana. Awani Global akan memberi kupasan terperinci bagi empat isu utama antarabangsa dari perspektif Malaysia.

b) Atma Asia:
Atma Asia akan memfokuskan kepada laporan dan peristiwa di rantau Asia terutamanya negara jiran, Asia Tenggara. Dimuatkan dengan berita dan perkembangan terkini Negara serantau merangkumi isu semasa, sukan, perniagaan, kemanusiaan dan hiburan.

c) Nadi Global:
Nadi Global akan menumpukan kepada tajuk utama harian dengan menampilkan pandangan dari penganalisis, pakar dan lain-lain.

d) Mozaik Dunia
Mozaik Dunia adalah berita berentak pantas dan disampaikan dengan penuh bertenaga. Menyentuh secara ringkas perkembangan terkini politik dunia, peperangan, pasaran saham, sukan serta hiburan.

e) Gala TV
Buletin hiburan bermaklumat ini memuatkan perkembangan terkini dunia hiburan tempatan, serantau dan antarabangsa. Gala TV akan keudara setiap hari dan bakal menjadi penanda aras corak laporan berita hiburan TV yang baru di Malaysia. (perghhh ! penanda aras tu !)

Di samping berita, Astro Awani juga akan menerbitkan program isu semasa seperti wawancara, rencana dan majalah. Program ini mengetengahkan isu global dengan ciri serta konteks tempatan. Penerbitan seumpama ini bertujuan memberi pendedahan kepada penonton Malaysia tentang cabaran global yang relevan dan mampu mempengaruhi serta memberi kesan kepada mereka.

Image Hosted by ImageShack.us

Puas hati ?

a) Sudut Pandang
Wawancara langsung dari studio yang akan mengupas tajuk berita utama pada waktu perdana. Program ini dikendalikan Kamarul Bahrin Haron.

b) Perspektif Kita
Wawancara mingguan mengenai isu semasa. Rancangan ini memberi peluang kepada penonton untuk turut serta dalam perbincangan atau debat bersama tetamu yang juga pakar dalam tajuk yang dibincangkan. Rancangan ini dikendalikan Suhaimi Sulaiman.

c) Temujanji
Merupakan rancangan wawancara mingguan menampilkan personaliti terkemuka tempatan atau antarabangsa. Penonton juga berpeluang menemu bual secara bersemuka personaliti di studio. Ia akan dihoskan oleh Amir Mahmood Razak.

d) WW
Rancangan temubual yang menyelami pelbagai tajuk serta isu menyentuh kepentingan dan aspirasi wanita ini disiarkan secara langsung pada waktu pagi. Dangsuria Zainurdin akan mengacarakan WW.

Astro Awani akan mula bersiaran secara langsung pada 6 September ini di Saluran 95. (ucapkan selamat tinggal kepada kehidupan lama korang !) Manakala Astro Oasis pula akan memulakan siarannya pada Hari Raya Pertama. (habislah korang tak balik kampung !)

Klik Laman Web Astro Awani untuk maklumat lebih lanjut.

Nota : Alhamdulillah. Hati mereka nampaknya telah mula lembut.